No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 16 Mei 2016

Sarat Nangka

  Syukur Alhamdulillah dengan pelbagai jenis rezeki yang dianugerahkanNYA di Kebun Bahagia Bersama bulan Mei ini hasil berbudi dengan tanah. Walaupun dalam musim cuaca fenomena El-Nina tahun ini, masih ada hasil-hasil yang dapat dituai dari kebun. Cukup dengan hanya rezeki hujan yang diterima pokok-pokok ini masih berupaya menghasilkan buah dengan berjayanya. Jika sekadar menanam untuk suka-suka bukan commercial, tidak mustahil sebenarnya untuk mendapatkan hasil dengan kaedah penanaman 100% organik.
    
  Setelah hampir 2 tahun, sedikit demi sedikit kami tambahkan bilangan pokok nenas dengan bekalan beberapa pokok induk asal dari kebun sendiri. Syukur Alhamdulillah sudah nampak hasil-hasil yang menambahkan semangat untuk menambahkan keluasan kebun mini nenas lagi. Tukang Kebun pun tak sangka mulai bulan Mei 2016 ini, kami sudah boleh juga menawarkan buah 100% organik Nenas Madu Sabah segar yang berlebihan kepada gardeners lain yang ingin merasanya. InsyaAllah yang berminat, ada limited fresh supply dari kebun untuk self-collect buah nenas madu Sabah hujung minggu ini. Harga promosi perkenalan buah nenas madu Sabah untuk bulan Mei 2016 ini, 1 biji RM5.00 .

  Bulan Mei ini juga musim buah pisang di Kebun Bahagia Bersama ada beberapa jenis sedang proses meranum di tandan. Antara jenis buah pisang yang available untuk self-collect hujung minggu ini atau pos ialah:

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~

 Pisang kadau ini bila masak berwarna kuning. Ianya adik beradik dengan pisang raja udang (pisang yang warna merah). Rasa lemak manisnya pun mirip dengan buah pisang raja udang.
  Dalam bulan Mei 2016 ini, ada juga beberapa jenis citrus yang dapat dituai juga. Antaranya seperti buah lemon tahiti. Contoh bilangan buah lemon tahiti dalam sekilo lebih adalah seperti gambar di atas. Pokok lemon tahiti yang grafted ada ready stock (1pot RM25).

Info lanjut Tahiti Lemon boleh refer ke posting lepas (klik sini).

  Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama 1 kilogram RM6.
   Angin kuat betul bila musim El-Nina ini datang tiba-tiba sampai sedahan pokok nangka yang sarat dengan buah nangka muda boleh patah.

~ 1 biji nangka muda segar RM5.00 ~
~ 1 biji nangka yang meranum RM20.00 ~
   Dari adik beradik ciku, buah kuning telur juga sedang meranum di Kebun Bahagia Bersama boleh self-collect atau dipos.

~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

Antara yang available juga dari Kebun Bahagia Bersama ialah :

~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 ~
~1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~



~ Setengah plastik buah Ceri Barbados RM2.00~
~ 3 biji pinang masak RM2.00 ~
~5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Ada kebarangkalian Hujung bulan Mei dan Awal bulan Jun ada bekalan segar ubi kayu semula dari Kebun Bahagia Bersama (kami buka reservation untuk self-collect atau pos pada minggu tersebut).
~ 1kilogram fresh 100% organic ubi kayu RM2.00 ~

Self-Collect day minggu ini:

~ 21st/22nd Mei 2015 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Tidak ketinggalan juga di Kingfisher, Sabah, Big Boss pun last weekend ada tuai juga setandan pisang iaitu jenis yang pisang abu/pisang Sabah. Siap ada juga bahagian pisang yang dibahagikan untuk anak-anak mutiara dan kampung campur yang Tukang Kebun belikan untuknya (related posting klik sini).
  Walaupun anak-anak ayam ini belum dapat dibebaskan lagi tetapi makanannya lumayan. Setiap hari dapat makan buah betik organik dari kebun kecil Big Boss. Menjadi-jadi buah betik Big Boss walaupun beberapa bulan Kota Kinabalu menghadapi musim kemarau kering. Selang satu hari buahnya kena dipetik yang hampir sudah masak sebelum dinoda oleh tupai atau burung. Patutlah cepat gemuk dan membesar anak-anak ayam belaan Big Boss ini. Tukang Kebun pula asyik tanya sempat ke kita nak sembelih untuk Raya tak lama lagi ni hehehe....

  Take care of your soil well and they will feed you forever. Make friends rather than enemies. You must learn to share with visible living creatures or only can be seen under the microscope. Be respectful to all living things. Understand them rather than pointing fingers. Don't be greedy or you destroy the balance in your growing space. In gardening, patience is the virtue. Don't forget that nature is one of the best teachers and we are forever her students. If you listen to her well, you will surely be richly rewarded.


  Selamat Hari Guru.

7 ulasan:

Normala Saad berkata...

Sukanya tengok hasil kebun Diana..macam2 ada.Baru2 ni balik kampung sekejap. Ambil kesempatan cari pokok pisang nangka, abu dan awak minyak. Sepokok pun tak ada dikampung. Semuanya dah mati..frust betul. Tahun lepas duk tengok pisang nangka berketul depan rumah. cepat pula matinya. kak nak beli anak pokok pisang abu tu Diana. Boleh ke...memang suka sangat pisang abu jenis ni..

Kakzakie Purvit berkata...

Puas betul kalau masuk kebun ini hasilnya
Kakak geram tengok. Buah kuning telur tu yg pasti kakak tak pernah rasa
Itu yg kakak hairan macam-macam jenis ada sampai kakak terpegun.

norhidana berkata...

perkkkkh sume berhasil... banyak betul kak... ceri tuh menggodanya...
tingin nya dana oder kuning tlr tuh

Kuroneko berkata...

Anak pokok ceri barbados ada jual x ka

@na berkata...

Alhamdulillah...rezeki melimpah ruah di kebun kbb...geram tgk buah kuning telur...kalu dekat mmg pi self collect dah ni...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Alhamdulillah me limp ah rah rezeki buah2an d kebun kakak, best tengok esp buah kuning telur tu, sedap tu buat smoothy kak hihi...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Biasanya kalau pokok pisang mati tapi jika ada sulurnya tersimpan dalam Tanah bila musim hujan InsyaAllah naik tumbuh semula.
Anak pokok pisang abu yang ada stok cuma jenis isi putih je.
Yang kat kebun Mak ni jenis pisang abu lain warna kuning.
Baru je nak cuba tanam di Sungai Buloh ini.
InsyaAllah kalau ada rezeki dah subur beranak pinak.

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah bersilih ganti hasil berbudi dengan Tanah ikut peredaran pertukaran cuaca sepanjang tahun.

Salam Bahagia Dana.

Masih berterusan ada musim buah kuning telor bulan Jun ini.

Salam Bahagia Kuroneko.

Anak pokok ceri Barbados batch yang baru masih kecil baru tunjukkan tunas.

Salam Bahagia @na.

Dekat sini jenis Tanah dan cuaca agaknya sesuai untuk tanaman adik beradik ciku seperti kuning telor.

Salam Bahagia Julie.

Moga dapat buat smoothie buah kuning telor dalam bulan Ramadhan ini untuk berikan tenaga.