No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 13 November 2017

Nenas Madu Sabah berbuah dalam bekas teman KBB

 Tumpang Bahagia kami apabila Teman KBB berdekatan di Lembah Klang TTDI juga memberikan khabar berita yang bekalan sulur nenas madu Sabah yang diambil 19hbJun2016 tahun lepas dibela dalam pasu akhirnya telah menghasilkan buah di tamannya. Tukang Kebun pun tak pernah cuba bela dalam pasu pokok nenas jadi excited sangat bila dengar sulur tersebut telah membesar menghasilkan buah.
 Kemudian tambah berita gembira lagi dari Teman KBB yang di Lembah Klang berdekatan Puchong memberikan khabar berita bahawa biji-biji benih yang dibekalkan dari KBB setelah disimpan lebih dua tahun dalam peti ais dapat masih bercambah dengan baik. Antara yang muncul adalah biji benih bunga sweet pea, asparagus, kapas dan kacang hijau. Kami doakan supaya kesemuanya memberikan hasil yang gembira kepada gardeners yang menjaganya.
 Buah Nenas Madu Sabah ini memang kesukaan sekeluarga. Abby seorang pun boleh habiskan sebiji. Harga Buah Nenas Madu Sabah pun makin meningkat kerana kemanisannya yang semulajadi. Kebun Bahagia Bersama buat harga istimewa sulur-sulur Nenas Madu Sabah sehingga 31hb Disember 2017.

~ 3 sulur nenas madu Sabah RM5.00 (valid till 31st December 2017) ~

 Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni buah rasa manis enak sekali, sebab air hujan tidak berlebihan dan pokok pun tak berapa kekurangan air. Bak kata orang Mat Salleh just right lah water quantity yang diterima secara semulajadi. Buah pun tak berair lebih but still juicy and super sweet. Yang tak sempat nak buat pesanan buah kuning telur dan buah ciku hujung minggu baru-baru ini, InsyaAllah awal bulan Disember akan datang ini masih ada lagi.

 Aduilah masalah angsa-angsa di kebun ini suka sangat makan batang pokok daun halia/lengkuas termasuk jugalah Tukang Kebunnya pokok kegemaran Borneo Beehive Ginger ini. Tukang Kebun suka sebab bukan sahaja ianya pokok herba tapi nampak macam pokok hiasan dengan kon yang muncul keluar dari tanah warna merah macam beehive. Kemudian di celahnya sisip bunga sebenar yang mekar.
More info on Borneo Beehive Ginger (Click Here).

~ 1 set rhizome Borneo Beehive Ginger RM25.00 ~

6 ulasan:

mamapp berkata...

Segar ya pokok2 awak.. boleh bg tips nak nak Jaga pokok. Mama punya semua kurus Dan macam nak mati je hahaha

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
wah sedapnya nanas sabah tu, isinya manis & bau pun sedap!Ada rezeki InshAllah,nak jugak Julie tanam balik nanas ni! Happy gardening kak Diana... :)

minipretzel stickpretzel berkata...

Sedapnya buah ciku. Berat pulak jika nak pos

mymentalhealth.blog berkata...

sedang sabar menanti nak makan nenas madu sabah tanam dalam pasu ni...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia mamapp,

Jika kekangan masa air basuhan dapur macam cuci beras dan ikan boleh je kitar semula bagi makan dan minum ke tanaman. Jimat kos dan semua sumber nutrient kat tanaman.

Waalaikumsalam Julie,

InsyaAllah Julie bila ada masa.
Kami pun kebun kan terbiar je sekarang ni terlalu sibuk.

Salam Bahagia minipretzal,

Hehehe.....jika mengidam kemaruk ada mohon juga diposkan.
Lebih-lebih lagi setiap hari tugasan kerja banyak di opis tiada masa nak ke kedai mencari.

Salam Bahagia mymentalhealth.blog

InsyaAllah harap penantiannya tak lama lagi.

Azri berkata...

Assalamualaikum, nak tanya rasa nenas madu sabah ni sama ke dengan bila beli di sabah sendiri?

Sebab saya fikirkan tentang cuaca di sabah lebih sejuk dari semenanjung.