No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 10 Disember 2015

Laksa Kuah Ikan Parang

     
  Awal- awal pagi Sabtu lepas, Big Boss dan Tuan Tanah pergi membeli hasil laut direct di bot nelayan di Teluk Likas. Yang di dalam rumah semuanya masih diulit mimpi. Sebaldi jugalah stok makanan laut untuk dapur minggu ini dipajak oleh Big Boss. Antara bekalan dapur yang dibawa pulang ialah ikan parang segar baru sahaja ditangkap dari laut oleh nelayan.

  Cuba teka 7 ekor ikan parang saiz panjang ini berapa harganya?


 Big Boss sedang mencuba tips dari nelayan macam mana nak mudah bersih siang ikan-ikan parang. Nak testing buka dulu sirip ikan parang yang bahagian atas di hujungnya, kemudian tarik sahaja buka sirip tersebut akan tertanggal dengan lebih mudah.

 Harganya ialah RM5.00 .

Kalau di Lembah Klang 2-3 ketul potongan ikan parang pun susah nak dapat RM5. Apatah lagi 7 ekor. Separuh direbus untuk buat bahan kuah laksa menu tengahari.

Rakan-rakan lain suka masak bagaimana dengan ikan parang?

  
 Antara hasil tuaian awal pagi sambil nak sedia masak laksa di kebun KingFisher Big Boss. Jenis cili panjang-panjang ini tak rasa pedas sesuailah untuk mereka yang tak tahan pedas. Syukur Alhamdulillah setiap minggu ada buah betik untuk Big Boss tuai dari kebunnya. Tapi katanya belum banyak lagi nak dijualkan ke kedai.

   Adalah beberapa pokok betik di ruang terhad yang ada di rumah teresnya di KingFisher. Gemuk-gemuk buah betiknya. Sebagai contoh pokok betik yang bersebelahan dengan pokok herba pecah beling. Pokok herba pecah beling ini pun import dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Cepat sahaja pokoknya membesar walaupun tanah masih begitu keras di kebun KingFisher ini. Bolehlah dijadikan pokok pagar atau hedge. Belum pun masuk setahun umur pokok pecah beling tersebut menjadi penghuni di situ. Bila tiba musim bunga pecah beling pasti berseri di kawasan tersebut. Pecah beling juga boleh mudah hidup di dalam bekas.

  Info khasiat herba pecah beling boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pot Pecah beling/Pecah kaca (Strobhilantes crispa) RM5.00 ~ 

atau boleh juga pilih campur dengan tumbuhan lain dalam page promotion '3 plants fro RM10' (klik sini).
 Banyak buah betik syok nak buat jeruk tapi tak jumpa-jumpa alat nak sagat. Nak manually racik-racik macam lenguh pula rasa tangan. Buat je lah jeruk mempelam muda dulu yang diberikan oleh saudara Big Boss dari kebunnya di Papar.

Happy Birthday Mama!!!

5 ulasan:

farahhazirah berkata...

kecur tengok jeruk mempelam tu... hehehe..

Kakzakie Purvit berkata...

Oh... kalau kakak panggil ikan ni ikan timah.
Betul cara menyiangnya tarik aje dari tepi tu menyongsang lepas tu baru potong-potong.

Kakak suka goreng lepas tu masak taucu atau masak kicap pun sedap:)

Norish.NN berkata...

Asam pedas ikan parang..mmm sdp juga...Betik buat Som tam thailand (kerabu betik) ...sedap...kecur dh...air liur..hehe..

Tanpa Nama berkata...

Pokok betik jenis apa tu..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia adik FarahHazirah.

Sekejap je habis tak sampai 24hours.
Ramai hantu asam.

Salam Bahagia KakZakie.

Oh sebelah sana panggil ikan timah ya untuk ikan parang.

Masak taucu lain kali bolehlah kami cuba. Terima kasih bagi cadangan.

Salam Bahagia Sis Norish.

Bila nak buat kerabu betik ada je yang tak cukup bahan di dapur hehehe... mau juga cuba tu.

Salam Bahagia.

Tukang Kebun pun tak pasti betik apa.
Tapi besar buahnya.