No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 25 Disember 2017

Lawat Nyan-mage

 Pagi hari ketiga di Jepun, kami mula bersiap untuk check out dari Hotel Kinugawa Onsen Gyoen. Pemandanga luar dari lobby hotel. Boleh juga kelihatan Jambatan Fureai (related posting klik sini). Kami berkumpul ke lobi tunggu keluarga kawan-kawan lain juga yang merancang untuk melawat ke tempat yang sama untuk meluangkan masa bersama pada hari ini.
 Ramai juga tetamu lain yang juga check out hari ini. Kami merancang untuk melawat Nikko Edo Wonderland yang berada dalam kawasan Kinugawa Onsen ini juga. Hotel ini ada juga tempat agen pelancongan di lobi hotel ini memudahkan activity tetamunya. Kami check harga jualan ticket untuk Nikko Edo Wonderland lebih berbaloi beli in advance di hotel ini. Harga yang ditawarkan di hotel ialah untuk seorang dewasa ialah 4000Japanese Yen (harga asal 4700), manakala kanak-kanak 2000Japanese Yen (harga asal 2700). Sebab kalau print out di website Nikko Edo Wonderland pun cuma potongon ada diskaun 10% (website).
 Lebih memudahkan perjalanan kami juga apabila menginap di hotel ini ialah public bas banyak berhenti betul-betul di foyer hotel. Jadual bas tiba pun ada diletakkan berdekatan pintu utama memudahkan tetamunya untuk check dan merancangkan perjalanan melancong di kawasan ini. Jarak hotel ini dengan stesyen keretapi juga tak jauh dalam 15 minit jalan kaki. Kalau cuaca cerah seronok berjalan kaki. Cuma belah petang kami biasa ambil bas sebab dah berangin sejuk dan bas pun berhenti betul depan hotel (kaki pun dah lenguh seharian berjalan). Kalau naik bas dari stesyen keretapi ke hotel bayaran bas seorang dewasa 160 Japanese Yen dan budak sekolah rendah separuh harga. Abby kalau naik public transport seperti bas di Jepun tak perlu bayar .
 Memandangkan malam hari ketiga kami tak bermalam di sini, kami tumpang simpan luggage dalam kereta kawan. Kami naik bas ke Edo Wonderland dan kawan-kawan naik kereta masing-masing. Lagipun Edo Wonderland ni dari hotel ambil masa dalam 20 minit sahaja. Bila naik bas baru sedar rasa tak puas duduk di Kinugawa Onsen ini kerana banyak tempat tak sempat nak jelajah lagi. Berjalan kaki sahaja pasti menarik sebab pemandangan semula jadinya yang indah lebih-lebih lagi warna-warni masa musim luruh ini dengan hijau, merah dan kuning. Anak-anak pun macam tak puas seronok tengok pemandangan berubah-ubah di luar. For first time visitor di Nikko dan Kinugawa Onsen ini, Tukang Kebun rasa elok at least 4 days. 

 Kalaulah boleh keluar dari bas, berjalan-jalan di kawasan ini sekejap. Ya Allah indahnya nature dengan pokok-pokok berbaris tepi sungai warna menyala-nyala dengan puncak gunung pelbagai warna. Yang nak melawat Kinugawa Onsen untuk menikmati keindahan musim luruhnya kena rancang pergi peak season untuk daunnya merah antara awal bulan November hingga pertengahan November.
 Jika ikut public transport untuk ke tema park Edo Wonderland lebih baik naik bas dari keretapi. Jika naik keretapi agak jauh nak jalan kaki ke tema park Edo Wonderland akan ambil masa dalam setengah jam. On the way dah nak dekat Edo Wonderland nampak kelibat patung-patung yang sebenarnya bahan ala scarecrow diusahakan oleh komuniti sana untuk menceriakan kampung mereka. Lagipun banyak juga shuttle bas yang disediakan dari lokasi-lokasi yang tertentu dari initiatif tema park ini untuk menarik pelancong ke sini.
 Di kawasan Kinugawa Onsen ini ada dua jenis tema park, iaitu Edo Wonderland dan Tobu World Square. Jika Tobu World Square (website) senang access dengan keretapi. Memang dari stesen keretapi dah nampak entrance Tobu World Square dan musim Christmas ini banyak illumination. Masa menulis posting ini baru perasan, sebenarnya ini bukan pertama kali Tukang Kebun melawat kawasan Kinugawa Onsen (tepuk dahi). Masa mula-mula couple dengan papa Abby masa zaman student, papa Abby ada ajak bawa pergi jalan-jalan Tobu World Square ini. Kami pergi 4 orang naik satu kereta masa musim early spring year 2001. Mulalah teringat kenangan dengan arwah Yus. Sebab trip sehari balik hari ini dari bandar Niigata ke Tobu World Square ini bersama-sama dengan arwah Yus sama suaminya (masa tu boyfriend). Rindunya sama kamu Yus. Tak sangka pilihan pertama melawat Jepun ini ada kenangan dengan Yus. Kali ini ke sini bersama-sama 3 anak dah. Terkejut dengan ketiadaan Yus tiba-tiba minggu pertama Aidilfitri tahun ini, adalah salah satu faktor Tukang Kebun tekad travel ke Jepun tahun ini. Live life to the fullest and make many good memories with your love one. Kantoi dah, it has been 16 years since I fell in love with my other half. Also, my other half promise me that day at Tobu World Square that he will bring me to visit Taj Mahal and it has been 16 years belum tepati lagi tu. I didn't ask for it, he came up with the idea (was it some kind of proposal that time, but I was too dense?). Papa Abby, Taj Mahal tu bila lagi???💑

 Sneak preview untuk Edo Wonderland dulu ya.
 Ilhan berehat sambil menunggu yang lain di dalam kedai souvenir berhadapan. Berkenan agaknya si Ilhan ini dengan maskot Edo Wonderland si Nyan-Mage. Banyak dia ambil gambar si Nyan-Mage.  Syukur Alhamdulillah sekarang senang nak travel bila Ilhan dah besar, boleh harap angkat-angkat barang. Beg galas dan beg camera Mama, Ilhan yang tolong bawakan. Hari tak berkerja masa musim luruh ini, buka juga sampai pukul 7 malam untuk yang suka ambil gambar masa malam. 
 Yang mencari pokok herba misai kucing , Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan juga.

~ 1 pot pokok herba misai kucing RM7.00 ~
Selamat Hari Natal.

2 ulasan:

Azian Elias berkata...

Salam kenal.
cantik pulak gambar misai kucing tu.

Seronok ye jenjalan Japan..
merasa gak pegi tempohart.

TukangKebun berkata...

Salam Kenal juga Azian,

Memang rasa tak puas jejalan kat Jepun ni, banyak tempat belum dapat explore.