No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 29 Disember 2015

Tagal Kampung Poturidong Kiulu


  Syukur Alhamdulillah Ahad lepas baru-baru ini kami sekeluarga dapat bersama-sama meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti di kampung Big Boss iaitu di Kampung Poturidong, Kiulu. Antara aktiviti mesra alam yang dapat kami lalui ialah bermanja bersama-sama ikan kelah yang bebas berenang di sungai. Lihatlah di mana gambar pertama di atas Tukang Kebun di kelilingi ikan-ikan kelah.
  Sekarang dengan adanya kemudahan jambatan river crossing, amat mudah lagi untuk terus menaiki kenderaan ke tempat Kelah sanctuary atau lebih dikenali sebagai Tagal untuk orang tempatan. Perjalanan anda bila keluar sahaja dari pekan Tamparuli akan seperti ke Kundasang melalui jalan yang berliku kerana kampung ini terletak di dalam kawasan banjaran berbukit-bukit. Tetapi perjalanan tidaklah sejauh seperti nak ke Kundasang. Biasanya jika menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu kurang dari 1 jam untuk sampai ke kampung Big Boss. Bagi Tukang Kebun macam dari rumah nak ke KLIA. Jika dalam geography kiranya sungai di sini boleh dikatakan upstream river.
   Syukur Alhamdulillah setelah penantian yang lama berpuluh-puluh tahun, akhirnya penduduk kampung dapat menyeberangi sungai ini dengan kenderaan dengan lebih mudah dengan kemudahan jambatan (related posting klik sini). Cuaca di kampung beberapa hari agak baik dan tidak hujan lebat menjadikan air sungai tidak beberapa naik membolehkan kenderaan dapat melalui jambatan tersebut. Setelah kami turun bukit, kelihatan beberapa pemuda kampung sedang mencuci motosikal mereka di atas jambatan.
  Seronoknya pengalaman menyeberangi sungai menaiki kereta. Tengok side mirror pun nampak air sungai bukan jalan raya. Jika air sungai besar  kenderaan tidak dapat melalui jambatan. Tetapi bolehlah juga menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung seperti gambar No. 5 di bawah untuk ke kawasan Tagal. Untunglah pelancong jika keadaan air sungai tidak besar boleh rasa menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung dan river-crossing dengan kenderaan. Tak perlu takut-takut jambatan gantung tersebut kuat.
  Bagi permata-permata hati kami ini adalah pengalaman kedua mereka dapat bermesra bersama ikan kelah di Tagal ini. Sebab bukan pertama kali jadi mereka dah tak de rasa takut-takut seperti dulu. Main terjun je dalam sungai dengan tak tukar baju, tak sempat nak cakap apa-apa dah duduk main dalam air. Trip ke Tagal kali ini air tak besar sangat jernih, di dalam gambar bawah boleh kelihatan pelbagai jenis wild ikan kelah berenang-renang. Ada gemuk dari peha si Ilhan.
  Our first trip ke Tagal dahulu pada June 2013, princess papa si Abby ini masih belum lagi boleh berdiri sendiri masih kena berdukung (1st trip posting klik sini). Cepat sahaja masa berlalu.
  Apabila sungai tidak besar atau lama tidak hujan turun, air sungai akan kelihatan sangat jernih. Memang ikan-ikan kelihatan sangat jelas berenang-renang di dalam air sungai yang cetek. Yang tak pandai berenang pun tak delah risau sangat sebab kawasan ini cetek dan arus tak laju jika bukan musim hujan.
  Anda juga bolehlah menderma sedikit untuk kebajikan ikan-ikan kelah tersebut dengan membeli sedikit makanan ikan di pusat Tagal ini. Macam kucing datang makan di atas tapak tangan. Suction ikan kelah ini tak kuat tidak seperti ikan-ikan yang di spa kaki tersebut. Kadang-kadang kalau ikan ini dah ghairah sangat jari kaki pun ingat makanan dihisapnya. Tapi takdelah rasa sakit.
  Tempat ini amat sesuai untuk seisi keluarga. Nak bawa warga emas atau mereka yang uzur juga sesuai kerana terdapat tempat-tempat redup yang selesa untuk berehat sambil menikmati alam semulajadi di tepi sungai. A good therapy. Untuk anak-anak kecil sakit berat pun boleh kita dukung duduk dekat river bank sambil rasa ikan-ikan kelah manja berenang di kaki kita. Kenderaan boleh parking dekat dengan Tagal ini jika jambatan tidak dinaiki air banyak. Kemudahan seperti tandas juga ada. Nak buat Family Day di sini juga boleh kerana penjaga Tagal di sini boleh buat arrangement untuk catering ataupun sediakan tempat BBQ. Homestay juga ada di kampung-kampung bersebelahan.
  Syukur Alhamdulillah sekarang operator-operator white water rafting menggunakan sungai ini juga bekerjasama untuk singgah sebentar di Tagal ini membawa pelancong-pelancong menikmati suasana bermanja-manja dengan wild ikan kelah. Sungai di kawasan ini juga adalah antara sungai yang popular digunakan untuk activity white water rafting.  Activity white water rafting di sini adalah sesuai untuk level beginners. Jadi sesiapa sahaja boleh dapatkan pengalaman white water rafting di sungai ini. Activity white water rafting hanya akan dibenarkan sebelum pukul 3. Kerana menurut orang-orang lama bahawa lepas pukul 3, ikan-ikan akan mula masanya untuk bersiap sedia bertelur. Supaya tempat-tempat di mana ikan berpusat untuk bertelur tidak diganggu maka had masa diberikan sebelum pukul 3 petang untuk mereka yang ingin rafting.
  Marilah Cuti-Cuti Malaysia di kampung Tukang Kebun ya. Main-main dengan ikan kelah boleh, asalkan jangan pergi tangkap sebab ini zon kawasan pemeliharaan ikan-ikan kelah. Nanti kena denda.

10 ulasan:

Normala Saad berkata...

Ya Allah...cantiknya panorama disini....sejuk terasa. Geram sangat tengok ikan2 jinak. Memang tempat2 mcm ni lah kak teringin sangat nak berada. Tengok suasana bukit dan jeram begini teringat zaman kecil dulukala.Nenek kak pernah duduk dibukit tanam padi huma. Walau pernah melawat tempat tu sekali saja tapi rasa rindu ni masih terasa...

Unknown berkata...

jernih nya air.pemandangan pun cantik.kalau berkelah ni memang best la..

Unknown berkata...

jernih betul airnya... seronoknya dapat main2 dengan ikan kelah tu...

Kakzakie Purvit berkata...

Waaahhhh... bestnya:)
Kakak tengok ikan-ikan tu pun dah terpikat Dee
Environment juga nampak mendamaikan sungguh.
Boleh tangkap ke ikan-ikannya?. Goreng sedap tu hahaha...

Wak Lat berkata...

jernih dan bersih air sungai nih bahh., ;p

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Wah bestnya bersiar2 dgn family. Cantik kg big bos kak Diana, ikan2 tu pun jinak2, bikin geram.

carlz berkata...

Tidak lama lagi tempat ni akan popular untuk bersantai dan melihat ikan kelah yg jinak seperti yg di Ranau tu. Yg penting perhebatkan promosi di tempat ini. Tahniah Diana...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Memang nyaman di sini Kak Mala.
Jika di rumah jarang sekali pasang kipas.
Terutamanya waktu malam.
Sabtu lepas ada mengetam padi huma sekejap tolong makcik.

Salam Bahagia Sis Diana.

Memang syok berkelah di sini seisi keluarga.

Salam Bahagia Farah.

Jika tak hujan jernih airnya.
Ralit main dengan ikan kelah.

Salam Bahagia KakZakie.

Kalau di luar zon tagal bolehlah tangkap Kak Zakie.
Manis isinya walaupun rebus sahaja buat sup.
Tetapi tiap tahun ada tu pesta kelah boleh ramai-ramai turun tangkap sama-sama.

Salam Bahagia Tiga Lalat.

Jarang sudah mau jumpa air jernih begini di Semenanjung kan.

Waalaikumsalam Julie.

Selagi tiada pembalakan, InsyaAllah lebih terjaga alam sekitarnya Julie.
Itulah macam kucing pula tengok ikan ini datang bermanja.

Salam Bahagia Carlz.

Tempat ini lagi dekat mau pergi dari Ranau.
Tidak jauh sudah dari rumah terbalik yang popular di Tamparuli itu.

Dc Jean @ BB berkata...

ada tempat untuk camping?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia DC JEAN @ BB,

Ada tempat untuk camping.
Ada juga dewan jika mau tido dalam sana tapi yang itu kena bayar sikitlah.