No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Borneon Sun Bear Conservation Centre

  Syukur Alhamdulillah cuti sekolah lepas kami berpeluang untuk Cuti Cuti Malaysia di Sandakan. Antara tempat yang kami lawati ialah Borneon Sun Bear Conservation Centre di Jalan Sepilok yang bertentangan dengan pusat pemulihan Orang Utan. Personally, Kami sekeluarga rasa Borneon Sun Bear Conservation Centre adalah lebih menarik untuk dilawati dari Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Untuk yang Borneon Sun Bear Conservation Centre out of 5 stars bolehlah bagi 4.5 stars, jika Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre less than 2 stars.
 Syukur Alhamdulillah ramai jugalah pelancong di kawasan sekitar jalan Sepilok ini, walaupun banyak negara telah masukkan area Sandakan ini Zon Merah untuk dilawati kerana banyak kes penculikan. Syukur Alhamdulillah banyaklah juga dapat anak-anak pelajari hands on from observation behavior sun bear ini yang mimic natural habitat sun bear.
  Berlainan dengan concept Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, di Borneon Sun Bear Conservation Centre pelancong-pelancong akan berjalan di atas deck/canopy yang tinggi. InsyaAllah takdelah gayat sangat bagi yang tak selesa berada di tempat yang tinggi. Mungkin excitement will overcome the fear.
 Di atas observation deck, bolehlah kita memerhatikan tingkah laku sun bear. Luas juga kawasan untuk sun bear ini berlegar-legar berbanding dengan sun bear yang berada di Zoo.  Mirip seperti mereka berada di hutan, banyak pokok-pokok kan. Sun bear adalah antara jenis beruang yang size terkecil di dunia. Kalaulah kita duduk bertentangan dengan akar pokok yang besar di gambar atas pun tak perasan yang sun bear ada antara celah akarnya.
Who can spot 2 bears in the picture above?
Memandangkan cuti sekolah, jadi ramailah pelancong di kawasan ini pada Sabtu 17hb September 2016. Papa Abby jadi pening kepala sebab ada satu kumpulan pelancong bising sangat, jadi disuruhnya kami tunggu dahulu sambil layan anak-anak tengok buku rekod jenis-jenis binatang liar yang dijumpai berdekatan area ini. Biar yang dewasa over-excited pergi dahulu. Kalau kedengaran suara riuh kanak-kanak yang bising tak pe, ini orang-orang dewasa yang bising sampai ditegur oleh kakitangan untuk tidak beberapa bising akan mengakibatkan sun bear stress dan jadi aggressive mendekati manusia.
 Sun bears are really expert tree climber. Kan best kalau boleh panjat macam sun bear ini senang nak petik buah-buahan tinggi dalam kebun.
  Walaupun canopy walk ini dah rasa ketinggiannya agak tinggi, sun bear masih boleh panjat pokok dengan ketinggian lebih tinggi dari canopy walk. Ada juga sun bear yang badannya tercedera kena wayar tajam.
  Menarik juga jalan-jalan di atas canopy sambil mencari sun bear yang berjalan-jalan mencari makanan di bawah ataupun yang sedang lepak di atas pokok.
 Yang sun bear usia remaja berjalan-jalan sekumpulan mencari makanan seperti gambar di bawah juga menarik diperhatikan. 
Hujung minggu ini dan minggu depan ada self-collect juga. Bulan lepas banyak travelling tak sempat nak update blog. Terima kasih ramai kawan-kawan yang bertanyakan khabar.

Have a lovely weekend.

5 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Melawat di kawasan darat masih selamat, sementara jangan pergi pulau2 dulu lah kan.

Normala Saad berkata...

Menarik juga tempat ni..sesuai bawa anak2 melawat sambil melihat keindahan alam semulajadi.

Warisan Petani berkata...

Selamat bercuti.
Belum pernah sampai ke sana.

imm berkata...

tak pernah lagi sampai ke sabah mahupun sarawak.. hihu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

InsyaAllah di kawasan darat masih selamat.
Cuma waktu malam memang semua tergesa-gesa nak balik ke rumah.

Salam Bahagia Kak Mala.

Memang sesuai untuk pembelajaran anak-anak dengan back to nature.

Salam Bahagia Warisan Pertani.

InsyaAllah suatu hari berpeluang ke sini.
Kami pun pertama kali ke sini.

Salam Bahagia Imm.

InsyaAllah suatu hari jejak kaki juga ke bumi Borneo ni.