No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 Mei 2016

Hanyut si Keladi Bunting

  Rasanya setiap tahun ada sahaja pelajar tahun akhir sarjana muda yang menggunakan keladi bunting sebagai bahan kajian untuk Final Year Projek. Jika Tukang Kebun tak control flow pesanan diterima boleh pupus pokok ini di Kebun Bahagia Bersama. Masalahnya permintaan bukan bawah 10 ini nak sampai ratus pun ada. Popular betul bunga keladi bunting ini dikaji dalam pelbagai aspek antaranya ialah dalam waste treatment. Salah satu cirinya juga sedang dihangat dikaji adalah potensinya sebagai water purifier. Jika anda duduk kawasan bandar atau berdekatan kilang ada tadah air hujan, air paip klorin tinggi, nak cedok kitar semula air parit bila nak siram  pokok, sebelum siram dalam air tadahan bolehlah masukkan keladi bunting sebagai water purifier. Memang Keladi Bunting ini ada potensi besar jadi water purifier cuma masalahnya ia amat sukar dikawal dari segi pembiakannya yang pesat out of control. Gila bunting beranak pinak non-stop di populasi liar.
  Jadi as a good citizen and gardener, pesanan Tukang Kebun ialah jangan sekali-kala membuangnya dalam kawasan berair seperti parit, tali air, kolam dan sungai. Ini akan menyebabkan eco-system terganggu dan mengganggu kehidupan aquatik lain. Keladi bunting ini adalah jenis tumbuhan dengan cuaca tropika ini gila membunting je. Ianya adalah bukan tumbuhan asal negara kita tapi diperkenalkan kerana kecantikan bunganya sebagai pokok hiasan. Beginilah yang terjadi apabila keladi bunting terlepas ke Sungai Tuaran. Beranak sakan si Keladi Bunting sehingga air sungai pun tidak kelihatan lagi. A perfect example for introduction of invasive species.
   Nampak tak jambatan gantung Tuaran di gambar atas dah jadi macam canopy walk jadinya sebab bukan macam merentasi sungai tapi merentas bendang rumput. Rasanya Tukang Kebun ambil gambar ini semasa singgah sebelum pergi Selfie sama Sapi (related posting klik sini). Ketika itu memang daerah Tuaran dah lama panas kering sehinggakan bendang keladi bunting pun nampak kering walaupun terapung di atas air. Kelihatan patch coklat sana sini.
 Long weekend cuti Hari Buruh yang lepas, nampaknya Keladi Bunting sudah banyak hanyut. Kelihatan semula air sungai. Sekarang sudah mula musim hujan semula di daerah Tuaran jadi aliran deras dari kawasan hulu ke hilir telah mempunyai kuasa yang kuat menggerakkan keladi-keladi bunting tersebut. Oleh itu, gardeners sekalian, jangan sekali kala buang pokok keladi bunting ke tali air. Kalau hanyut jauh perginya, mengundang masalah. Bukan mudah nak eliminate apabila ianya dah begitu subur bertapak di situ. Biarlah ianya duduk dalam bekas yang kita boleh kawal populasinya. Sekiranya dah penuh dan hendak kurangkan bilangannya, jadikan pokok keladi bunting sebagai bahan baja kompos. Kalau malas buat kompos pun tanam je semula ke dalam tanah biarkan ia mereput menjadi baja untuk tanaman lain.
  Ya salah satu kebaikan bela keladi bunting di rumah sendiri kerana ianya adalah bahan baja organik yang sangat bagus. Boleh dijadikan macam ala-ala konsep green manure. Tumbuhan digunakan semula sebagai baja kompos. Dahlah keladi bunting ini suka sangat beranak pinak, jadi a continuous supply of organic fertiliser. Kalau malas, macam Tukang Kebun kekadang campak je kat tepi pokok-pokok macam buah-buahan biar mereput gitu. Kalau rajin boleh juga buat campuran baja formula campur dengan tanah bakar dan tahi binatang. 

  Yang menarik pada pokok keladi bunting ini juga boleh dijadikan sumber makanan binatang. Bukan binatang sahaja, manusia pun boleh jadikan keladi bunting sebagai bahan makanan. It is an edible plant. Kertas review yang dikarang oleh Jafari bertajuk 'Ecological and socio-economic utilization of water hyacinth (Eichhornia crassipes) sesuai untuk mereka yang ingin ambil manafaat sepenuhnya dengan pokok keladi bunting (boleh baca klik sini). Jika malas nak baca dari awal, skip terus ke muka surat 46 untuk mendalami penggunaan pokok keladi bunting. Banyak ilmu yang boleh diperolehi di situ, good reading for gardeners before sleeping.
  Tukang Kebun memang rajin menghabiskan masa pada pagi Ahad jika berpeluang membeli bekalan hasil laut di Tamu Tuaran. Tukang kebun selalu geram tengok penjual ini hasil lautnya memang saiz lebih besar dari peniaga lain. Setompok udang yang paling besar di situ RM40. Saiz sotongnya macam kami tangkap di Kangaroo Island dulu. 
  Anak-anak hairan tengok pelbagai jenis ikan besar di sini. Ini pula ialah tempat kegemaran selalu Tukang Kebun beli potongan ikan tenggiri. Besar-besar fillet tenggiri anak pun puas makan, kata anak macam makan ayam dah rasanya. Baguslah tu makan fresh fried Tenggiri dari asyik fried chicken je. Anak-anak Tukang Kebun memang dah lama tak jejak KFC, tahun ini pun tak jejak KFC. Last sekali pun dah tak ingat bila. Agaknya sebab tu dah keliru sehingga tenggiri rasanya dah jadi ayam. Berbaloi sungguh beli di sini 1 kilogram ikan bawal hitam dan 10 fillet besar ikan tenggiri baru jumlah RM30.
   Yang tidak kalah juga berbunga musim kering ini ialah tumbuhan air jenis Louisiana Canna. Louisiana Canna jika nak gabungkan dengan keladi bunting dan sagittaria juga sesuai untuk nampakkan lebih meriah. Louisiana Canna ini mudah bela dalam keadaan cuaca begini sebab dia boleh duduk berendam selama-lamanya dalam tanah yang bertakung air. Kalau tinggalkan di rumah 2 minggu lebih atau balik kampung masa beraya pun takdelah risau. Manalah tahu bila balik diberikan kejutan pula kepada tuan rumah.

Info lanjut mengenai Louisiana Canna boleh juga buat bacaan di posting sebelum ini (klik sini).
  Louisiana Canna ada stok semula bulan ini. Nampaknya tunas baru banyak timbul dan meninggi laju bagaikan juara. Gara-gara mereka happy sangat bangun dari tidur setelah terabai dek Tukang Kebunnya yang lupa nak pergi top up air masa kemarau. Dah berminggu dibiarkan sampai takde air dalam bekas. Bila kekadang hujan kilat berlaku sekarang, bangun semula rizomnya keluarkan tunas muda dan air bertakung dari rezeki hujan. Pokok Louisiana canna ini juga lasak kerana ianya berizom. Forgiving on Tukang Kebun forgetfulness. Special offer untuk bulan Mei 2016 ini ada limited bare-rooted rizom yang dapat dibekalkan dan diskaun dari RM15 1 rizome ke RM10 per-rizome. Bulan ini akan dibekalkan dalam bentuk bare-rooted rizom supaya dapat jimatkan kos penghantaran.

Boleh juga ditanam melalui biji benih.
~ 1 pek ada 5 biji benih Louisiana Canna RM3 ~

  Tips dari kami, bila masukkan tanah ke dalam bekas sebelum tanam tumbuhan berair, boleh juga tindan daun-daun kering dahulu dekat bahagian bawah sekali sebelum timbus dengan tanah. Bila daun kering dah reput akan memberikan nutrient untuk tumbuhan air tersebut.  Louisiana Canna tak perlu tanah yang tebal, ada at least 25cm juga dah memadai dan paras air ketinggian 10 cm pun dah okay. Timbus sahaja tanah ke atas rizomnya sampai tidak kelihatan.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamaualaikum diana
tak tau pulak keladi bunting tu dpt buat baja
kat rumah kaknoor ada dulu tapi dah kena buang
sbb itu lah asykk membunting je penuh besen besor
masa tu kaknoor letak di bawah orkid yg bergantung jadi letak besen besar yg ada keladi ni di bawah nya, sbb terlampau banyk langsung kena buang
skrg ni mmg dah pupus

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Best baca post kakak tentang keladi bunting ni, banyak info Julie dpt, rupanya keladi bunting ni boleh dimakan, x sangka ya hehe...terima kasih banyak2 utk perkongsian ilmu ini kak, kalo Julie ada kolam mmg dh lama Julie tanam keladi bunting ni. Memang best dpt beli ikan2 fresh ni kak, rasanya pun sedap. Geram Julie tengok ikan batu Ember parrotfish tu, pernah Julie beli yg sdh jd ikan masin di tamu putatan, sedap jg rasanya. Tapi x pernah lg merasa yg fresh2 hehe, adui rindu dgn tamu2 di sabah. Harga ikan pun murah berbanding di Pontian ni hihi

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Noor.

Baja yang bagus ini lebih-lebih lagi nak kasi bunga dan buah yang lebat.
Ya kan kuat benar perangai nak membuntingnya tu.
Kalau campur dengan tumbuhan aquatic line bolehlah kawal sikit dari asyik dia je yang nak conquer tempat.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Boleh dimakanlah tapi takde rasa sangat.
Mungkin nak kena masak yang kasi berperisa sikit macam goreng belacan atau campuran jus limau gitu.
Decorate gunakan besen pun boleh juga Julie. Kemudian tepi besen tu kelilinglah dengan pasu bunga-bunga kasi tak perasan gunakan besen sangat. Letak rock garden sungai di keliling pun boleh kasi natural feel kolam.
Ikan Batu Ember parrotfish sedap buat masak apa Julie?

Unknown berkata...

Tanam ditanah pun boleh