No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 14 Ogos 2016

Coral Fountain

 Pokok Coral Fountain rajin berbunga sepanjang tahun dan penjagaannya mudah sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak di kebun. Tumbuhan ini cukup bahagia sekiranya diberikan habitat yang banyak penerimaan banyak cahaya matahari sepanjang hari. Boleh juga dibela dalam pasu gantung atau pasu yang berkedudukan tinggi, nampaklah ibarat air terjun atau fountain dengan loceng-loceng merah. Ianya tak berapa remeh dari segi jenis-jenis tanah untuk dirinya, kalau jenis tanah berpasir pun ia dapat sesuaikan diri. 
  Pokok coral fountain ini dah lama sungguh menghuni di Kebun Bahagia Bersama sejak Tukang Kebun zaman remaja lagi. Dia berkawan dengan pokok manggis bongsai sejak awalnya sampai sekarang. Mentang-mentanglah dah veteran di situ, selalunya terbiar sahaja dengan Tukang Kebun. Bila giliran tempat ini dikemaskan, biasanya Tukang Kebun berikan hard pruning sahaja terus. Syukur Alhamdulillah biasanya cepat sahaja ianya merinbum dan kembali berbunga semula. Anak-anak Tukang Kebun pun suka meneman tolong pruning pokok coral fountain ini sebab batangnya lembut tak berkayu. Tukang Kebun pun tak berapa stress sangat nak perhatikan, suka hatilah potong dan bahagian mana sebab pokok ini biasanya tak cepat merajuk. Pokok ini sangat lasak bila ia dah mula sesuaikan kehidupan di kawasan tersebut.
More info mengenai Coral Fountain boleh juga dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas Coral Fountain/Firecraceker Fern (Russelia equisetiformis) RM7.00 ~
Antara pokok-pokok yang Tukang Kebun lupa nak update semula ada ready stock ialah pokok pagoda merah. Pokok ini memang boleh tumbuh tinggi sampai 2 meter. Yang menariknya ialah daunnya tak banyak dan cuma ada di bahagian atas pokoknya sahaja jadi tak nampak serabut. Bunganya pula bergugusan merah seperti pokok coral fountain, penghisap madu juga amat gemarkan bunganya.

More info on pagoda merah klik sini.

~ 1 pokok pagoda merah RM10.00 ~

9 ulasan:

norhidana berkata...

cantik betul bunga tuh kak... secantik namanya...
bgs tang lasak n mudah di jaga

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Suka nya Julie tengok pokok coral fountain ni, burung kelicap lebah suka sangat hinggap d bunga2 coral fountain ni, x rugi Julie beli dr kakak tempoh hari. Tqvm kak Diana, ada rezeki nak menambah lglah bunga coral fountain ni d laman hihi...

Suzie berkata...

pokok pagoda merah tu rasanya kecik2 dulu byk dlm semak depan rumah hehhe ada putih juga rasanya....x pandang pun sebabb dlm hutan hehhe

Bunda_nora berkata...

Owh coral fountain namanya..pernah tengok, tapi tak tau namanya...cantik.

Yang pokok pagoda tu pun cantik.. betul macam pagoda yerk..

Normala Saad berkata...

Pokok bunga ni ada warna putih * juga kuning

Kakzakie Purvit berkata...

Oh... baru kakak tahu nama scientifiknya
Cantik bila dah banyak macam tu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Memang lasak pokok bunga ini, biji benihnya pun meletup-letup jauh juga boleh tumbuh sendiri.

Waalaikumsalam Julie.

Syukur Alhamdulillah Julie gemar pokok ini.
Memang paruh panjang tirus burung kelicap tu memudahkan hisap madu dari bunga ini kan.

Salam Bahagia Kak Suzie,

Ya yang warna kuning jingga pun ada pokok pagoda ini.
Pokok pagoda ini memang dulu-dulu selalu mudah nampak dekat dalam hutan atau persisiran pantai.

Salam Bahagia Bunda_nora,

Ya tingkat daunnya buat nampak macam pagoda hinggalah ke hujung tangkai bunganya.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ya pokok firecracker fern ini ada yang berwarna creamish.

Salam Bahagia Kak Zakie.

Ya bila bergugusan meriah bunganya amat nampak menarik.

Unknown berkata...

Ni baru tau nama sebenar pkk ni coral fountain.dulu mak saya ade tanam dan lg satu masa kecik2 saya suka ambik hisap hujung bunga tu manis.lepas ayah pindah
pkk tu dah xde dah

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Rose Roses,

Samalah kita, masa kecik-kecik dulu suka juga ambik hisap hujung bunga ini dan buat main masak-masak.