No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 24 November 2015

Kemas Kuinin

  Catatan antara projek kemaskan Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas ialah berikan haircut kepada pokok kuini. Tukang Kebun perhatikan ranting-ranting baru sudah membesar. Alang-alang selepas kemaskan pokok ciku yang terangkat pokoknya jadi rebah akibat dahan yang sarat dengan buah-buah. Pokok kuini ni tumbuh tinggi selalunya perhatikan sarang besar ada di atasnya dibuat oleh burung-burung. Ini pakai tangga ketinggian 4 meter untuk potong dahannya. Tahun ini ianya tidak teruja untuk berbunga, moga tahun depan lepas Tahun Baru Cina mahulah ia berbunga.
  Permata-permata hati pun ringan tulang hujung minggu lepas bantu mengangkat dahan-dahan pokok kuini yang sudah dipotong ke tempat kawasan pembakaran sampah. Yang berbaju tidur biru belum bertukar baju ialah supervisor Ilhan Mikhail. Membantu sorting yang dahan kecil-kecil untuk adiknya Abby yang bawa. 
  Abby kali ini beriya-iya nak juga membantu sebab katanya kalau Abby rajin tolong kemas nanti papa belikan jam untuk Abby. Rayyan juga tidak mahu ketinggalan cemburu sebab Ilhan selalu dapat upah membantu Tukang Kebun. Selesai berkebun maknya masuk banyak baju comot-comot pula nak kena menyental di tandas. Bila kebun di belakang dah nampak banyak kawasan dah dikemas, rajinlah mereka bertiga main-main di belakang. Ada sahaja ideanya.
  Semasa Tukang Kebun mengemas tembok luar depan Kebun Bahagia Bersama nak kasi pokok-pokok katak puru bernafas, terjumpalah ada anak-anak bauhinia kockiana juga tumbuh di situ dari biji-biji benihnya yang meletup (related posting klik sini). Biasanya dari luar tembok dah boleh nampak meriah gugusan bunga bauhinia kockiana yang melilit berdekatan dengan tembok.
  Pokok bunga bauhinia kockiana juga menceriakan pergola. Pokok bunga bauhinia kockiana yang matang di Kebun Bahagia Bersama tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Begitu sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang hari. Kalau Bauhinia kockiana anda merimbun banyak tak bunga-bunga kemungkinan terlebih bagi makan baja. Yang di Kebun Bahagia Bersama dah bertahun tak kasi makan tapi tak putus-putus berbunga, syaratnya juga banyak kisses from the sun.
  Ada limited sahaja anak pokok bauhinia kockiana bagi gardeners yang sudah lama mencari-cari untuk indahkan kebunnya.

~ 1 anak pokok bauhinia kockiana RM8 ~

10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kena pulak cuti sekolah seronoklah dpt main tempat yg sudah dilapangkan.
Kuini - bau dia yg harum tu aduhai:)

Norish.NN berkata...

Sedap kalau bikin campur dgn sambal belacan...:-)

Normala Saad berkata...

Best la ada geng menolong,kak ada anak sorang pun tak berminat...bergeng dengan kucing je...

Suzie berkata...

sedapnya kuinin....mkn ulam dgn sambal x payah lauk lain pun ok..heheh
best ada laman luas...dulu kat kg cuti sklh kami pun tolong kemaskan laman...skrg tinggal kenangan je....skrg abg yg jaga ...laman dah sama mcm kecik2 dulu heheh

suka suka berkata...

Kalau ada anak pokok kuinin k mar book ya..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Cuti sekolah ada saje idea nak bermain sepanjang hari sesama mereka.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Memang syok kalau dapat sambal belacan kuini selera dengan nasi panas.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Anak-anak lelaki 2 orang sedang membesar makin ligat elok juga bawa tolong bersama. Dari pening kepala masuk rumah macam tongkang pecah.

TukangKebun berkata...

Salam Kak Suzie.

Betul sambal kuinin je dah berselera makan.
Jarang betul nak dapat beli buah kuinin kat local market sekarangkan.

TukangKebun berkata...

Salam Kak Mar.

Ada 1 je tinggal anak pokok kuinin.
Tapi tinggi tak dapat pos cuma self-collect.