No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 13 Disember 2015

Pucuk daun untuk ulam-ulaman

    Tahun 2015 sudah nak ke penghujung sudah mendekati Tahun 2016. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta mendidik kami untuk lebih bermotivasi memikirkan hasil-hasil organik yang boleh dibekalkan dari kebun kami. Untuk tahun 2015 ini dimasukkan dalam senarai bagi hasil pucuk daun yang biasa dibuat ulam-ulaman yang ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti daun pucuk assam gelugor, pucuk ubi kayu dan pucuk gajus.

  Kadangkala bila ada banyak pokok volunteer ulam raja, masa self-collect day adalah juga dicuit pucuknya untuk diselitkan dalam pesanan-pesanan yang diterima. InsyaAllah tahun depan akan kami juga mula membekalkan pucuk daun buah katak puru/nam nam pula. Pucuk daun buah katak puru yang berwarna kemerahan itu bagus untuk mereka yang menghadapi masalah lawas membuang air.
  Kalau ikut ranking untuk 3 jenis pucuk-pucuk daun yang popular ikut demand pesanan terima dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti berikut :

(1) Pucuk muda assam gelugor
(2) Pucuk ubi kayu
(3) Pucuk gajus

   Tapi macam tak adillah pula nak buat ranking lagi sebab yang pucuk ubi kayu dan pucuk gajus pun masih ahli baru dimulakan dalam hasil segar bekalan Kebun Bahagia Bersama. Setiap seikat jenis pucuk-pucuk tersebut dibekalkan dengan harga RM1.00 . Cuma yang pucuk muda assam gelugor sahaja boleh dipos, pucuk-pucuk lain nak kena self-collect.

  Yang pucuk muda assam gelugor bukan newcomer sebab pernah beberapa kali kami selitkan dalam Pasar Online Kebun Bahagia Bersama awal-awal dahulu. Dengan kenakalan Tukang Kebun juga menyelit pucuk muda assam gelugor kepada mereka yang belum pernah rasa nikmat khasiat pucuk muda assam gelugor ini, Syukur Alhamdulillah ramai juga yang addicted dengan rasa pucuk muda assam gelugor bagi peminat rasa makanan masam-masam ni. Macam perancangan tahun 2016 nak kena tambah lagi 1~2 pokok assam gelugor dalam kebun.
   Hasil kutipan utama pucuk gajus bekalan dari Kebun Bahagia Bersama dituai dari pokok gajus seperti gambar No. 3 di atas. Pokok gajus ini bersebelahan dengan pokok kelapa yang buahnya berbentuk bujur seperti bola rugbi.

Self-Collect Day Schedule minggu depan :

~ Pagi Sabtu 19hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway)

~ Pagi Ahad 20hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Memandangkan esok Isnin Selangor cuti peristiwa, maka penghantaran tertunda ke hari Isninlah ya.
Antara fresh organic goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga InsyaAllah available untuk self-collect juga ialah seperti:

~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Canistel/kuning telor sekilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Rambutan Merah 1 kilogram RM2.00.
~ Buah Rambutan Gading/Kuning 1 kilogram RM2.00 .
~ Buah Katak Puru/ Nam Nam 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda 1 biji RM3.00 .
~ Isi kelapa parut 3 biji RM5.00 .
~ Telur Itik 1 biji 70sen.

  Selain dari pilihan pucuk-pucuk daun yang ditambahkan dalam senarai bekalan fresh goodies Kebun Bahagia Bersama dalam tahun 2015 ini, kami juga berkesempatan untuk mula membekalkan batang ubi keladi muda sebagai sayur.

~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 ~

  Info sayur batang keladi boleh baca di posting sebelum ini (klik sini). 

  Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan yang tidak pernah jemu diberikan di kebun kecil kami ini.

7 ulasan:

carlz berkata...

Banyaknya hasil...pucuk asam gelugur tu masam ka? Baunya pula?

Unknown berkata...

belum pernah rasa pucuk asam gelugor tu diana bestlah kalau dpt di pos ke bruneii

Norish.NN berkata...

Pucuk asalm gelugor tu masam..Asam gelugor adalah asam keping. Buah asam gelugor ranum yg telah dptong2 nipis & dkeringkn.Masukkn asam gelugor dlm masak lemak cili padi ikan keli salai& daging salai..(kena hiris nipis2 daunnya). Mmm..yummy btambah la nasi..:-D

Normala Saad berkata...

Sedapnya buah ciku tu...

Dilah Naim berkata...

pucuk gajus memang kegemaran..
pucuk asam gelugor belum pernah rasa lagi..

ciku pun kegemaran, potong simpan peti sejuk, makan bila time tengok tv..nyaman tekak rasanya.. ;-)

Fida Z Ein berkata...

Saya suka makan pucuk asam gelugor....boleh hiris nipis2...buat nasi goreng

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Pucuk asam gelugor masam.
Macam buahnya yang dihiris, dijemur untuk dijadikan rasa lauk ada rasa masam.

Salam Bahagia Kak Noor.

Kalau hantu asam memang suka pucuk asam gelugor ini buat makan ulam.

Salam Bahagia Sis Noor.

Mmmm....terbayang je lauk tu dah keluar air liur.
Memang bertambah-tambah nasi.
Adik beradik manggis cuma buah asam gelugor yang dah masak berwarna kuning kan.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah musim ciku kali ini ramai kata manis.

Salam Bahagia Sis Dilah Naim.

Tukang Kebun pula lebih gemar pucuk asam gelugor dari gajus sebab hantu asam.
Betul makan ciku sejuk-sejuk sedap juga.

Salam Bahagia Kak Fida.

Wah kalau campur dalam nasi goreng tak cukup sepinggan tu.