No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 2 Januari 2018

Kuil Kumano

 Setelah selesai naik sampan di Sungai Satetsu dalam 11:30 pagi, kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran stesen keretapi Geibikei sementara menunggu keretapi tiba pukul 1:18 petang menuju ke Kesennuma. Cuaca masih sekejap salji turun sekejap berhenti. Sempatlah mengintai hasil-hasil orang tempatan yang baru sahaja mereka tuai. Nampak ada yang kasi kering buah pisang kaki supaya boleh simpan lama macam raisin. Buah pisang kaki dalam bahasa Jepun panggil 'kaki' dan yang kering macam raisin ini dipanggil 'hoshigaki' (dried persimmon). Bila dikeringkan begini makin manis rasanya. Samalah macam konsep buah anggur dikeringkan jadi raisin. Lobak putih pun dijemur sebagai persediaan untuk membuat jeruk kemudian. Tukang Kebun tertarik sangat tengok jenis labu yang baru dituai oleh Tukang Kebun Geibikei ni. Baru separuh masak ni tapi faham perlu dituai terus memandangkan salji dah turun yang boleh merosakkan kualiti buah labu. Buah labunya panjang dan gemuk macam adik beradik jenis crookneck pumpkin sebab bawah gemuk atasnya panjang melengkung. Sibuk jadinya Tukang-tukang kebun kawasan Geibikei ini dengan salji yang tiba-tiba turun awal dari biasa.
Wah seronoknya tengok sayur kubis cina yang gemuk-gemuk berlapis-lapis. Mesti manis bawang besar yang baru dituai. Ini kalau buat bawang goreng sedap ni. Cara pengeringan bawang besar memang kena begini dengan batangnya sekali baru boleh tahan lama. Bawang besar kalau yang segar baru dituai, potong halus-halus goreng, anak-anak pun suka makan. Tuan Rumah masa Tukang Kebun sewa bilik zaman student di Jepun dulu jenis suka menanam juga, kalau musim Tuan Rumah baru je selesai tuai bawang besar yang dia tanam kan, berplastik-plastik Tuan Rumah bagi kat Tukang Kebun masa datang bayar sewa rumah.
 Pergi mana-mana kawasan utara Tohoku ni, banyak pokok pisang kaki buahnya amat lebat walaupun daun semua dah gugur. Bertembung juga dengan Tukang Kebun di kebun-kebun ini semua sibuk ulang-alik. Bila bertembung mata semua senyuman mekar di bibir, tak de yang mengeluh walaupun hari sejuk menguruskan kebun.
 Tukang Kebun intai kalau kawasan ini mesti ada yang di kebun menanam pokok buah jenis Chinese lantern. Menarik warnanya jingga terang.

~ Anggaran 20 biji benih 1 pek Chinese Lantern Plant (Physalis alkengi) RM3.00 ~

 Tukang kebun Geibikei juga mengambil kesempatan sepenuhnya sebelum cuaca menjadi terlalu sejuk dengan menanam fast crop atau tanaman hasil cepat seperti radish dan turnip. Tambahan pula daun sayur radish dan turnip juga boleh dimakan bukan sahaja akarnya tu. Tengok gaya cara menanam, ini terus tabur biji benih di batas ini sebab jaraknya tak sekata pun begitu menjadi rapat-rapat.

~ Anggaran 30 biji benih Radish Sakuranbo (Cherry Belle) 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 30 biji benih Radish French Breakfast 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 50 biji benih Turnip Hinonakabu 1 pek RM1.00 ~

~ Anggaran 50 biji benih Turnip HonBeni AkaMaru 1 pek RM1.00 ~
 Tak jauh dari Geibikei station ada Kuil Kumano. Kalau diterjemahkan secara langsung Kuil Beruang Liar. Agaknya kawasan ini zaman-zaman dahulu banyak beruang liar. Kuil ini berhadapan dengan stesen minyak. Tengok ramai singgah stesen minyak untuk tukar tayar jenis musim winter pakai.
 Kuilnya tak besar lah tapi bagi penduduk tempatan tentu banyak sejarahnya. Mungkin dah ada beberapa generasi paderi yang menjaga kuil ni turun temurun.
 Sementara tiba-tiba Abby sibuk nak ke tandas dan papa bawa ke convenience store sebelah je dengan Kuil Kumano ini, Tukang Kebun, Ilhan dan Rayyan berteduh sekejap di sini kerana masih turun lagi salji. 
 Bunyikan loceng so that your wish is heard. Nampak je kuil ini usang tetapi ada tu CCTV. Tak salah tumpang berteduh di sini asalkan tak merosakkan harta benda.
 Lepas Abby dah selesai urusannya, kami teruskan pula jalan-jalan cari makan. Ternampak pula di selekoh nak ke pejabat naik sampan ada banyak bunga kekwa sedang mekar antara pokok-pokok iris. Pokok bunga kekwa adalah bunga yang kembang masa musim luruh, manakala bunga iris pula ikut jenis kembang perantaraan akhir musim bunga nak masuk musim panas di Jepun. Cantik warna bunga kekwa ini. Tak lama lagi semua ini akan duduk bawah salji.
 Tak jauh dari selekoh ini kami buat keputusan untuk makan soba bersebelahan Sungai Satetsu untuk makan tengahari sementara tunggu masa keretapi tiba. Dalam negeri Iwate ini ada beberapa jenis soba, jadi Tukang Kebun recommend cuba soba (sejenis noodle) yang biasanya diperbuat dari sejenis tanaman buckwheat. Yang tempat kami makan ni, jenis soba dia Tukang Kebun suka. Lembut nak digigit tapi tak berapa lembik, rasa dia pun boleh rasa beza dari yang biasa dimakan.
 Mungkin zaman dulu banyak beruang turun dari kawasan pergunungan cari makanan di Sungai Satetsu ini seperti ikan kut.

2 ulasan:

mamapp berkata...

Terbayang Pula Dalam ingatan mama mcm mana beruang turun dari kawasan pergunungan cari makanan di Sungai Satetsu tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mamapp,

Dulu masa zaman belajar kat Jepun dulu ada kekadang masa musim panas sangat beruang keluar dari hutan pergi cara makanan kat rumah-rumah orang. Siap caught in camera keluar berita.
Tapi ada juga macam kawasan di Jepun ni macam area Negeri Akita orang sana zaman dulu memang buru dan makan beruang.