No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 April 2018

Dereten Pokok Jambu Mawar Masjid Bandaraya

 Setiap kali masa lalu dereten pokok-pokok yang sebelah gerai-gerai makanan di Masjid Bandaraya di tempat letak kereta paling belakang, Tukang Kebun selalu rasa pokok-pokok ni nampak sangat familiar di kaca mata Tukang Kebun. Bentuk daunnya dan pokoknya. Kebetulan suatu hari masa parking kereta bila dongak ke atas pokok tersebut tu, tersenyum tengok buahnya. Tepat sekali sangkaan Tukang Kebun yang deretan pokok-pokok di lokasi tempat letak kereta ni ditanam dengan pokok jambu mawar.
 Dereten pokok-pokok di sini dipangkas untuk sentiasa dijadikan pokoknya renek. Walaupun dipangkas rendang, buah-buah yang dihasilkan masih lebat lagi. Jika di Kebun Bahagia Bersama pun pokoknya tak besarlah jika nak dibandingkan dengan pokok rambutan. Agak sesuai ditanam di luar pagar rumah depan untuk bagi kanopi atau teduhan dengan kereta yang terpaksa parking di luar.
 Pucuk pokok jambu mawar adalah berwarna merah. Makin lama tangkai pucuk-pucuk ini akan membesar menjadi dahan-dahan yang baru. Bunga pokok jambu mawar juga mirip seperti seperti pokok jambu air berwarna putih. Kelulut atau lebah juga gemarkan madu dari bunga jambu mawar ya.
 Buah jambu mawar ini walaupun isinya lebih keras dari buah jambu air, tetapi buahnya lebih diminati oleh burung dan tupai. Sekejap je buahnya hilang kalau dah nampak tanda-tanda nak masak. Biasanya tak sempat Tukang Kebun sendiri nak merasa memandangkan pokok buah jambu mawar sekarang lebih jarang ditanam.
 Yang tak pernah nampak pokok jambu mawar, boleh singgah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu yang menghadap Teluk Likas. Masjid Bandaraya ini tak putus-putus pelawat luar negara singgah melawat. 

~ 1 pot anak pokok jambu mawar RM15.00 ~

4 ulasan:

ct aju berkata...

boleh tanam dlm pasu tak pokok jambu mawar ni

Normala Saad berkata...

Wangi sangat bau buah dia yg masak. Masa bebudak dulu suka kutip buah yg luruh. Selalu tumbuh mcm tu saja di pinggir kampung.

norhidana miswan berkata...

teringat kewangian jambu nih kak..... skrg pyh nk jumpa dh kak

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ct Aju,

Kena pasu yang sangat besar kut.
Dengan rajin pruning. Membaja InsyaAllah.

Salam Bahagia Kak Mala,

Memang mudah tumbuh Kak Mala dan pokoknya cepat betul membesar.
Baru-baru ini jambu mawar macam umur 3 tahun semai dari biji benih pokoknya dah mula berbuah dah.

Salam Bahagia Dana,

Ya sekarang payah dah nak jumpakan Dana.
Burung cukup suka buahnya.