No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 12 April 2017

Jagung Pulut Bakar

 Di Negeri Bawah Bayu ini terdapat pelbagai jenis baka jagung kampung terutamanya jenis jagung pulut. Saiz masak buah jagung tersebut juga adalah setengah dari saiz jagung manis yang biasa dijual secara komersial di mana benih samada hybrid atau genetiknya telah diubahsuai. Masa zaman kecil masa belum baligh kalau ke tamu biasa mama beli jagung saiz kecil-kecil isinya warna ke arah krim putih tidaklah semanis macam biasa dimakan di Lembah Klang tempat Tukang Kebun membesar. Cuma ketika itu belum boleh berfikir sendiri but it was one of the memory imprinted in my mind. Ya masa tu kalau cuti sekolah akhir tahun memang kalau makan jagung saiz-saiz besar tapak tangan dewasa sahaja. Tangan kanak-kanak mudah nak pegang makan sambil berlari-lari di padang keliling kubang kerbau.
 Selalunya paling mudah jagung pulut direbus sambil-sambil buat kerja lain atau letak di steamer tunggu masak. Tiba-tiba teringin nak merasa jagung pulut yang dipanggang, sedap jugalah tapi gigi kena kuat. Biasanya dekat Sabah sekarang ni jagung banyak dijual secara bakar bukan rebus. Tapi yang tu guna jagung moden kuning gergasi itulah. 
 Cantikkan isi buah jagung pulut kampung di atas. Comel sahaja saiznya dengan rambut yang sangat panjang. Untuk kesihatan, rambut jagung jangan dibuang, elok direbus sekali dengan isi jagung tersebut. Air rebusan rambut jagung juga banyak khasiatnya. Dilaporkan air rebusan rambut jagung dapat menurunkan kadar gula dalam badan dan turunkan tekanan darah tinggi. Jika tak digunakan terus rambutnya, boleh dikeringkan dahulu untuk disimpan pakai kemudian. Biasanya mama Tukang Kebun akan pesan simpan rambut jagung supaya boleh dibuat air rebusan minuman berkhasiat. Air rebusan rambut jagung juga dikatakan dapat melancarkan masalah pembuangan air kecil. Jadi masa rasa nak makan buah jagung rebus, rambutnya jangan dibuang elok direbus sekali. Seelok-eloknya, gunakalah jagung kampung organik ya untuk air rebusan minuman hehehe....eloklah tanam sendiri untuk 100% guarantee safe for consumption.

~ Anggaran 50 biji benih jagung kampung pulut (baka Sabah) 1 pek RM3.00 ~
 Kekadang jagung pulut ini kulitnya tak lah sehijau dan sebesar macam jagung manis hybrid tu. Jadi jika tak biasa pandang mungkin ingat itulah jagung tak cukup zat atau yang dah lama buruk. Walhal inilah yang lebih bagus untuk kesihatan kita. Kalau di tamu sekarang berebut-rebut nak beli jagung kampung banding dengan jagung manis hybrid. Cepat habis jualan jagung pulut. 

 Tambahan pula jagung pulut kampung ini sedap juga dibuat sayur apabila tuai semasa saiz baby corn (related posting klik sini). Agak mencabar jugalah nak tanam jagung kampung pulut ini di Kebun Bahagia Bersama yang ada pelbagai makhluk, baru saiz baby corn pun dah ada yang pergi makan.  Manis semulajadi agaknya. Jika tanam sendiri jagung pulut boleh tuai masa baby corn dan rebus dengan daun pecah beling untuk amalan sekali kala bagi mengelakkan batu karang dalam badan terkumpul (Resepi klik sini). Sumber bacaan dari Indonesia banyak yang laporkan bahawa rebusan air rambut jagung boleh pecahkan batu karang.

 Jadi Tukang Kebun terfikir sama ada gabungan rebusan:
(1) Baby Corn rebus dengan daun pecah beling
(2) Rambut Jagung dengan daun pecah beling
(3) Baby Corn + rambut jagung+ daun pecah beling,
 Ketiga-tiganya efektif barangkali untuk pecahkan batu karang alternatif lain dari kena bedah.
 Jika nak jimat duit, seperti jus buah lemon, air rebusan pecah beling juga pH adalah alkali lemah untuk kesihatan badan. Sebiji buah lemon pun dah berapa harga. Perangai pecah beling ini lagi rajin diambil lagi rimbun pokoknya tumbuh. Kalau yang dah ada pokok lemon, bila masa buah lemon tiada bolehlah gunakan daun pecah beling pula petik segar dari kebun sendiri. Pecah beling juga menghasilkan bunga yang cantik berwarna kuning. Pokok pecah beling sesuai ditanam di pasu juga.

Info lanjut pecah beling (klik sini).

~ 1 bekas pokok pecah beling RM5.00 ~
atau 
~ 1 ikat daun pecah beling RM1.00 ~

 Pecah beling di depan ampaian Kebun Bahagia Bersama duduk berteduh dengan jirannya pokok serani atau suji di bawah pokok kemboja. Daun dari pokok pandan serani ini boleh juga digunakan sebagai bahan perwarna seperti pokok pandan wangi. Masa bulan puasa yang rajin buat kuih bolehlah gilir-gilir guna daun pandan wangi dan daun pandan serani sebagai perwarna hijau asli. Pokok pandan serani ini tak berapa cerewet dengan penerimaan cahaya, tempat samar-samar cahaya ianya juga boleh sesuaikan diri untuk hidup. Pokok pandan serani juga sesuai dibela dalam pasu.

~ 1 bekas pandan serani/suji RM10.00 ~
atau
~1 ikat daun pandan serani/suji RM1.00 ~

Info lanjut pandan serani/suji (klik sini).

3 ulasan:

norhidana miswan berkata...

msti sedap jagung pulut tuh... teringat masa kecik2 dulu arwah nyai penah tanam... skrg ni tak penah jumpa lg

ingat akak ada jual jagung pulut tu, tingin nk rasa lg skrg nih

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Hehehe sekarang kesuntukan masa Dana,
Kalau tanam pun sikit-sikit cukup untuk kami makan ja.
Itu pun berebut-rebut.
Banyak monyet awal tahun ini, habis tanaman diambilnya.

Dilah Naim berkata...

untuk rawat masalah kencing kotor juga boleh minum air rebusan daun pecah beling ni kan..