No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Berbunga-Bunga Pisang Bunga

  Celaru pula kepala Tukang Kebun dari petang semalam memandangkan tanggungjawab diriku sebagai ibu kepada Ilhan kurang prihatin membuatkan aku terlepas pandang kali ini. Apatah lagi bila anak-anak ditampar kuat oleh ustaz mengajar bahasa Arabnya tidak wajar dilakukan kepada anak-anak yang masih lurus dan tidak upaya lagi berakal sendiri dibuat sekian rupa hingga meninggalkan bekas. Ilhan pula ketakutan nak mengadu kepada ibunya sendiri perihal tersebut. Sementara diriku nak kawal perasaan yang macam-macam emosi ini, biarlah ketenangan dicari dalam kebun yang kecil ini.
  Kadangkala Tukang Kebun suka mengekori perkembangan dari mula jantung pisang muncul di celah pelepah hinggalah buahnya membesar. Satu persatu kulit jantung pisang akan gugur apabila munculnya sesisir buah pisang yang masih kecil dan ada bunga di hujungnya.
 Seperti tumbuhan lain, pokok pisang pun berbunga dan bunga sebenar terletak di hujung buah pisang yang masih kecil. Jika nak lihat bunganya yang lebih jelas boleh lihat di posting sebelum ini (klik sini) untuk jenis pokok pisang bunga ini dengan nama botani musa ornata. Pokok pisang ini jenis jantungnya tumbuh menegak dan berwarna merah jambu. Dalam gambar ini, jantungnya berwarna pucat sedikit dari biasa kerana kurang cahaya matahari. Buahnya walaupun kecil seakan tak berisi dimakan juga oleh makhluk Allah yang lain seperti burung. Gardeners yang berminat untuk dapatkan sulur pisang bunga (musa ornata) ada stok.

~ 1 sulur pisang bunga (musa ornata) RM10.00 (boleh dipos) ~
  Syukur Alhamdulillah genap sudah usia Rayyan Haniel 7 tahun semalam. Setelah ambil anak-anak dari sekolah, Tukang Kebun belum masak lagi jadi tanyalah nak balik kita goreng telur kicap je ke atau nak makan Pizza. Ilhan kata takpe Mama masak je telur kicap, Birthday Boy kata nak makan pizza. Jadi kami singgahlah makan Pizza Hut. Sambil menyuap makanan ke mulut Abby yang kurang selera makan, Ilhan mula bercerita dekat Tukang Kebun dia kata dia gementar tiba-tiba kena panggil ke bilik guru disiplin hari ini. Memandangkan Ilhan mula asyik bercerita pengalaman kena panggil cikgu disiplin beberapa orang, cikgu ni garangnya terkenal begitu begini, nada Tukang Kebun normal sahaja tanya sepatah gitu melayan. Dalam hati apalah kena warning nakal sangat agaknya.
  Tiba-tiba hairan pula rasa Ilhan kata cuma panggil kena Interview sahaja dengan cikgu disiplin sebab ada ibubapa buat aduan. Dalam hati eh anak aku ini ada buat anak orang ke. Barulah supaya Ilhan tak takut, Tukang Kebun tanya dengan nada normal, kenapa ibubapa buat aduan? sambil suap pizza dalam mulut Abby. Lalu Ilhan kata sebab kawan-kawan Ilhan kena tampar kuat dengan ustaz Bahasa Arab sampai ibubapa bawa pergi hospital dan klinik. Kawan Ilhan ada seorang tu leher bengkak kena tampar kat leher kena bawa pergi klinik bayar RM50 ambil ubat. Seorang lagi kena tampar kuat dekat pipi, bapa bawa pergi Hospital. Kami lima orang kena tampar dengan ustaz Bahasa Arab sebab gelak-gelak. Abang Ilhan kena tampar dekat pipi dekat dengan gigi. Terkejut Tukang Kebun baru tangkap yang Ilhan pun antara yang kena tampar. Our Ilhan ini kan a bit special mild autism ada language disorder jadi memang susah nak faham kena korek-korek pusing soalan bagi dia faham dan mudah jawab.
  
  Masih lagi Tukang Kebun control nada normal lagi. Kenapa Ilhan gelak-gelak buat ustaz tampar? Kami satu kelas tengok cerita Bahasa Inggeris lucu dalam makmal komputer. Tukang Kebun pula mula pelik kenapa pula murid-murid ini waktu pelajaran Bahasa Arab duduk dalam makmal komputer tengok cerita Bahasa Inggeris di skrin projector. Ilhan kata sebab ustaz "KASIHAN" kami kalau duduk dalam kelas dibiarkan bisang sangat jadi dibawa pergi makmal komputer. Ilhan kata ustaz sibuk nak selesaikan kertas peperiksaan akhir tahun dalam makmal komputer jadi kami tengoklah cerita Bahasa Inggeris dekat projekter. Tapi cerita tu lucu Mama, kami satu kelas gelak-gelaklah. Tiba-tiba Ustaz marah, dia kata siapa gelak-gelak tu? Ustaz kata kalau tak mengaku siapa gelak, nanti ustaz tampar. Jadi kami berlima sekawan mengakulah kami ada gelak-gelak. Lepas tu kami berlima Ustaz tampar. Abang Ilhan kena tampar giliran No. 3. Yang giliran kawan-kawan kena tampar No. 1 dan No.2 itulah ibubapa dia buat aduan. 

  Bergegar jantung Tukang Kebun bila realized what did happened on last Wednesday at school? Sebenarnya lepas ambil Ilhan dan Rayyan dari sekolah pada hari tersebut, lepas sampai rumah sementara tunggu anak-anak nak bermandi. Ada Ilhan datang dekat bertanya dekat Tukang Kebun, Mama ada tak kesan merah kat muka Ilhan ini? Tukang Kebun pun hairan juga kenapa ditanya begitu, belek-belek juga pipinya. Rasa macam ada satu line tapi warna coklat pastu Ilhan keadaannya kotor berdaki berpeluh-peluh, jadi Tukang kebun suruh dia mandi bersihkan diri. Sebab anak-anak ini memang lasak, jadi Tukang Kebun pun tak tanyalah pula sebab Ilhan pun tak cakap apa-apa. Tukang Kebun hanya anggapan mungkin dia ada tergesel atau terjatuh sambil main lagipun hari tersebut ada pendidikan jasmani. Ilhan pun balik dalam keadaan kusut comot semacam.Selalunya duduk bermanja dulu nak kena ingatkan cepat tido esok sekolah baru nak pergi tido, bila diingatkan kembali memang hairan sebab dia kata Abang Ilhan nak tidur awallah dulu Mama (pukul lapan malam). Rupanya masih kepedihan dan menyorok-nyorok dari Tukang Kebun.

  Jadi tak sangkalah kenapa mukanya begitu comot kerana katanya mereka berlima tak berani nak menangis semua menahan kepedihan bila balik sekolah beresak-esak di luar perkarangan sekolah. Kebetulan pula hari itu, Tukang Kebun terlambat ambil hero berdua ini dari sekolah jadi nyanyuk lepas ambil Abby di daycare biasanya terus ambil mereka. Ini tidak, terbalik ke rumah dulu pula sebelum ambil mereka berdua di sekolah. Kepala penat agaknya, itu sebab Ilhan pun tengok Tukang kebun tak sampai hati nak kasi peningkan kepala maknya. Bila duduk santai di Pizza Hut baru membuka cerita. Bila dah cool kepala sikit, bolehlah Tukang Kebun bayangkan yang kawan Ilhan giliran No.1 dan No. 2 agaknya lebih teruk kena awal-awal, walhal Ilhan pun yang ketiga kena tamparan kuat orang dewasa pun berbekas. Ilhan pun mengadu tak pernah abang kena tampar sesakit ini Mama pedih sangat.

  Ilhan kata anak ustaz ini sesama kelas dekat sekolah agama Mama. Tetapi anak ustaz ini seminggu 2 kali je datang sekolah dan keputusan Bahasa Arab ujian hari itu dapat kosong. Tak elok Tukang Kebun syak wasangka tapi dari ini macam ustaz ini ada masalah peribadi ini terbawa-bawa ke tempat kerja. Tak wajar anak-anak murid ini berumur 9tahun ditampar begitu sekali sebab gelak-gelak tengok cerita lucu walhal ustaz tak amanah buat kerja lain yang sepatutnya adalah masa dia mengajar murid-muridnya ketika itu. Macam meroyan ustaz ni. Antara yang Tukang Kebun terkilan bila Ilhan cakap Ilhan jujur Mama, Ilhan dan kawan mengaku kami gelak sebab ustaz kata kalau tak mengaku ustaz tampar, jadi Ilhan mengakulah. Kawan-kawan lain ada 25 orang tu pun gelak juga tapi tak mengaku tak kena tampar pula. Ilhan jujur Mama tapi kena tampar kuat dengan ustaz. This is not good. This shows that adults lie lain kali anak-anak tak percaya. Dahlah Ilhan ini memang jenis lurus bendol. Yang terkilan juga Ilhan kata ada juga cikgu-cikgu lain dalam bilik makmal computer tu Mama. Why is there other adults in the same place, tapi tak ditegah dan lindungi anak-anak yang masih tak berdosa ni?

  Tengok cerita lucu memanglah anak-anak akan gelak sepontan. Kita dewasa pun tak mudah nak control gelak.

  Berdosa besar Tukang Kebun rasa, mohon maaf dekat Ilhan sebab Mama tak perasan. Lepas balik dari dinner, suruh anak-anak mandi terus Tukang kebun hubungi dearest husband yang jarang dapat bersama dengan anak-anak tahun ini memberitahu kisah Ilhan kena tampar dengan ustaz dengan sebab tak munasabah. Pagi ini dearest husband menelefon sekolah nak bercakap dengan Guru Besar. Nasib baik kerani terus sambung sebab husband kata panggilan dari Kuala Lumpur mungkin dia ingat dari Jabatan Pendidikan related kut. Papa Ilhan kata Guru Besar pun tak tahu yang ada kes aduan dari ibubapa mengenai kes murid berlima ini kena tampar dengan ustaz belum lagi sampai ke telinganya. Lalu Papa Ilhan pun kata ini aduan sepatutnya dah diterima dari ibubapa 2 murid ini ada buat lawatan Pesakit Luar lepas kena tampar ini ke sekolah dan parents pun ada buat aduan datang semalam. Mula-mula Guru Besar seakan macam tak nak melayan, suruh datang face to face tapi suami kata dia outstation, jadi boleh juga nak hantar wakil bapa mertua saya (jual nama bapa mertua sebab satu ketika dulu namanya terkenal aktif dalam NGO hak asasi manusia). Terus dilayan aduan suami di telephone.

 Suami pun ada bagi hint kami pun tak nak lah nama sekolah tercemar sebab satu incident ini jadi nak diselesaikan secara elok-elok kalau leak ke suratkhabar. Papa Ilhan pun ada cakap memang anak saya nakal tapi rasanya tindakan kali ini tak wajar dibuat sampai kena tampar sebab gelak-gelak melihat adegan lucu. Kalau mencubit, pukul di tapak tangan ke biasalah tu memang kami maklum anak-anak kami ni nakal selalu kena. Tapi ini perkara tindakan hukuman luar biasa pada murid yang tak bersalah. Malahan setiap kali jumpa cikgu anak-anak pun, Tukang Kebun yang minta maaf dan ucap terima kasih layan perangai anak-anak yang aktif sangat nakal ini. Cuma kali ini kami tak dapatlah terima sebab menampar anak sehingga tinggalkan kesan dan dia tidak melakukan kesalahan.

  Yang Tukang Kebun sayu sangat bila tanya Ilhan kenapa Ilhan tak beritahu Mama cepat-cepat, Ilhan kena tampar dengan cikgu. Ilhan yang salah Mama, sebab tu Ilhan tak beritahu Mama. Ilhan takut tak mau papa mama marah Ilhan sebab Ilhan buat salah kat sekolah. Anak pun jadi keliru mereka salah walhal mereka innocent. Kalaulah Tukang Kebun tahu awal-awal memang terus dibawa ke hospital dan buat laporan polis memang berbekas ada satu line masa dibelek-belek mukanya.

6 ulasan:

Norish.NN berkata...

Ish..kesiannya budak2 kena tapar smpai berbekas begitu.Tak patut betul..

ct aju berkata...

ishhh...geram plak ct bila baca...so teruk that fellow...xblh panggil cikgu or ustaz dh

Cikrumah berkata...

Sedih....semoga jd anak soleh ilhan...

Suzie berkata...

sian ilhan.takkan x tahu x blh tampat di muka...sabar jelah...

Tanpa Nama berkata...

buat lah aduan rasmi supaya sekolah mengingatkan guru bahawa menampar bukan denda yang dibenarkan.. walau pun apa sebab guru tersebut, manampar adalah kesalahan

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Iya kasihan mereka ni kan budak-budak lagi belum baligh.

Salam Bahagia CT AJU,

Iya patutnya ajar cara baik, berikan lah nasihat dahulu atau teguran.

Salam Bahagia Cikrumah.

Amin moga Ilhan anak yang soleh.

Salam Bahagia Kak Suzie,

Itulah kan janganlah sampai memukul anak ni sampai berbekas.

Salam Bahagia.

Aduan sudah dibuat.
Moga sekolah ambil initiatif.