No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 22 Mac 2016

Small Shoe-carrying Thrixspermum

 Bunga orkid berwarna putih berwajah hidung mancung putih dengan mata warna kuning ini dikenali secara am 'Small Shoe-carrying Thrixpermum'. Nama botani adalah Thrinxpermum calceolus. Yang membantu memberikan nama keluarga ini kepada Tukang Kebun ialah Puan Huda berasal dari Terengganu. 
    Bunga ini berasal dari kawasan Asia Tenggara maka tanahairnya sama jugalah dengan kita di bumi Malaysia ni. Bunga putih ini wangi baunya. Apa yang menarik ialah di mana tangkai bunga ini keluar dari bud bunganya nampak macam bentuk lipan juga ada. Pada awal pembentukan bentuk lipan ini warnanya dalam kekuningan yang akan bertukar kepada kehijauan apabila ianya sudah bersedia matang untuk menghasilkan bunga. Satu kudup bunga ini boleh mengeluarkan 1~3 tangkai bunga putih yang wangi.
  Bentuk bunga bud lipan atau sepal bunga akan keluar dari celah-celah batang pokok orkid bunga ini berselang-seli dengan daun pokok orkid. Sebelum bunganya kembang nampak macam belon putih.
  Kelihatan amat meriah apabila bunga orkid putih wangi ini kembang serentak. Boleh kelihatan apabila bunga ini meriah berbunga, ramai juga pengunjung yang datang seperti semut-semut hitam di gambar bawah. Tertarik dengan bau bunganya yang juga ada makanan untuk mereka dapat dikumpulkan di situ.
  Salah satu characteristic yang dapat dilihat dengan species Thrixspermum calceolus ini adalah ianya berkebolehan menangkap banyak molekul air H20 sendiri dengan akar-akarnya yang banyak berselirat tumbuh. Oleh itu, pokok bunga orkid jenis ini mempunyai tabiat semulajadi boleh memanjat, menaiki atau memenuhi rumah tumpangannya dengan akarnya.
~ 1 bare-rooted Small Shoe-carrying Thrixpermum (Thrixspermum calceolus) RM10.00 ~

5 ulasan:

norhidana berkata...

aduh ssh jgn nk nyebut namanya yek...
orkid ni jenis orkid hutan ke kak?
sbb selalunya jns hutan ni yg wangi bau nya

Kakzakie Purvit berkata...

Alahai Dee... cantiknya.
Kakak apa pun kalau species orkid memang mata tengok tak berkelip:)
Kalaulah boleh keluar dari monitor cepat-cepat kakak nak potong sikit ambil hihi...

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum..

Bila tengok orkid putih ni...teringat kat Pigeon Orkid...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Br ja terbaca n3 kakak ni, alamak, Julie mmg minat bunga2 yg wangi2 ni, jual x orkid ni kak?



TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana.

Berbelit juga nak sebutkan.
Tak taulah ada nama simple lain ke tidak.
Ya ini orkid hutan kat tempat kita ni.

Salam Bahagia Kak Zakie.

Species orkid memang pelbagai corak dan warnakan.
Peminat memang tak puas-puas kalau dapat kumpul pelbagai jenis untuk koleksi sendiri.

Waalaikumsalam Kak Fida.

Pigeon orkid pun warna putih jugakan.

Waalaikumsalam Julie.

Yang ini pun available juga untuk dibekalkan.
InsyaAllah minggu depan pesanan Julie kami pos.