No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 5 Januari 2017

Jus Kasturi-Kist dengan Tamban Goreng

 Selepas balik bercuti di Johor dan Melaka rajinlah Ilhan meneman tolong mama Ilhan di kebun. Dah dapat banyak hadiah kan (related posting klik sini). Sementara Tukang Kebun menanam keratan ubi kayu dan pindahkan sulur pisang, pada 15hb Disember lalu Ilhan menolong kutip buah kelapa tua dan buah limau kasturi. Kerja menuai ini pun kekadang ambil masa juga, jadi yang ini bolehlah Ilhan tolong tuai supaya mama boleh selesaikan kerja lain.
 Sayang pula tengok buah limau kasturi yang dah ranum berwarna oren sunkist ni. Teringat pula dah nampak macam hiasan limau untuk Tahun Baru Cina akan datang ini. Cantik dan gemuk buah-buah limau kasturi ini. Tahan lama buah limau kasturi yang ranum ini ditempat teduh. Jika bandingkan yang banyak cahaya matahari cepat kecut dan gugur. Tukang Kebun selalu lupa nak tuai pokok limau kasturi yang terletak dah penghujung sempadan tanah Kebun Bahagia Bersama di belakang. Tambahan pula pokoknya duduk dalam kawasan teduh sebab pokok buah-buahan tinggi-tinggi di sini. Walaupun terlindung dari dapat cahaya matahari yang banyak ada hasil diberikan juga.
 Memandangkan dah Ilhan yang tuai, rasa nak buat sesuatulah juga hargai tenaga Ilhan. Mudah betul nak perah jus dari buah kasturi yang dah nampak mini oren sunkist ni. Jusnya pun nampak pekat macam cordial pati sunkist tu.  Cordial pati sunkist tu letak gula sebab tu dia manis kan. Sama je rasanya kalau buah limau kasturi ini letak gula boleh juga pengganti cordial pati sunkist.
 Masak simple-simple sahaja. Goreng dulu ikan kering tamban. Kemudian tumis bawang dan cili,.Lepas tu masukkan jus kasturi-kist tu dan masukkan semula ikan kering tamban goreng kasi gaul dengan semua bahan tadi. Dah siap.
 Seronok si Ilhan makan dengan nasi beras bukit. Yang terkejutnya tengok gaya Abby, berapa kali dicedoknya jus masakan tu macam minum sup. Suka betul Abby dengan jus limau. Natural Vitamin C.

Jenis-jenis buah limau available (boleh dipos):

~ 300gram buah limau kasturi RM2.00 .
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00.
~ 1 kilogram buah limau campur-campur RM6.00 .

~ 1 anak pokok buah limau kasturi RM5.00 .

7 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak pulak yg kecur tengok ikan tambah yg sudah berperisa dgn limau kasturi.
Abby kan anak dara dia tahu banyak makan vit. C kulit cantik:)

Juls Julie80 berkata...

sedapnya ikan tamban..makan plak dengan nasik putih panas2,.

berpinggan2 nasik x toleh belakang dah..ekeke

nasa mulia berkata...

mau bertambah-tambahn makan nasi dengan ikan masin nie.

Nooriah Abdullah berkata...

tertawan kaknoor ikan masin tu
walapun simple tapi mmg sedappp sanga tkan tambah bawang lagi

LadyBird berkata...

Xpnh diterai resepi ni sis. Try la buat. Tp kalu gune limau lain xpe kan? Lady ade pokok lemon yg kuning n besar tu je.

Tanpa Nama berkata...

Puan, saya dh emailkan bukti pembayaran utk pokok jambu mawar, keratan mulberi putih & biji benih sayuran pd 4/1/2017 pukul 8.52 pm minggu lps..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Abby boleh tahan makan buah-buahan masam.
Tapi sebab kegemaran masamnya Syukur Alhamdulillah tak mudah demam.

Salam Bahagia Sis Julie,

Betul tu kalau dapat ni memang makan fokus khusyuk tak perasan apa dah.

Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,

Betul tak jadi azam nak kuruskan makan kalau berhadapan dengan lauk gini

Salam Bahagia Kak Noor,

Ya kasi up dengan cili dan bawang menambah selera.

Salam Bahagia LadyBird,

InsyaAllah boleh je gunakan limau lain. Asalkan ada rasa masam manis hehehe...

Salam Bahagia.

Sudah dihantar dan syukur Alhamdulillah terima kasih inform sudah selamat terima.