No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 3 April 2017

Pineapple and Mychorriza Symbiotic Relationship

  Hari kedua cuti sekolah bulan Mac lalu, kami sekeluarga gotong royong mengangkat dahan-dahan pokok rambutan yang telah dipotong oleh papa Abby. Abby pun beriya-iya menarik dahan yang saiz kecil ke arah kolam tempat membakar sebab nak dibelanjakan ice-cream. Potong sebatang ja yang memang tinggi boleh capai tiga tingkat bangunan. Tapi jenuh nak tetak dahan-dahannya jadi saiz boleh diangkat ke kolam. Yang hanya tinggal dah tak larat angkat seperti gambar di atas. Kali terakhir pokok rambutan yang tinggi ini dipangkas adalah hampir 2 tahun lalu (related posting klik sini) yang sebatang ada tinggal beberapa dahan, tergendala ketika itu takut kerengga merusuh.

 Akhirnya terang semula kawasan keliling pokok rambutan ini. Walaupun musim buahnya kekadang lebat sebab pokok tinggi sangat tak terambil pun sampai ke atas. Lebih baik pokoknya rendang. Lagipun banyak pokok rambutan lain sebagai back up. Kawasan keliling dulu jadi teduh sampai rumput pun dah tak hidup subur sehingga lenyap sahaja begitu. Cuma tanah diliputi banyak daun-daun gugur kering sahaja (natural fertiliser and cooling system). Sebelum rumput naik semula setelah terang, baik kami tanam pokok-pokok yang boleh dapat hasil untuk dimakan. 
  Ada satu kawasan antara pokok-pokok buah-buahan besar, Tukang Kebun terfikir nak manfaatkan dengan menanam sulur-sulur nenas madu Sabah. Ada satu kawasan yang Tukang Kebun cuba-cuba pertama kali tanam di kawasan luar yang tak dipagarkan ada banyak sulur-sulur nenas besar dan dah lama sudah menghasilkan buah (related posting klik sini). Walaupun buahnya dah lama dipetik tetapi pokok induknya masih rajin subur menghasilkan rumpunan sulur-sulur. Lalu my dear husband keluarkan semua sulur dari induknya dan cuma tinggalkan satu sahaja sulur di setiap bekas induk di tempat tersebut. Now I understand better kenapa pokok-pokok nenas di kawasan di situ masih begitu subur walaupun dah lama buahnya dah dimakan. Its a secret of a healthy soil that can sustain life assist by micro-creatures care-takers. What lies beneath the soil.....

   Yang Tukang Kebun terkejut ialah apabila masa sorting yang sulur-sulur telah dikeluarkan, yang tidak tumbuh completely atas tanah lagi sulurnya dah ada banyak menghasilkan akar seperti gambar no. 2 dan no. 3. Yang paling tidak disangkakan pada akar ini dah banyak tanda-tanda kulat atau fungi mychorriza yang ada talian symbiotic or mutual benefit. Tanda-tanda mychorriza itu adalah pada akarnya ada macam fine roots warna putih yang banyak meliputi akar warna coklat tu. Ini adalah petanda pokok yang dapat tumbuh dengan sihat dan membesar dengan cepat kerana lebih banyak mudah menyerap zat dan tahan cuaca kering serta panas.
 What worries me is...some novice gardeners might think this is an infection lebih-lebih lagi kalau banyak betul those small tiny white hairs. The more you have it, the better it is actually. More roots develop, the more nutrient the plants can absorb. Below are some short brief summary about what mycorrhiza is...
 Ada juga syarikat yang menjual mycorrhiza fungi ini untuk gardeners dengan harga yang boleh tahan juga. InsyaAllah kalau rezeki baik bukan sahaja dapat sulur nenas tapi secara tak langsung juga mychorrhiza yang attached pada pokok tersebut export dari Kebun Bahagia Bersama. Tukang Kebun perhatikan kalau sulur yang dah mula tumbuh atas tanah jatuh sendiri bila berat, lagi berselirat banyak akarnya dan lebih banyak bulu-bulu putih hampir meliputi semua akar sulur nenas tersebut. Di sini kami perhatikan lebih banyak mychorriza lebih cepat pembesaran sulur-sulur nenas. Bulan April ini diperhatikan lebih terangsang pembentukan banyak akar bulu-bulu putih hasil hubungan baik dengan mychorriza fungi/kulat. Mungkin Soil moisture, Soil temperature dan Soil pH ngam kut.

Bulan April 2017 ini sahaja Kebun Bahagia Bersama menawarkan 4 sulur nenas madu sabah dengan harga RM10.
 Dalam kereta sorong di atas ini adalah sulur-sulur nenas yang dikisahkan seperti di atas diambil dari induk pokok nenas madu Sabah yang dah lama dimakan buahnya. Sulur-sulur ini apabila ditanam seperti di bawah sekejap sahaja sudah kita dapat satu kebun mini instant nenas madu sabah. Dah dipotong dahan pokok rambutan yang tinggi tu, dapatlah pancaran cahaya matahari juga di kawasan ini. 
 The secret of a healthy soil is never poison your soil. Jangan sekali sembur racun sebab its affect microorganism in the soil yang sebenarnya help us to recycle nutrient back into the soil. In fact we have also long ago stop organic spray as well. Ecosystem is a complex thing, you must remember it involves a lot of interaction between different living things. You aim one thing you think is a pest/devil to your plant and shower it with toxic. But it might actually effect the good guys that keep your soil healthy or predators that can help you control this little devils or pollinators for successful fruiting. In the end you must learn to share. You win some, you lose some. 
 Syukur Alhamdulillah cuaca sekarang sedang merangsang pokok-pokok nenas madu Sabah yang sudah matang untuk mula membentuk buah di kebun ketika ini. Pokok-pokok nenas madu Sabah yang di kawasan atas (related posting klik sini) ditanam tempat samar-samar cahaya sebab bersebelahan dengan pokok besar. Syukur alhamdulillah berhasil juga. Cuma keratan ubi kayu yang ditanamnya serentak tak menjadi sebab habis pucuk-pucuk kena makan dengan binatang kesayangan.  Asal aja pucuk tumbuh habis dimakannya. Itu sebabnya kami sekarang tak tanam keratan ubi style macam posting tersebut tetapi macam gaya posting semalam (related posting klik sini).

 Here is an article that has reported the good relationship between mychorriza and pineapple (Click Here).

4 ulasan:

Normala Saad berkata...

Good info Diana. Thank you

norhidana miswan berkata...

ooooo terjakun kejap kak...

selalu tgk pokok nenas tp tak tau psl mychorizza tuh

*akak, blh tak tinggalkan kt email dana no hp akak, tingin nk mengoder sesuatu ngn akak...

norhidana@gmail.com

Warisan Petani berkata...

Tq info

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Sama-sama kita berkongsi ilmu.

Salam Bahagia Dana,

Kali ini semua sulur ada mychorrizza tu Dana.
Mungkin sebab banyak makanan disebabkan kebun tak terurus banyak je dibiarkan daun-daun kering.

Ada kak email kat Dana.

Salam Bahagia Warisan Petani,

Semoga ilmu ini membawa manafaat untuk semua.