No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 18 Julai 2016

Terung Telunjuk Masak Lodeh

   Antara juadah raya yang sudah tersedia masa raya pertama oleh mama (Big Boss) kami ialah masak lodeh sudah menjadi tradisi bertahun-tahun. Tahun ini Tukang Kebun jadi tukang potong sayur-sayuran, manakala adinda Tatiyana jadi tukang goreng tempe dan tauhu. Gambar masak lodehnya tak terambil pula tahun ini. Antara bahan-bahan sayur-sayuran yang mesti ada dalam masak lodeh ialah terung. 
  Tukang Kebun selalu perhatikan yang Big Boss selalu lupa nak tuai terung telunjuknya sehingga biasanya dah terung telunjuk jadi tua tukar kepada warna keemasan macam perhiasan pula. Terung telunjuk biasanya dituai sebelum bertukar kepada warna keemasan iaitu berwarna hijau dan berjalur-jalur putih di bahagian bawah buahnya seperti dalam gambar upih di atas. Terung telunjuk adalah jenis terung yang bersaiz pendek seperti jari jemari. Yang di sebelahnya terung ungu berjalur-jalur putih itu adalah jenis terung yang lain. Lalu sambil nak potong-potong sayur untuk masak lodeh sambil ambil angin di luar teruslah Tukang Kebun tuai semua buah terung telunjuk yang di atas pokok tu untuk jadikan bahan juga dalam masak lodeh Big Boss. 

  Buah terung telunjuk sedap juga campur dengan kari ikan (related posting klik sini).
  Batch baru biji benih terung telunjuk kali ini, Tukang Kebun tuai dari kebun Big Boss di KingFisher, Kota Kinabalu yang terdedah dengan cuaca coastal atau persisiran pantai. Elok sahaja mudah terung telunjuk ini boleh tumbuh dengan baik dengan cuaca panas coastal. Terfikir pula yang nak sambut Tahun Baru Cina depan dengan perhiasan warna buah keemasan boleh dah mula persiapan untuk semai benih terung telunjuk sekarang. 

~ 1 pek anggaran 50 biji benih terung telunjuk RM3.00 ~
  Kain lebihan masa Big Boss buat baju untuk sambutan Harvest Festival di Sabah lalu, dapatlah buat baju untuk Rayyan dan sepasang untuk Abby. Rayyan control senyum sebab baru patah gigi depan. Kasihan Rayyan, dah nak dekat tengahari Raya Pertama mula demam, mama Rayyan pula knock out waktu malam. Papa Rayyan lah ni bawa virus dari Semenanjung sebab dia yang demam dahulu 2 hari sebelum raya.
 Tahun ini Tukang Kebun lupa nak packing sampin abang-abang Abby. Tak sempat pula nak shopping sampinnya di Kota Kinabalu. Songkok pun bergegas beli di Giant (1 Borneo) dan butang baju di Kamdar (1 Borneo) sehari sebelum raya.  Kedai Jakel di Alam Mesra, Kota Kinabalu sehari sebelum raya dah cuti tutup. Baju Melayu raya dah beli 2 hari sebelum berpuasa di AEON, Shah Alam untuk abang-abang Abby. Abby pula seronok sungguh dapat rantai dari Aunty A yang duduk di Ampang dihadiahkan semasa ambil ayam-ayam kampung sebelum kami balik beraya.


10 ulasan:

norhidana berkata...

cantik betul terung yg belang2 pepel putih tu kak... dana tak sangka terung ni ada seribu satu pelbagai jenis hehehe... ada kontot, bulat2 gemuk pendek, panjang hehehhe...

geram tgk rambut si abby yg kerinting tuh kak... mana gambar juadah raya kt sana kak?

Nasa Mulia berkata...

Lawa sumandak dengan baju tradisi...c abang berpaksalah ketap bibir rapat2.

Normala Saad berkata...

Comelnya Abby pakai baju tu...cute sangat!

Warisan Petani berkata...

Gambar lodehnye Xde ke?

ct aju berkata...

cute abby...rambut lawa

Unknown berkata...

tumpang tanya, sy ade baca pos psl jambu mawar. tgh berbuah ke skrg? blh pos ke.aduhai teringin susah nk dpttt

suka suka berkata...

Dah besar Abby..

Unknown berkata...

selamat hari raya diana- comey2 tengok generasi muda KBB berbaju hari raya !

take care ye
-ju & family-

Suzie berkata...

selamat hari raya D...comelnya abby

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana.

Memang terung ini ada pelbagai jenis Dana, kalau negara sejuk ada jenis besar buahnya. Mereka suka panggang terung kekadang.
Juadah raya tak sempat ambil gambar Dana sibuk nak sediakan dan pastikan ada je juadah di tempat meja makan tetamu.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Hehehe....control tak nak tunjuk gigi depan takde.

Salam Kak Mala,

Versi kecil molek selalunya orang dewasa sahaja kita nampak pakai baju tradisi ni.

Salam Bahagia Mazlan.

Tak done lupa ambil gambar lodeh.
Isi perut dahulu.

Salam Bahagia CT aju.

Lama nak tunggu rambutnya panjang tuh.

Salam Bahagia Ema Maiziana,

Pokok jambu mawar biasanya burung suka sangat buahnya. Tak sempat nak ambil.

Salam Bahagia Kak Mar.

Dah makin banyak bercakapnya si Abby.
Baju nak pilih sendiri pakai.

Salam Bahagia Ju & Family,

Tahun ini sepasang ja baju rayanya sebab jarang sangat memakai dan cepat je besar anak-anak ni.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Seronok posing first time pakai baju tradisi neneknya.