No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 9 April 2018

Tebu Muda Merah Tukar Kuning

 Beberapa minggu ni ada puzzling tengok jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam bawa balik dari Sabah. Kalau tak silap masa Tukang Kebun tanam keratannya semua merah-merah. Kenapa rumpunan yang ditanam ada tebu yang kulit luarnya warna merah dan ada yang warna kuning. rasanya di petak ni hanya satu jenis tebu je Tukang Kebun tanam. Jenis tebu ni yang masa muda merah kemudian bila bertambah usia tukar ke warna kekuningan. Biasanya kalau di Malaysia ni kita kategorikan tebu mengikut warna macam tebu kuning, tebu merah atau tebu hitam. 

 Bila Tukang Kebun cari gambar lama-lama rasanya tak tercampur aduk ni, lagipun datang dalam rumpun pokok yang sama. Gambar masa baru tumbuh tunas dari keratannya pun tampak ada warna merah pudar-pudar keratannya. Rasanya dalam bulan Mac 2017, Tukang Kebun tanam keratan tebu-tebu ni dan sekarang dah boleh sudah tuai hasilnya.
 Rasanya tak aman pula bila fikirkan kenapa jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam ni bertukar warna kulitnya pula. Sebab biasa kalau tebu merah masa baby merah dan tua kekal merah. Kemudian lepas puas cari sumber baka-baka tebu, rasa kecilnya lah diri ini. Itulah lain kali jangan kategorikan tebu semua ikut warna kulitnya. Walhal jenis-jenis tebu dalam dunia ni ada pelbagai jenis dan cara-cara membezakan jenis tebu bagaimana. Ilmu pengetahuan itu yang perlu ditambah. Akhirnya dengan bantuan Mak Google berjaya jugalah jumpa website International Society of Sugarcane Technologies yang membantu merekodkan pelbagai jenis tebu ikut negara (CLICK HERE). Malangnya negara kita takde, tapi negara-negara jiran lain ada. Website yang Malaysia punya Tukang Kebun tak jumpa tapi negara Jiran Phillipine ada kategory jenis tebu mereka (Rujuk Sini). Bila tanya mak, katanya masa dia kecil memang ada tebu yang muda merah, bila tua kuning. So there is nothing abnormal tebu yang Tukang Kebun tanam cuma jenis yang kebetulan jatuh ke tangan Tukang Kebun untuk ditanam. Mungkin ada hikmahnya kenapa dia hidup subur terbiar di belakang bersama rumput-rumput yang meriah. 

 Sesiapa yang berminat nak tanam jenis tebu ini kami mula bekalkan ya. Untuk memudahkan kami gelarkan je la Tebu Muda Merah Kuning Tua. Jika dipos satu batang yang panjang tu la kami kerat-kerat ya, ikut kepada tuannya nak makan atau tanam semula. Tapi jangan risau ianya memang ditanam secara organik. Rumput-rumput tu tengok meriah sangat, Tukang Kebunnya dah tak kuasa kasi biar ja. Buah jambu bol tu kalau tak ramai peminat yang pergi petik-petik jamu selera atas pokok bolehlah juga offer bagi yang teringin.

~ 1 batang pokok (keratan-keratan segar) Tebu Muda Merah Kuning Tua RM4.00 <boleh dipos>
Atau Mix dengan tawaran 3 plant mix for RM10 (Pilihan lain klik sini).

~ 1 kilogram buah jambu bol RM7.00 ~

 Masa tengah teka teki dengan jenis tebu merah di KBB Sungai Buloh, bila banding dengan tebu merah dekat KBB Kiulu pula, juga jenis yang berbeza. Ni pokok tebu yang tiba-tiba muncul dekat pagar belakang masuk dapur rumah Kiulu Big Boss. Bila Big Boss tanya adik dia mana datangnya rezeki pokok tebu tepi pagar muncul ni. Agaknya pekerja-pekerja yang baiki rumah ni makan tebu lebihan dicampaknya di situ tumbuh pula pokok tebu. Biarkanlah pokok tebu tu membesar. 
 Bila lama tak balik, masa mengemas rumah Big Boss balik bulan Mac lalu di suruhnya tebas kasi bersih beberapa batang tebu yang dah berat rebah ke tanah.Bahagia sangat tebu tu tumbuh. Susah orang nak masuk rumah buka pintu pagar. Rezeki kami lah anak beranak makan. Pokok tebu pagar belakang rumah Kiulu ni pula warna merahnya lagi gelap kehitaman tapi tak sempurna semua warna tersebut tapi berbelang-belang dengan warna kehijauan. Yang ni pula jenis baka tebu lain. Kebetulan Jumaat lepas singgah kejap di Tamu Donggongon setelah ambil Race Pack di Pacos nampak ada juga petani menjual jenis tebu berwarna ini.

 Bila baca artikel ini (klik sini), teringin nak mula kumpul jenis-jenis tebu pula to conserve our heritage.
 Inilah gambaran pagar belakang rumah. Tapi terlindung pula dengan rumpunan pokok kantan merah. Nampak ada daunnya yang di belah atas. Untuk tetamu yang sewa bilik di Teratak Lodge Kiulu (2) (Klik Sini) akan menginap di Tingkat 2 naik tangga seperti gambar di atas. Dari gambar di balcony tersebut boleh sidai baju tak kena hujan. Kalau banyak sangat baju nak dijemur, yang di bangsal ni pun boleh. Biasanya kami kalau lepas mandi sungai, sidai terus baju di bangsal ini. Ilhan dalam gambar ni sedang menuju ke sungai. Ada tangga untuk memudahkan turun ke sungai sekarang.
 Mudah sikit kalau nak mencuci barang-barang berlumpur macam fresh tiram yang baru diambil dari tempat lain. Cuci kasut ke. Macam lepas marathon sambil sejukkan badan boleh cuci-cuci lumpur (related posting klik sini). 
Boleh cuci rambut dengan limau kasturi juga di sini (related posting klik sini).

Biasanya kalau ada musim event besar macam marathon cepat bilik habis kena reserved. Jadi kena booking cepat-cepat. Kalau yang lodging belah Teratak Kiulu Lodge (No. 2) atau di Kampung Poturidong ni ada 3 bilik sahaja yang disewakan. Tapi kena sharing la facilities luar dia macam dapur dan tandas. Yang dekat sini kena lalu jambatan gantung ya nak sampai rumah terutamanya musim hujan (related posting klik sini).

Kalau yang belah Teratak Kiulu Lodge (No. 1) di Kampung Ranap boleh sewa satu rumah ada 3 bilik. Yang di Kampung Ranap ada  4 rumah available untuk disewakan buat penginapan fully furnish. Kereta tiada masalah masuk parking.
 Sungai Kiulu terkenal dengan aktivity White Water Rafting. Memang akan lalu ni tempat kami mandi sungai ni. 

Tempat yang menarik di sini juga adalah kawasan Tagal (related posting klik sini) boleh bermesra dengan ikan-ikan kelah yang sebesar peha.

Kawasan ruang tamu dan dapur yang dikongsi bersama. Pintu yang dibuka tu pintu masuk. Pintu yang tertutup tu ke arah balcony dan juga tempat mandi serta tandas. Tempat mandi dan tandas dia bilik asing.

April Self-Collect Day Schedule (in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh):

14th/15th April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

21st/22nd April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

Please confirm your orders before self-collect.

7 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Menarik tempat menginapan tu

norhidana berkata...

yg dana kenal tebu merah, tebu itam n kuning... tak penah jumpa tebu yg tukar warna gini tp klu ada pun bkn perasan kak hehhhehe...

bestnya jambu bol dh msk ye kak? takde buahan lain ke kak yg masak? boleh oder sekali... nk sgt mkn jambu bol....

Normala Saad berkata...

Saya tanam tebu tak ada sapa nak makan. Seperdu saja tapi boleh tahan juga hasilnya. Simpan bulan puasa la jawabnya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Lodge simple necessities sahaja.
Nature dia yang syok.

Salam Bahagia Dana,

Tukang Kebun pun dulu tak perasan gak ada tebu tukar-tukar warna ikut usia.
Tu yang pelik kenapa tebu merah boleh berubah pula jadi tebu kuning.
Jambu bol ni selalu lupa nak pergi check Dana sebab duduk kat hujung kebun sekali dia.

Salam Bahagia Kak Mala,

Boleh buat air tebu bulan Ramadhan ni.
Memang selalu gitu kak di sini pun bila ada depan mata tak teringat nak makan hehehe....

Unknown berkata...

Sapa2 ada supply tebu boleh tak tlg contact saya. Saya peniaga air tebu, menghadapi kekurangan stok tebu untuk berniaga. Email saya hazilafarizafauzi@gmail.com atau call@wasap 01162329667

Unknown berkata...

Saya mencari tebu berwarna merah kuning..untuk berubat..kalu sape ada tau blh call @Wasap ke no 0187864801

TukangKebun berkata...

Kalau yang seperti gambar no. 1 jenis tebu tu boleh contact wassup Nizam 0192931340.