No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 13 April 2017

Pisang Mantan

 Dah lama tersimpan posting mengenai jenis pokok pisang ini dah berbulan-bulan sebenarnya sejak bulan Disember lalu. Nak rekod tak tertulis nota. Bulan Disember lalu bersama Ilhan Mikhail kami mengemas-ngemas kawasan ini sebab Tukang Kebun nak tumpukan yang area ini sebagai kebun mini pisang bantan. Beberapa anak pokok pisang bantan yang dah tinggi tumbuh di kawasan penjuru kebun yang dah gelap digali keluar dan dipindahkan ke kawasan yang lebih cerah ini.
 Gambar yang diambil di posting ini adalah semua dari bulan Disember 2016 lalu. Gambar di atas ini boleh lihat progress pertumbuhan pokok Salam yang dipotong pada September 2016 (related posting klik sini), dah mula rimbun pada Disember 2016. Pokok ubi kayu di gambar atas ini pula selamat dah Ilhan Mikhail tarik tuai bulan lepas dan buat kerepek ubi kayu (related posting klik sini). Jika diteliti gambar ini, pokok-pokok pisang bantan atau juga ikut daerah dipanggil pisang mantan, ada pagarnya Tukang Kebun bagi sokongan dengan keratan batang ubi kayu. Syukur Alhamdulillah keratan ubi kayu tersebut juga dah hidup jadi pokok ubi kayu sekarang. Jika ada rezeki bolehlah Ilhan tuai ubi kayu lagi hujung tahun ini. InsyaAllah bila ada masa akan Tukang Kebun update progress kawasan ini.
 Gambar di atas bunga pisang bantan yang telah mekar. Buah pokok pisang bantan kecil sedikit saiznya dari buah pisang mas. Begitu juga ketinggian pokok pisang mas batang merah dan batang pokoknya (related posting klik sini) lebih tinggi dan besar dari pisang bantan. Kalau pokok pisang bantan ini lepas tuai buahnya mudah sedikit bagi wanita ketinggian rendah macam Tukang Kebun ini nak kemaskan sorang-sorang dalam kebun. Mudah nak potong-potong batang pokoknya untuk agih-agihkan kepada bawah pokok lain sebagai baja apabila batangnya mereput. Beberapa kali tetak sahaja dengan parang pada batang pisang bantan berbanding dengan pisang mas batang merah.
 Pisang bantan buahnya juga lebih cepat masak berbanding dengan buah pisang mas. Yang ingin menambah koleksi jenis pisang, kami juga bekalkan sulur atau anak pokok pisang bantan pada bulan ini.

~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~

Ada 7 jenis bibit/ sulur/ anak pisang yang kami bekalkan minggu ini termasuk pisang bantan selagi stok masih ada:

Pisang Kapal - RM15.00 (info click here),

Pisang Tembaga/Pisang Raja Udang - RM15.00 (info click here),

Pisang Kadau Kuning - RM10.00 (info click here),

Pisang Nangka - RM10.00 (info click here),

Pisang Mas Batang Merah -RM10.00 (info click here),

Pisang Bunga - RM10.00 (info click here)

Self-Collect this week (Please confirm before the meeting, email kebunkmg@gmail.com):

~15th/16th April 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway),

7 ulasan:

Normala Saad berkata...

Cantik2nya pokok pisang mantan Diana. Pisang kak dah masuk 2 tahun tanam haram tak berbuah..pokok pun jadi ketot...tengoklah betapa tidak suburnya tanah kebun kak..

Mak idah berkata...

Suami akak byk tanam pokok pisang lilin,pisang boyan ada juga,pisang boyan dgn pisang bantan sama tak ye.

Warisan Petani berkata...

Suka3 tenguk.

Nooriah Abdullah berkata...

bestnya tengok pisang2 tu segar bugar
teringin nak tanam menjadi begitu tapii tak menjadi diana
kurang arif kot kan

We Linnasya berkata...

Bestnya kalau dapat menanam macam ni.

Abdullah berkata...

Admin masih jual benih pokok daun salam tak.
.
Abdullah,
madnilk @ gmail.com
Digi 9094479

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Pokok pisangnya masih tengah menyesuaikan diri kut Kak Mala.
Mungkin kasi berhenti siram kak biarkan rezeki air hujan je.
Mana tau kemarau tak kasi air mau dia keluar jantung pisang.

Salam Bahagia Mak Idah,

Terima kasih datang melawat kebun kami ini.
Pisang lilin macam jari kan bentuknya.
Saya pun tak pasti pisang boyan sama ke tidak dengan pisang bantan ini.
Sebab ikut lain tempat nama panggilannya mungkin berlainan.

Salam Bahagia Warisan Petani.

Saya ceria bila lawat kebun Warisan Petani.
Banyak boleh dipelajari di sana.

Salam Bahagia kak Noor,

InsyaAllah cuba lagi kak.
Mungkin cuba pelbagai tempat tengok mana yang serasi.

Salam Bahagia We Linnasya,

Pisang Bantan ini tak banyak sangat pakai tempat sebab batangnya pun tak besar banding dengan pisang nangka dan lain.

Salam Bahagia Encik Abdullah.

Anak pokok daun salam masih ada lagi.