No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 4 November 2015

Pandan Serani

 Pokok yang daunnya yang hijau juga seperti daun pandan boleh digunakan sebagai pewarna semulajadi yang dipanggil Pandan Serani. Tetapi bukan berhubungan dengan keluarga pandan. Namun ianya tiada bau yang wangi seperti daun pandan yang biasa digunakan. Walaupun begitu, sebagai pewarna hijau semulajadi, berbanding dengan daun pandan yang biasa digunakan dalam masakan sebagai pewangi, daun pandan serani tidak diperlukan dengan kuantiti yang banyak untuk membuat sesuatu kuih itu bertukar kepada hijau. Manakala pandan yang biasa perlukan daun yang lebih banyak supaya dapat dibuat untuk dijadikan pewarna hijau semulajadi. Masing-masing punya pro and con lah.
  
  Pokok pandan serani kalau tidak biasa dilihat pasti akan teringat ianya seperti pokok hiasan sahaja.  Antara kegunaannya  ialah boleh membantu mengurang kesakitan menstrual cramp dengan minum air rebusan daun pandan serani ketika haid. Juga dikatakan air rebusannya membantu bila mengalami sakit gigi. Cuci 5 helai daun rebus dalam air 1 liter sehingga berkurangan airnya setengah dari asal. 

  Dalam gambar pertama, Tukang Kebun bagi pandan serani berjiran dengan pokok pecah beling. Di belakangnya pula dah ada nak join in the geng si Heliconia Guyana dah menjalar begitu jauh. Ianya mendapat kurang/separa cahaya matahari~light shade. Tak pernah pula Tukang Kebun siram sejak ia menghuni duduk tanam di tanah. Pokok asalnya diterima dari MakCik Manggis di jom masak, jom makan-makan, ada banyak resepi dikongsikan menggunakan daun pandan serani sebagai perwarna asli semulajadi di blog MakCik Manggis.

~ Pandan Serani/ Daun Suji ~
1 bekas RM10.00 .
  Syukur Alhamdulillah musim buah ciku kali ini memang sarat buahnya di atas pokok. Yang berminat nak rasa ciku organik tanpa letak ubat apa-apa masih boleh dapatkan bekalan buah ciku segar dari Kebun Bahagia Bersama. Boleh dipos atau self-collect.

~ 1 kilogram buah ciku RM4 ~

Self-Collect Schedule:

~ 7th November 2015, Sabtu pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 8th November 2015, Ahad pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 8th November 2015, Ahad petang di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 5:00PM~5:30PM.

~ 10th November 2015 (Hari Deepavali), Selasa pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.
   Gardeners yang ada Tukang Kebun selitkan buah-buah terung pipit, jika ada masa mohon kongsi idea masakan dengan buah terung pipit ya. Tukang Kebun tengah cari idea-idea baru nak explore dengan bahan yang mudah tumbuh dan berikan hasil tidak putus-putus si terung pipit ni. Pokok terung pipit boleh hidup bertahun-tahun tau. Juga masih available untuk self-collect hasil dari Kebun Bahagia Bersama ialah telur itik segar (sebutir 70sen).
   Yang dalam upih di atas nampak macam saiz telur ayam kampung. Tetapi sebenarnya 5 butir tu telur ayam mutiara. Syukur Alhamdulillah ayam-ayam mutiara yang kami beli bulan March lalu ada 3 ekor ayam betina mutiara yang dah mula bertelur. Sebenarnya dah ada yang menetas telur ayam-ayam mutiara yang eram dalam incubator. Dapatlah kami timang anak-anak ayam mutiara sekarang. Semoga membesar dengan baiknya sebab Tukang Kebun dah lama mengidam nak rasa daging ayam mutiara. Ayam-ayam mutiara Tukang Kebun suka melepak depan rumah kekadang ada juga passerby tanya nak jual ke tidak. Ayam mutiara ni suka bertelur tempat yang teramat semak. Kebetulan masa nak husha petik pokok roselle ni terkejut kami tiba-tiba ada ayam mutiara betina lompat keluar dari semak menjerit macam kami terkejut juga. Dah agak dah ni mesti si ayam mutiara betina tu ada tempat dia buat telur dalam semak tu. Cari dekat belakang pokok misai kucing yang dalam semak rupanya. Dah ada 7 biji telur, kami culik 5 butir dulu. Lagipun ayam mutiara tu belum mula mengeram, baru bertelur je bila Tukang Kebun check isi telurnya.

  Sekiranya ada yang berminat Tukang Kebun open sekejap availability pakej buah limau mixed hujung minggu ini. Buah katak puru tak de.

~ 500gram buah limau mixed RM3 ~
  Minggu ini yang mengidam nak makan buah pisang nangka juga available semula. Sekiranya nak minta pos juga InsyaAllah boleh.

~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5 ~

Daun pucuk assam gelugor dah tak available lagi minggu ini. Tetapi Daun pucuk ubi kayu available.

~ 1 ikat Daun pucuk ubi kayu RM1.00 ~
  Masih lagi available juga ialah buah kuning telor atau dipanggil buah canistel. Tapi rasanya dalam 2 minggu lagi dah habis musim buahnya kena tunggu tahun depan pula.

~ Buah Canistel/Kuning telor 1 kilogram RM5.00 ~

Sayur baru mula masuk senarai juga bulan ini ialah buah nangka muda (1 biji RM3).
  Dalam tuaian yang nampak macam A for 'Acorn' tu sebenarnya dari pokok setawar putih seperti dalam gambar di bawah. Tukang Kebun suka kutip-kutip kumpul nampak menarik untuk hiasan. Tapi selalu kena culik dengan Rayyan dia bawa main masak-masak dekat luar atau buat theme Jurassic Park. Habis bertaburan dekat luar balik.
  Benda yang nampak acorn ini masa hidupnya menjadi tempat di mana bunga-bunga putih yang ayu keluar kembang. Pokok setawar ini ada bahagian-bahagiannya yang boleh dimakan. Sebagai contoh kudup bunganya yang berwarna putih belum kembang ataupun pucuk muda yang baru nak keluar dari tanah (macam konsep ala-ala rebung). Not just a pretty face. Jadi ianya for gardeners because its a fun plant, nampak ornamental, bunga cantik dan edible.

More info on Setawar Putih boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

Sehingga 15hb November 2015, Kebun Bahagia Bersama buat promosi 1 set rizom setawar putih untuk RM5.
Atau 5 set rizom RM20.
  Sekiranya ada yang berminat nak dapatkan bekalan kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama untuk self-collect pada hari Ahad/Hari Deepavali Selasa depan/Rabu minggu depan boleh message booking awal-awal ya.

~ 1 kelapa muda RM2 ~
~ 3 biji kelapa parut RM5 ~

13 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak suka betul kalau tengok paparan macam ini
Seronok betul bila tanah digunakan sepenuhnya macam rumah kampung kakak
Tapi di rumah sendiri sini semuanya dlm pasu macam mana nak tanam kelapa? Kelapa muda letak ais sedapnya...:)

kakrose berkata...

banyaknya hasil tanaman di kebun bahagia..pucuk ubi tu masak lemak putih..sedapnya..

Unknown berkata...

seronoknya saya tengok hasil macam ni..untung tak payah nak beli2 kan??

Fida Z Ein berkata...

Anak pokok terung pipit boleh dijadikan pokok penanti bagi pokok tomato sebab tahan penyakit dan lasak...ala-ala cantuman baji

Tanpa Nama berkata...

Best juga terung pipit cmpur pucuk ubi masak budu, bg penggemar budu

Normala Saad berkata...

Geramlah tengok telor2 fresh tu...

Suzie berkata...

Dah ada anak pandan serani ni cuma belum di tanam je....ingat nanti nak cuba masak sirap hijau heheh

silanasar berkata...

Baru jumpa blog..alhamdulillah banyak ilmu dari sini..teruja sangat sebab baru hendak mencuba menanam kat laman rumah...adakah kebunbahagia dibuka kepada pelawat..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Kena tanam kelapa kat luar rumah kut Kak Zakie, style guerilla gardening cari spot yang tak dimanfaatkan. Tanam jenis yang renek.

Salam Bahagia KakYon.

Lama tak masak ala-ala masak lemak putih ni.
Bolehlah selit dalam planning menu minggu ini atau minggu depan bila sempat. Stok kelapa kukur pun dah ada dalam freezer.

Salam Bahagia Sis Diana.

Tak perlu nak ke kedai selalu, cari apa yang ada dari kebun sendiri.
Jimat masa dan petrol nak keluar rumah.

Salam Bahagia Kak Fida.

Pokok terung pipit memang tahan lasakkan.
Kalau ada bena serang pun, lebih baik potong sahaja bahagian yang ada bena. Nanti keluar tunas ranting-ranting baru.

Salam Bahagia.

Kami pun penggemar budu juga ni.

Salam Bahagia Kak Mala.

Musim hujan sekarang ni itik riang ria banyak bertelur.
Cuma ayam-ayam je sedang berehat dari bertelur.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Orang kata rasa pandan serani kurang pahitkan berbanding dengan pandan masak tu.
Musim hujan ni eloklah nak pindahkan anak pokok kan.

Salam Bahagia Silanasar.

Terima kasih datang melawat kebun kami dalam dunia blog ini.
Setakat ni Kebun Bahagia Bersama tak open tu public lagi.
Pelawat nak datang susah jalan, rumput selalu panjang-panjang.

Unknown berkata...

assalamualaikum.macam mana saya nak dapatkan anak pandan serani? boleh poskan x?.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Sis Zuraina.

Bulan ini kami sudah kehabisan stock pandan serani.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Macam mana saya nak beli anak pandan serani? Boleh pm nombor tak?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Boleh email (kebunkmg@gmail.com) for further details.