No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 4 Disember 2015

Pokok Buah Nadir Perupok

  Antara pokok buah nadir di Malaysia yang makin jarang ditemui ialah pokok perupok atau lebih dikenali sebagai pokok Ceri Terengganu. Jika di kawasan persekitaran kediaman/ perumahan anda tiada pokok ini, susah jugalah nak merasakan sebab buahnya tidak dijual secara komersial di pasaran. Selain ditanam untuk nilai khasiat buahnya yang isinya manis, pokok perupok juga adalah sebuah kumpulan pokok buah nadir bersaiz kecil sederhana yang sesuai sebagai pokok hiasan di laman. Walaupun laman rumah teres boleh selitkan sepokok untuk sejukkan rumah atau di luar pagar bakal teduhkan kereta.

  Maklumat lanjut mengenai pokok perupok boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).
  Bentuk buahnya yang merah menyala menarik pandangan terhadapnya. Sebelum kudup bunganya kembang ianya bergugusan seperti anggur kecil merah. Perupok juga mempunyai pucuk yang berwarna keungguan contrast dengan daun yang matang berwarna hijau.
  Apabila kembang kelopaknya berwarna merah hati comel dilihat. Di tengah bunganya yang mekar berwarna putih di situ buah akan membesar hari demi hari.
  Kebiasannya dahan pokok perupok akan menghasilkan ranting-ranting kecil yang menghasilkan banyak buah yang akan membesar hingga rapat sesama mereka.
   Dari buah kecil yang berwarna putih akan bertukar kepada warna kehijauan. Kemudian apabila buah masak betul berwarna merah hati. Jika ingin melakarkan landskap Jepun ala tropika, Tukang Kebun rasa sesuai pokok perupok dijadikan pengganti pokok sakura/cherry blossam yang mudah tumbuh di Jepun. Pokoknya boleh dicantas saiz pokok buah bonsai. Dalam bayangan Tukang Kebun cantik digandingkan dengan buloh juga pokok ini untuk menghasilkan tropical Japanese Garden.
  Tukang Kebun perhatikan pokok perupok yang tumbuh sendiri di belakang kebun terbiar tidak dibaja tengok faktor persekitarannya ambil 2~4 tahun berbuah. Kira cepatlah tu sebab ini adalah pokok yang nak berbuah tak putus-putus berpuluh tahun selepas matang. Pokok pisang pun ambil masa nak berbuah nak dekat setahun ikut jenis pisang dan faktor persekitaran, itupun berbuah hanya sekali. 

  Pada awalnya memang terasa lambat pertumbuhannya, mungkin ianya masih mengumpulkan tenaga untuk membesar dan lebih kepada akarnya. Bahagian pertumbuhan akar juga penting kerana tugasnya untuk menyerap nutrient/baja dan air untuk pertumbuhan pokok keseluruhan. Nanti entah tiba-tiba ada satu phase macam melonjak pula pertumbuhan pokok perupok yang Tukang Kebun perhatikan. 

 Terima Kasih banyak-banyak atas progress-progress update yang diterima mengenai anak-anak perupok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Rasanya dah hampir 2 tahun kami mula bekalkan anak pokok perupok di merata Malaysia. Bulan lepas bekalan stok terputus sekejap. Jadi minggu ini dah boleh keluarkan stok baru anak-anak pokok perupok yang dipindahkan dalam bekas beberapa minggu lalu masa temankan dearest husband kemaskan kawasan pokok cempedak.

~ 1 bekas anak pokok Perupok/Ceri Terengganu RM10.00 ~

10 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Pasar online buah perupok takde ker....
Klau bibit lambat sikit nak merasa, tapi nantilah nak beli jugak anak benihnya boleh tanam kt kampung.

suka suka berkata...

K Mar nak anak pokok ni sebekas.

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum Diana..
saya belum bank in lagi la bagi pokok2 yang saya nak sebelum ini....jadi saya nak tambah pokok ni satu lagi...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Ada juga kadangkala random letak dalam Pasar online ikut fresh harvest of the week. Sukar nak buat specific untuk perupok punya pasar online sebab burung dan kelawar suka ambil masa dah masak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

Tukang kebun ada reserved untuk Kak Mar.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Fida.

Selamat Cuti-cuti Malaysia dulu ya.

Fatihah berkata...

Assalamualikum..
Selain anak pokok... daun pokok perupok ada jual x?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Fatihah,

Jika nak daun pokok perupok kena email ke (kebunkmg@gmail.com)

pokku berkata...

Assalamualaikum. ..Ini pokok setangguk /pokok kenan ke?...Sedang mencari untuk perubatan. ..mohon membantu

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Pokku,

Kami kurang pasti samaada ini juga dipanggil pokok setangguk atau pokok kenan.