No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 24 Februari 2016

Limau Telur Buaya

  Syukur Alhamdulillah antara jenis limau yang tak putus-putus berbuah di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun ialah jenis limau telur buaya. Biasanya buah limau telur buaya ini lebih dikenali di kawasan utara Semenanjung Malaysia untuk membuat acar. Kalau yang tidak biasa melihat buah ini pasti akan memanggilnya juga buah lemon.
  Pokok limau telur buaya sukakan kawasan yang menerima pencahayaan matahari yang banyak. Jika pokoknya terlampau merimbun menyebabkan batang-batang pokok tidak dapat menampung dahannya yang rimbun boleh tolong tongkatkan. Dalam kes pokok tut atau grafted biasanya batang yang asal tidak dapat menampung dahan-dahan pokok yang merimbun akan membuatkan ianya turun ke bawah maka elok dibagi sokongan.
  Tahun Baru Cina lalu, kami mengemas sudut kawasan pokok-pokok limau telur buaya di sini dan tanam lagi sepokok anak pokok limau telur buaya. Tukang Kebun pangkas sedikit pokok pink guava yang mula membuatkan kawasan ini makin teduh. Biar fokus di sini antara kelompok pokok limau telur buaya untuk mengelakkan kekeliruan generasi datang yang akan menjaganya. Lihatlah di celah rimbunan dahan pokok limau telur hidup harmoni dengan pokok kemboja bali kuning di sebelahnya.
 Nampaknya awal tahun ini, membuatkan pokok-pokok limau buaya teruja dengan baik untuk menghasilkan buah-buah. Limau telur buaya buahnya akan bertukar dari hijau ke warna keemasan apabila sudah ranum betul. Jika nak air yang diperah lebih juicy lebih baik tunggu hingga buahnya bertukar ke kekuningan. Biasanya proses dari jangka mula putik berbunga sehingga buahnya membesar masak ambil masa lebih 2 bulan untuk bersedia dipetik.

~ 1 pokok limau telur buaya grafted RM25.00 ~
  Untuk pembaca-pembaca setia dan yang telah lama mengikuti perkembangan Kebun Bahagia Bersama sejak mulanya blog ini dah ketahui bahawa antara fresh produce Kebun Bahagia Bersama yang telah dipasarkan secara online awal-awal ialah buah limau mixed dan secara penghantaran courier Pos Laju Malaysia. Kami mula pasarkan limau mixed dari Kebun Bahagia Bersama sejak tahun 2013 lagi (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah dah 3 tahun kami dapat bekalkan buah limau segar dan organik dari Kebun Bahagia Bersama. Sehingga sekarang masih lagi pelanggan awal-awal yang membuat pesanan dari kami untuk buah limau mixed masih kami terima pesanan hingga kini. Terima Kasih banyak-banyak di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa diberikan.

  Yang berminat untuk dapatkan fresh organic citrus fruit mixed boleh buat pesanan di (kebunkmg@gmail.com). Boleh self-collect atau juga dipos.

Self-Collect Schedule This Week:

27th/28th February 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie corridor highway).

~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 ~
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~ 10 biji telur itik RM7.00 ~
~ 3 biji kelapa sudah kukur RM5.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk muda daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat batang ubi keladi RM1.00 ~
  Syukur Alhamdulillah suatu ketika dulu dapatlah juga hasil seperti cili burung, buah katak puru dan buah-buah limau dari kebun dapat sumbangkan kepada charity (related posting klik sini) memberikan detik permulaan kami mula juga bekalkan barangan segar/fresh produce. Niat di hati, InsyaAllah separuh dari jualan untuk penghantaran pada 29hbFebruari2016 akan kami sedekahkan kepada tabung amal yang tertentu. Belum pasti lagi tabung mana. InsyaAllah akan dinyatakan kemudian bila sudah selesai. Yang ingin bersedekah, membeli sambil beramal InsyaAllah bolehlah terlibat bersama untuk penghantaran Isnin depan jika berkesempatan. 

  Mari kita bersama doakan keselamatan bagi mereka yang terlibat dalam bencana banjir di Sarawak.

12 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak pun sebelum ini panggil lemon
Tahu nama sebenar belum lama dari blog ini juga
Rumah kampung kakak ada tapi kami semua panggil lemon hihi... naif betul kan:)

Norish.NN berkata...

Teringin nk tanam Pokok Limau Telor Buaya ni..:-)

Normala Saad berkata...

Kak ipar kak memang pakar la kalau buat acar limau telor buaya ni..sedap sangat..buah limau tu lembut dan gebu...isi kulit dia pun tebal..masa kenduri anak sulung dia sponsorkan. Sampai kawan Cina pun minta bawa balik..

norhidana berkata...

ooooo bestnya kak... nnti nk try email lah kalu nk oder... nk selfpick jauh lak kak kt sungai buloh dana duk area ampang nih

geramnya nengok akak nyer limau tuh... gemok2 lak tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Sebab memang mirip nampak macam lemon pun kan buahnya.
Cuma jika biasa baunya ada kelainan sikit.

Salam Bahagia Sis Norish.

Ada masih ready stok grafted pokok limau telor buaya.

Salam Bahagia Kak Mala.

Nak minta kongsikan resepilah Kak Mala cara buat acar limau telur buaya ni.

Salam Bahagia Sis Norhidana.

InsyaAllah boleh diposkan buah limau-limau.

The Cooking Doctor berkata...

Salam, boleh beli pokok untuk pos ke jb?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia The Cooking Doctor.

Boleh dipos ke JB.
Pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan.. Sy berminat nk membeli limau Tuan.. Tp bagaimana caranya? Boleh Tuan hubungi saya.. 0189437925

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mat Faizol,

Buah limau tak musim sekarang.
Jika pokok limau ada stock.

Abdul Qadir berkata...

Salam.

Saya nak beli buah limau ni, tapi guna pos.
Bole wassap 016-2153545.

Belimbing buluh kering ada tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Abdul Qadir,

Buah limau telur buaya ada dan boleh pos.
Belimbing buluh kering tiada.

Further details email to (kebunkmg@gmail.com).

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ada jual benih limau telur buaya tak?