No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 13 Mac 2016

Umbisi Halia Udang

  Yang ingin mencuba berikhtiar untuk mengubati atau mengurangkan kesakitan mahupun menjaga kesihatan dengan sumber semulajadi yang belum diproses, minggu depan available umbisi segar halia udang. Halia udang yang juga dikenali sebagai halia merah atau halia bara mengandungi pelbagai khasiat. Bau dan rasanya adalah lebih kuat berbanding dengan halia biasa digunakan dalam masakan. Pokoknya mirip kepada halia biasa yang digunakan untuk masak cuma lebih rendah dan kecil.


 Secara tradisional digunakan oleh wanita yang sedang berpantang untuk menghilangkan angin dari badan dan memanaskan badan. Manakala anak Adam yang menghadapi masalah batin pula, halia udang dapat membantu masalah tersebut seperti viagra.

Antara khasiat dan perubatan traditional halia udang ialah:

~ Melegakan saluran pernafasan seperti membuang kahak.
~ Menyegarkan badan dengan membaikkan peraliran darah.
~ Menambahkan susu ibu.
~ Meredakan selsema dan batuk.
~ Mengembalikan selera makan.
~ Mengurangkan luka atau melecet (tumbuk isi umbisi halia udang dan tempel pada bahagian tersebut).
~ Merawat kesan kegatalan gigitan serengga.
~ Melegakan masalah sengal sendi-sendi otot

~ 1 set umbisi halia udang (SOLD OUT)~


  InsyaAllah jenis pilihan beras juga available untuk pos/self-collect hujung bulan March 2016 ini dibuka untuk reservation ialah jenis beras bario hitam. Memang gelap hitam berasnya untuk mereka yang adventure mencuba dalam bab makanan ini. Big Boss teringin nak makan beras bario hitam, jadi Tukang Kebun pun borong lagi beras bario hitam pula.

~ 1 kilogram beras bario hitam RM15.00 ~



  Fresh goodies dari Kebun Bahagia Bersama yang boleh self-collect hujung minggu depan ialah:

~1 ikat daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk buah nam nam/ katak puru RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00 .
~ 10 telur itik RM7.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos).
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
~ 1 kilogram buah limau campur-campur RM6.00 (boleh juga dipos).
~ 1 umbisi halia bara RM10.00 (boleh juga dipos).

~ 1 beg tanah bakar (about 10kilogram) RM5.00 .

Next Week Self-Collect Day Schedule:

~ 19th/20th Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway Exit).


6 ulasan:

Norish.NN berkata...

Segar&gemok sy tgok umbisi&pokoknya sis Diana.Sy pnya kecik je daun..Jealous kita..Hihi :-)

norhidana miswan berkata...

oooo dana kenal sebagai halia merah je... tak tau ada nama lain...

Fida Z Ein berkata...

Murahnya tanah bakar tu...

Angah berkata...

halia bara...untuk kesuburan pun boleh katanya

Nenie Suehoney berkata...

Assalamualaikum tuan,
Bgaimana saya nk contact utk dptkan beberapa herb dari kebun tuan..
Ac fb saya nenie suehoney
Thanks

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Awal-awal tanam memang halus je nampak daun pokok halia bara ni.

Salam Bahagia Dana.

Ikut tempat nama dia jadi lain kan.
Imaginasi seseorang.

Salam Bahagia Kak Fida.

Oh sebab tak pakai modal banyak dan direct dari kebun sendiri.
Bolehlah setting harga gitu hehehe....

Salam Bahagia Angah.

Iya kan ada juga sumber mengatakan boleh membantu dalam kesuburan.

Salam Bahagia Nenie.

Kami tiada account facebook.
Boleh hubungi kami dengan email ke (kebunkmg@gmail.com).