No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 21 Ogos 2017

Boat Orchid

 Terfikir pula seketika, kalau Tukang Kebun nak masukkan ikut kategori warna bunga untuk pokok orkid ini di manakah patut Tukang Kebun masukkan? Sebab bunga orkid ini dwi-warna. Patutkah masukkan dalam warna bunga kuning (klik sini) ataupun bunga warna merah (klik sini)? Mohon cadangan dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Kekangan masa sekarang yang kurang dapat menulis blog posting, belum sempat lagi Tukang Kebun buat page khas untuk 'Orkid' yang ada kami bekalkan tumbuh dari Kebun Bahagia Bersama. Bulan Ogos 2017 ini, secara rasmi kami turut bekalkan jenis bunga boat orchid ini. Sekarang ada 7 jenis orkid yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Jadi yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ini dah terdedah dengan dunia luarlah ya sejak kecil bukan duduk dalam greenhouse. Rumah hijau mereka yang asli di bawah teduhan pokok-pokok yang dihuninya.
 Jenis boat orkid ini atau nama saintifik nya Cymbidium finlaysonianum adalah jenis orkid yang memang habitat asalnya adalah negara kita. Jika diletakkan di tempat yang tinggi berjurai panjang tangkai bunganya macam langsir. Boleh diikat di pokok ataupun tanam dalam pasu. Pada setangkai banyak bilangan bunganya lebih dari 10 kuntum.

Info lanjut boleh juga baca di blog lama (klik sini)
~1 moist bare-rooted boat orchid plant (Cymbidium finlaysonianum) RM15.00 ~
Jenis buah pisang organik yang available untuk self-collect Sabtu atau Ahad pagi akan datang ini ialah:

(1) Pisang Kapal yang memang sedap sebagai bahan buat kuih (info lanjut klik sini).

(2) Pisang Nangka juga yang suka rasa masam manisnya buat kerepek atau pengat sedap dan juga kuih muih (info lanjut klik sini).

1 sisir buah pisang organik RM5.00 .

4 ulasan:

Normala Saad berkata...

Mmm...masalah juga nak kategorikan under warna apa kalau dah bercolor-color. Kena buka satu column untuk mixed color lah gitu.

norhidana berkata...

buah2 lain takde ke kak? kot2 ubi kayu ke apa... ngidam ubi kayu nih hehehe...

Warisan Petani berkata...

Tenguk warna basic dia.
Rasanye sesuai kuning.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Terima kasih atas cadangan.
Menarik juga cadangan buka satu column lagi untuk mixed color.
Jika ada rezeki masa InsyaAllah akan cuba.

Salam Bahagia Dana,

InsyaAllah bulan depan ada kut kami mula supply ubi kayu.

Salam Bahagia Warisan Petani.

Warna background kelopak bunga banyak kuning juga kan.
Thank You.