No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 April 2016

Lokan Panggang

  Salam Bahagia. Syukur Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikanNya. Dah seminggu tak berceloteh di laman sesawang ini. Dengan keadaan cuaca panas dan kering sekarang, nampaknya yang lebih mudah batuk sakit tekak ialah Team Members Kebun Bahagia Bersama yang berdarah jenis B iaitu si Abby dan Papa Abby. Sons seems to follow the mother sebab sama jenis darah kut.

    Cuaca panas-panas ini, lebih manislah rasa si tembikai. Tahun ini bila beli tembikai dekat Sabah ini peratusan isinya rasa manis memang tinggi. Memang puas hati membasahkan tekak ini. Kekadang panas-panas sangat minum air rasa tak puas, isi tembikai memuaskan tekak ni. Bertuah orang Sabah dapat makan buah tembikai yang manis-manis ini, tak perlu nak ragui sangat seperti lambakan buah tembikai di Semenanjung Malaysia yang kebanyakkannya datang dari negara jiran. 
  Kali terakhir jejak kaki ke Tuaran masa nak pergi Selfie sama Sapi (related posting klik sini). Tetapi masa itu, tak dapat nak borong hasil segar dari laut sebab nak pergi jalan-jalan. Teringin nak makan makanan laut, lalu kami turun ke tamu Tuaran. Sebenarnya boleh sahaja awal pagi beli direct tangkapan laut di bot dengan nelayan di Teluk Likas. Tapi antibody Tukang Kebun tak boleh terima terutamanya udang yang ditangkap di kawasan Teluk Likas agaknya. Dah beberapa kali baru masuk seekor udang kunyah dalam mulut dah rasa nak pitam ataupun terus nak muntah. Terus pening kepala macam badan reject terus. Tak compatible tangkapan udang laut di situ dengan Tukang Kebun. Selama ni memang Tukang Kebun tak de masalah makan udang. Jadi terpaksalah beli yang dari arah bahagian Tuaran hasil-hasil laut. Kita ni dahlah kaki makan seafood, sedih kalau tak dapat menikmatinya.

  Bulan April ini tak musim ketam, dah alang-alang ke sini nak jugalah makan. Dalam RM16~RM18 sekilo ketam untuk bulan April ini. Tenggiri pun dalam RM18 sekilogram yang isinya fillet saiz besar-besar banding dengan jual di JUSCO. Lebih besar dari fillet salmon. Lupa pula beli sotong, dah sampai Tuan Tanah tanya ada beli sotong tak, baru teringat.
  Walaupun daerah Tuaran juga seperti di daerah Kota Kinabalu sekarang hujannya teramat sedikit tetapi petani-petani di sini masih ada kepelbagaian hasil untuk pembeli memilih. Kalau dibeli direct dari petani, walaupun tak banyak kita beli, mereka murah hati memberikan hadiah. Setakat ini, dah berapa kali bila Tukang Kebun ke Tamu kekadang terkejut mesti ada yang diselitkan masukkan sekali. Tukang Kebun pula risau takut tersilap sebab kita dah bayar, dapat lebih pula. Dah mula rasa terbelit lidah ni nak tukar dialect Sabah, lekas-lekas nak bagitau kita tak beli ambil yang itu. Tersenyum pembeli, bagi ko bah ni. Kalau di Tamu Tuaran bulan April ini tahun, satu ikat serai dalam gambar di atas harganya RM1. Kalau kat Semenanjung 3 batang seikat pun kekadang RM1. Tukang Kebun beli 1 ikat je, tapi dapat free lagi 1 ikat tiba-tiba penjual kata dia bagi. Walaupun cuma membayarnya RM1. Terpegun hamba Allah ini dengan kemurahan mereka, didoakan sentiasa rezeki mereka sentiasa murah.
   Terukir pula senyuman bila Tukang Kebun lihat hasil-hasil yang dijual dari petani di gambar atas ini. Teringat pula ayam-ayam di Kebun Bahagia Bersama. Petani ini pun menjual ayam kampung sambil menjual kelapa tua, pisang dan lain-lain. Harga kelapa tua sebiji belum kukur di Tamu Tuaran ini ialah antara RM1.50~RM2.00 . Ini harga di tamu direct dari petani kira harga basic lagi, belum lagi yang harga di kedai runcit. 
    
    Memandangkan cuaca panas bahang sekarang, Kebun Bahagia Bersama stop bekalkan kelapa tua yang belum dikukur lagi. Bimbang dengan isinya di dalam, takut kecut walaupun masih ada kocakan air yang banyak. Jadi kami akan cuma bekalkan kelapa yang sudah dikukur dalam keadaan cuaca panas bahang sekarang ini. Tak sedap hati, nanti khuatir ada yang kata kami sengaja pula berikan buah yang tak elok (lebih baik kami elakkan dari terjadi). Tambahan pula pesanan Makcik Z dari Kampung Baru KL untuk 100 biji kelapa siap kukur masih pending lagi kerjanya. Mohon Maaf ya Makcik Z asyik ada je urusan lain nak selesaikan di hujung minggu ini dan tukang kopek kelapa pun tidak berapa bertenaga.

  Untuk bulan ini sehingga sebelum bulan Ramadhan kami masih bekalkan 3 biji kelapa sudah dikukur RM5.00 . Bila sudah masuk bulan Ramadhan 1 biji kelapa sudah dikukur RM2.00 .
  Tukang Kebun sebenarnya rasa mengidam nak makan lokan panggang lagi. Tapi bila berbincang dalam perjalanan balik ke rumah dari Tamu Tuaran, dearest husband kata tak perlu kut singgah makan sebab seafood pun dah banyak beli, balik nak masak lagi ketam dan udang. Lagipun Big Boss pun ada temujanji nak pergi kejap lagi keluar rumah tak dapat tunggu cucu-cucu lelaki yang kena tinggal sebab bangun lambat kena tinggal di rumah sementara Nenek belum keluar rumah lagi. Cara dearest suami bercakap macam nak meyakinkan si Tukang Kebun ini tak perlu nak singgah dengan kesuntukan masa dan bahan masakan yang dah terlebih banyak dibeli. Ingat tak jadi singgah, tiba-tiba pula dia berhenti parking betul-betul depan kedai kami makan lokan panggang bulan lalu (related posting klik sini). Rupa-rupanya si suami yang lebih mengidam nak makan dari isteri. So the suami was actually trying to convince himself.
  Berbaloi sungguh makan cukup puas hati sebab 1 tray ada lebih kurang 24 ketul lokan panggang. Harga pun 1 tray baru sahaja RM12. Kalau nak bawa balik masak sendiri 1 tompok besar RM10. Makan di kedai dah siap panggang baru sahaja RM12. Bolehlah isi perut dahulu, balik rumah terus masak juga. Hari tu kami singgah dah lewat petang, kali ini kami singgah baru mula beroperasi, memang lebih segar lagilah rasa lokannya. Walaupun petang masih rasa fresh yang belah pagi lagi rasa kesegarannya. Jika berkesempatan lebih baik pergi sebelah pagi jadi dapat yang lebih segar.
  Sambil-sambil menunggu pesanan lokan panggang tiba, dengan cuaca panas ini kami pesanlah air kelapa muda sejuk. Isi perut dahulu sambil korek-korek isi kelapa muda. Tukang Kebun perhatikan tak putus-putus pelanggan datang singgah beli bahan jualan yang disimpan dalam bekas merah di depan kedai. 
  Bila dah selesai makan dan bayar, Tukang Kebun pun intailah ke dalam bekas merah tersebut. Ada macam puding jelly kelapa dijual. Kebetulan ada makcik di sebelah singgah memborong banyak puding jelly kelapa ini. Jadi Tukang Kebun tanyalah apa ni makcik? Oh yang dijual di sini okay rasanya sebab masih ada rasa isi kelapa tulin tak macam tempat-tempat lain. Satu bekas harganya RM2.50. Tukang Kebun ambillah 4 bekas nak rasa dan buah tangan untuk yang menunggu di rumah. Memang harum ada bau kelapa dan sedap sungguh rasa puding jelly ini. Rasanya dah lama Tukang Kebun tak merasai puding ala-ala rasa home-made macam ini.

   Membuatkan Tukang Kebun rasa teruja nak mencuba juga buat puding jelly seperti ini untuk pemanis juadah buka puasa nanti. Nak kena study resepi ni. InsyaAllah sebab bahan-bahan utama boleh dapat dari kebun sendiri kan. Lagi-lagi musim panas dan kering ini, air kelapa lagi rasa manis.

Self-Collect Schedule This April Month:

~ 23rd/24th/30th April 2016 Saturday/Sunday Morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

  Terima kasih banyak-banyak yang meninggalkan jejak di sini dan juga posting-posting lepas. InsyaAllah bila diberikan keizinan masa lapang akan Tukang Kebun reply dan melawat ya.

6 ulasan:

Norish.NN berkata...

Teringin nk mkn lokan bakar ni Sis..Rugi plak rasa tk dpt mkn mse melawat KK dlu. Hmm..mgkn bkn rezeki agaknya..

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum...sia belum pernah makan lagi la lokan panggang...area mana bah ini Diana..?

Syok tengok serai tu...banyak...

Kakzakie Purvit berkata...

Sebenarnya dua-dua sama aje teringin nak menikmati keenakkan lokan panggang. Kakak dpt tengok aje aduhai Dee. Kalau kakak dapat ni bestnyaaaaa:)

Teringat cerita Mr. Bean pulak kakak ni hihi...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

InsyaAllah bila berpeluang ke KK nanti bolehlah mencuba.
Tiap-tiap hari buka ini dan gerai pun banyak di tepi jalan.

Waalaikumsalam Kak Fida.

Antara Sepanggar dan ke arah Mengkabong.

Sini 1 rumpun serai banyak berganda bilangan banding dengan Semenanjung.

Salam Bahagia KakZakie.

Kalau ikut nafsu rasa nak buat 2nd order je.
Tapi balik pun nak masak dan makan lagi hehehe...

kukukakiku kaku berkata...

Hari mnggu yg lepas dh bw naik lokan lebih kurang setengah tan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia kukukakiku kaku,

Banyak tu, kutip dekat area mana lokan tu.