No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 18 November 2016

Kasturi Hair Treatment

 Syukur Alhamdulillah buah limau kasturi memang tuaiannya sekarang tak putus-putus ada hasil samaada di kampung Big Boss di Kiulu mahupun di Sungai Buloh. Sampai tak terambil, jatuh-jatuh buah yang kuning terlampau masak berguguran di tanah. Jika di Kiulu, pokok limau kasturi yang paling tua tidak putus-putus berbuah ialah seperti di gambar atas. Setiap kali balik kampung Big Boss tengok pokok limau kasturi ini mesti teringat arwah nenek.

 Mulai pertengahan tahun ini, jika anak-anak nak mandi sungai kena cuci rambut dengan limau kasturi. Juga syarat sambil mandi sebelum balik rumah kena makan jus buah limau kasturi supaya tak demam selsema berendam lama sangat dengan sumber vitamin C semulajadi. Dah dijadikan budaya anak-anak ini biasa bermain-main di sungai sambil makan-makan buah limau kasturi yang dah masak atau hampir masak. Lagipun makan buah limau kasturi buang merata pun tak pe sebab bahan organik. Syukur Alhamdulillah permata hati pun sekarang makan buah limau kasturi di tepi sungai macam makan oren sunkist.
 Tukang Kebun pun suka basuh rambut dengan limau kasturi. Lembut berkilat rambut dibuatnya. Jika rambut berminyak pun rasa dah tak berminyak lepas cuci dengan buah limau kasturi. Patutlah arwah nenek yang biasanya petik buah limau sahaja dari laman rumah untuk cuci kepala, rambut tak beruban. Yang bagusnya lepas jus limau kasturi diperah-perah dekat kulit kepala dan dibiarkan beberapa minat boleh kurangkan kelulumur. Jika kulit kepala gatal pun lumur dengan jus buah limau kasturi biarkan beberapa minit juga dapat mengurangkan kegagalan.
 Sambil-sambil tunggu Tukang Kebun bagi green light boleh rinse rambut, anak-anak lepak atas batu sungai. Banyak anak ikan kelah dalam sungai ini berenang-renang kalau pinjam goggle anak-anak. Dah jadi satu activity bagi kami, sebelum turun ke sungai singgah petik-petik dulu buah limau kasturi untuk buat cuci rambut dan makan-makan. Aktiviti begini dapat merapatkan hubungan keluarga. Si isteri perah dan lumur jus limau kasturi dekat rambut suami, lepas tu giliran suami pula cuci rambut isteri kan.
 Jimat duit untuk natural spa rambut begini dan selamat dari bahan toksik seperti bahan synthetic kimia. Tapi kalau rambut panjang macam Tukang Kebun dan Abby , kami berdua sahaja guna limau kasturi dah berat buah 1 kilogram. Penggunaan harga buah limau kasturi yang digunakan oleh sekeluarga sekali turun sungai ibarat sama harga dengan sebotol syampu. When put like that sounds very luxurious kan. Organic goodies which is much safer for our health are pricey now compare to foods that has been abused with many type of toxicant. Tak rugi berbudi dengan tanah, cuma keluarkan peluh sahaja tak perlu nak mengeluarkan duit untuk beli syampoo.
 Dah lama simpan gambar ini, teringat pertama kali Abby dapat hadiah di taska punya excited berlari ke kereta nak tunjuk hadiah yang diterima apabila bila dipilih antara gigi yang paling cantik. Hadiah Frozen pula tu. Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Siti selalu kongsi gambar telatah anak-anak di taska. Beriya-iya Abby tayangkan gigi.
 Anak pokok limau kasturi muda memang daunnya kesukaan caterpillar. Kekadang sampai botak dimakannya semua daun, but fear not nanti keluar semula pucuk-pucuk daun. Kadangkala bercabang jadi pokoknya hasil pruning semulajadi yang caterpillar bantu. Macam ulam agaknya bagi caterpillar makan daun anak pokok limau kasturi. Kalau sesiapa mata cerah boleh perasan masih ada caterpillar yang duduk menumpang atas bekalan anak-anak pokok limau kastrui di bawah. Anak-anak pokok limau kasturi ini pun dah berapa kali botak dibuatnya caterpillar. Syukur Alhamdulillah naik merimbun semula daunnya dan bercabang-cabang ranting pokoknya.
 Yang berminat untuk menambah koleksi ada pokok limau kasturi di laman, boleh juga dapatkan bekalan anak pokok dan buah limau kasturi dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok limau kasturi RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah limau kasturi RM5.00 ~

5 ulasan:

Juls Julie80 berkata...

Limau kasturi makan cicah asamboi atau buat acar pun heaven..heheh

Kalau hari panas...buat limau asamboi ais...douboe heaven..

Ekekek

Julie22 berkata...

Yeeee cantiknya gigi si Abby tu, comel! Senyuman pun cute, suka Julie tengok. ...ooo bnyk rupanya khasiat limau kasturi ni, tq so much utk info tu kak. ...Dlu emak Julie pun guna limau kasturi ni sental2 di rambut & kulit kepala, utk kc hilang kelemumur.

tanaman bunda berkata...

wah, kalau kita sebut nama nya jeruk limau.. sedap betul dimakan pakai air es dan gula :)

tanaman bunda berkata...

wah, kalau kita sebut itu jeruk limau, segar betul diminum dengan air es :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juls Julie80,

Betul tu nikmat betul kalau hari panas minum limau asamboi ais.

Salam Bahagia Julie,

Setakat ini antara limau-limau yang dicuba untuk cuci rambut memang limau kasturi paling effective kasi hilang kelelumur dan buat rambut sihat berkilat. Silky shining.

Salam Bahagia Tanaman Bunda,

Memang segar minum air limau kasturi banyak khasiat kan.