No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 November 2015

Rambutan ke tu???

  Hari ini Tukang Kebun nak bagi homework hujung minggu sempena cuti sekolah kepada readers Kebun Bahagia Bersama (silent readers juga tau), untuk berikan beberapa cadangan bagi nama kepada pokok bunga ini. Kalau segan nak bagi cadangan pun tak perlu tulis nama sebenar dalam kotak komen hehehe....Tak pernah lagi dengar nama am untuk bunga ini dalam Bahasa Kebangsaan. Kalau nama am dalam Bahasa Inggeris ialah Thailand PowderPuff atau nama botani 'Combretum constrictum'. Kalau tengok bentuk bunganya macam buah rambutan je mesti terpanggil bunga rambutan hehehe...lets see if we all can come up with something catchy in bahasa.

 Info mengenai pokok bunga 'Combretum constrictum' juga boleh rujuk di postings sebelum ini (klik sini).
  Nama am 'Thailand PowderPuff' tapi rata-rata sumber mengatakan asal-usulnya dari benua Afrika. Walaupun pokok ini bersifat separa memanjat, Tukang Kebun tak sediakan para untuknya. Begitu mudah tumbuh di cuaca tanah rendah Malaysia. Selepas dipindahkan ke tanah dijaga makan dan minumnya, setelah setengah tahun InsyaAllah tak perlu dah nak manjakan pokok ini sangat. Tukang Kebun pun dah bertahun tak berikan makan minum sejak pokoknya sudah nampak subur sesuaikan diri menghuni di kawasan ini. Walaupun pada musim kemarau tidak disiram apabila tumbuh di atas tanah. Jika tumbuh di pasu, sekali kala kena siram. Kalau bukan tiap hari pun tidak mengapa, kerana pokok ini dikatakan 'drought-tolerant' apabila sudah well-established (sudah serasi dengan persekitarannya). A water saving plant.

  Syukur Alhamdulillah tak putus-putus ianya berbunga sepanjang tahun, memberikan juga makanan kepada burung, rama-rama dan lebah. Bunganya tidak berbau tetapi warna merah terang-benderang menarik serangga penghisap madu ke dirinya. Bunga yang kembang tahan dalam seminggu lebih. 

  Apabila anak pokok sudah capai usia lebih dari setahun, jika merimbun tapi tak berbunga-bunga lagi kebarangkalian overdose baja. Maka, eloklah pangkas-pangkas pokoknya. Bila merimbun semula tapi tak berbunga kena pangkas-pangkas lagi nak perabih bahagian baja yang terlebih tu.

  Siapa sangka di sebalik bud bunga bulat-bulat kecil itu, bila kembang boleh terkeluar misai-misai yang panjang tersimpan di dalamnya menawan hati si rama-rama dan peminat lain.

  Terbayang pula kalau pokoknya berjutai-jutai keluar dari balcony garden macam kayangan. Rasa-rasanya orang yang lalu-lalang jadi hairan tak tengok bunganya dari jauh macam buah rambutan.

~ 1 pot anak pokok bunga Thailand PowderPuff RM12 ~

  Sebelum balik kampung, ada juga buah-buah rambutan yang dah mula nak meranum, dari tak rasa langsung petik-petiklah juga sambil kemas kebun. Takut balik nanti tinggal kulit rambutan je bersepah di atas tanah.

6 ulasan:

Fida Z Ein berkata...

Boleh panggil bunga api merah kot...Saya pun tak pernah jumpa lagi pokok ni

Tanpa Nama berkata...

Salam Tukang Kebun. Saya baru saja mengikuti blog ini. MashaAllah tabarakallah. Kebun TK kebun impian saya. Teruja nak ikut jejak TK cuma tanah kebun saya jauh ....cita2 tinggi nak berkebun seperti TK. Bercadang nak buat pondok supaya ada tempat berteduh ...kurang2 anak2 dan boleh teman dan berteduh bila saya berkebun. Beruntung nampaknya TK sekeluarga minat berkebun jadi mudah dan menghabiskan waktu bersama di kebun.

NI

Normala Saad berkata...

Agaknya inilah pokok bunga yang mahu diberi kepada saya oleh seorang kenalan dikampung rumah sewa lama. Katanya cantik mcm buah rambutan. Puas saya cuba bayang kan bunga apa tapi tak dapat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Fida.

Sesuai panggil bunga api merah. Ini asal beli dari Kota Belud dulu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia NI.

Terima kasih sudi melapangkan masa baca entri dari Kebun Bahagia Bersama.
Kalau tak sempat nak buat pondok dulu boleh juga berkhemah. Seperti di Sabah ramai bekerja di banda tapi hujung minggu sibuk di kebun masing-masing. Yang jauh belum cukup modal pakai khemah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Ada lagi satu jenis pokok bunganya macam bunga rambutan juga tapi tak bersifat menjalar dan saiz bunga lebih kecil.