No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 25 April 2016

Keeping Cool at Kundasang

     Trip kami ke Kundasang March lalu (related posting klik sini) adalah yang pertama kali selepas area kawasan berhampiran Ranau dilanda gempa bumi yang kuat. Seperti berlakunya banjir besar di Kelantan dan Sarawak, bencana gempa bumi ini juga tidak mendapat liputan luas dan banyak oleh media besar. Tetapi dengan penggunaan laman sosial yang pelbagai sekarang, berita seperti ini dapat juga disampaikan dengan lebih mendalam. Syukur Alhamdulillah bila berlakunya bencana seperti ini, banyak kumpulan-kumpulan sukarela (unsung heroes) memberikan bantuan-bantuan kepada penduduk-penduduk yang kehilangan pelbagai benda asas. 
    Kami pun terkejut melihat perubahan wajah Gunung Kinabalu selepas berlakunya gempa bumi yang kuat. It gave a very significant impact. Bila dulu kawasan di bawah puncak Gunung Kinabalu hijau mata memandang. Sekarang terdapat banyak kawasan kelihatan pergerakkan force di bawah bumi menjadikan bertompok-tompok, ada kawasan hijau dan ada kawasan bogel nampak tanah.
   Kelihatan rekahan-rekahan dengan jaluran-jaluran putih di keliling banjaran Crocker Gunung Kinabalu ini. Dulu kelihatan terang air terjun di atas Gambar No. 3 ini, sekarang tidak jelas. Halus sahaja nampak aliran airnya nak kena perhatikan betul-betul disebabkan rekahan tanah di situ,
  Ini adalah kawasan perkampungan di Kundasang dalam perjalanan pulang kami dari ladang lembu Desa Cattle. Nampaknya sprinkler system digunakan juga di beberapa ladang. Gambar di bawah ini macam samaada sayur broccoli atau cauliflower yang sedang membesar.
  Dari jauh juga kelihatan kebun jagung pun ada. Musim-musim panas dan kering ini, mungkin orang Kota Kinabalu lebih banyak larikan diri ke kawasan tanah tinggi seperti Kundasang dari activity di tepi pantai. Anak-anak teringin juga nak main mandi laut. Tapi sebab panas dan jerebu kami bawa jalan-jalan ke kawasan yang lebih sejuk rasanya.
  Berhenti sekejap di sebelah kebun sayur ini. Kelihatan pemilik kebun ini sedang buat batas persiapan untuk menanam sayur. Tengah fikir-fikir long weekend ini nak bawa anak-anak ke mana. Coming long weekend ini kami cuma buat self-collect hari Sabtu pagi sahaja.

  Boleh self-collect minggu ini Sabtu pagi 30hbApril 2016 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh.
  Singgah sekejap tengok pokok-pokok jika ada yang menarik di mata. Kelihatan di sebelah sini wajah Gunung Kinabau juga lebih banyak rekahan-rekahan.
  Disebabkan Tuan Tanah kena mengajar di sebelah pagi, manakala Big Boss pula rasa tak sedap badan. Singgah sekejap mencari anak pokok geranium kegemaran Big Boss. Price wise sebenarnya ada juga jenis tumbuhan yang lebih murah boleh didapati di nursery Sungai Buloh.
  Driver kami mengantuk on the way balik, jadi kami tumpang singgah berehat di tepi jalan area kawasan Nabalu macam berada sama level dengan awan. Sementara Driver tidur, anak-anak makan buah-buahan dan kerepek beli dekat Kundasang.
  Tengah fikir long weekend ini nak ke mana lagi ni di negeri bawah Bayu. Ada cadangan?

13 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Semenanjung rata-rata panas Dee.
Kundasang siapa tak tahu tanah subur yg cool
Itulah sebabnya sayuran dan bunga di sana memang subur dan cantik.

Normala Saad berkata...

Dah lama teringin nak ke Kundasang..

suka suka berkata...

Kenangan di Kundasang .. macam baru pergi je semalam .. suka tengok batas pokok salad...

Annie's Journal berkata...

Diana, it's nice to see that you are blessed with a beautiful and happy family:) Stay blessed as always!

Suzie berkata...

bestnya dpt pergi lagi

Mila@Rimbun berkata...

wahhh cantiknya... teringin nak kesana

Julie M berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Adui rindu nak ke sana, lama sdh x p kundsang ni, cuaca sejuk, mmg best p bercuti bersama family.

Suhaila Alaysa berkata...

Jom pi kundasang... sronok taw dekat cni...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Zakie.

Nasib baik dekat Sungai Buloh ni walaupun panas bulan ni ada juga hujannya.

Kundasang tempat dingin sket boleh lari ke sana masa Kota Kinablu tengah musim panas dan kering. Dahlah KK ni dekat area pantai ditiup angin panas.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

InsyaAllah suatu hari nanti merancang Cuti cuti Malaysia di Kundasang pula. Sebelum pergi informlah dulu mana tau kami ada di sana.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Suhaila.

Memang seronokkan Kundasang.
Sekali dah datang nak datang lagi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Suzie.

Biasanya kami singgah Kundasang kalau ke rumah pakcik di Ranau.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar,

Ya sekarang ini rasa begitu pantas masa berlalu.
Seronok perhatikan kepelbagaian jenis sayuran yang ditanam.

Salam Bahagia Annie.

The kids are growing so fast, I hardly can catch up.

Salam Bahagia Mila@Rimbun.

Mehlah Cuti Cuti Malaysia ke sini.

Waalaikumsalam Julie.

Tahun ni beraya kat mana Julie?
Area Sabah nak masuk officially musim hujan, kurang panas sket dari Semenanjung.