No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 22 Mac 2017

Mawar Merah Separa Memanjat

  Syukur Alhamdulillah tidak disangkakan semua keratan ros warna merah yang separa memanjat pemberian Kak F dari Rawang sungguh pesat pertumbuhannya di Kebun Bahagia Bersama. Keratannya dicucuk sahaja dalam polibeg dan semuanya hidup begitu terbiar juga apabila dipindahkan. Cepat sahaja ianya meninggi lebih dari ketinggian Tukang Kebun. 
 Sebelum bunganya kembang kudup bunganya warna merah hati atau bloody apabila mekar kelopak bunganya warna ke arah merah jambu seperti gambar No.1. Kemudian apabila mekar beberapa hari warna kelopaknya makin gelap. Jenis bunga mawar merah bersifat separa memanjat ini rajin berbunga dan tahan dengan cuaca tanah rendah Malaysia ini. Apatah lagi cuaca Lembah Klang yang panas ini. Kekadang ada kala serangga yang suka makan daunnya tapi akan keluar semula pucuk-pucuk baru menggantikan daun yang telah disedekahkan.
 Jenis pokok bunga mawar ini sesuai ditanam sebelah arch atau pagar kerana ianya tumbuh tinggi dan boleh dililit-lilit. 

~1 bekas Mawar Merah jenis Separa Memanjat RM8.00 ~
 Hari ini juga Tukang Kebun nak kongsikan gambar pokok bunga warna merah jenis separa memanjat juga yang rajin berbunga dan amat mudah hidup di Tanah Rendah Malaysia ini. Pagi semalam Tukang Kebun dan 3 permata hati mencabut rumput dan mencantas-cantas pokok-pokok yang terletak di tempat letak kereta di belakang nak kasi cerahkan kawasan tersebut. Seronok pula tengok perubahan fasa perkembangan bunganya satu persatu dari segugus setangkai.
 Pokok bunga yang nampak macam buah rambutan ini juga dikenali sebagai Thailand Red Powderpuff (Combretum constrictum). Seperti pokok redpowderpuff, lebah dan kelulut juga suka kumpul makanan dari bunganya. Saiz segugus bunganya ada nak 2 kali ganda saiz buah rambutan.

Info lanjut untuk Thailand Red Powderpuff (Combretum constrictum) (Click Here).
 Sehingga akhir April 2017 ini ada harga potongan untuk pokok Red PowderPuff iaitu satu bekas RM8.00 (harga asal RM12.00).

Self-Collect This Week:

~23/24/25/26 March 2017 Thursday~Sunday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).

3 ulasan:

Nor Azlili Mohd Daud berkata...

Assalamualaikum. Bagaimana saya nak booking bunga mawar melalui pos?

Normala Saad berkata...

Ros ni jenis wangi kan Diana..

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Nor Azlili,

Boleh booking pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Salam Bahagia Kak Mala,

Ya ada harumannya.