No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 20 Mei 2019

Fuji MilkLand

 Syukur Alhamdulillah pada hari ke-4 kami jalan-jalan di Jepun awal tahun ini cuaca cerah berbanding beberapa hari sebelum itu hujan ribut dan mendung yang mengakibatkan Gunung Fuji selalu tersorok belakang awan. Petani di sekitar Gunung Fuji juga ambil kesempatan pada hari yang cerah ini untuk membuat kerja di kebun masing-masing seperti petani di atas ini yang Tukang Kebun ambil gambar hendap. Kalau cuaca baik tersergam pemandangan indah Gunung Fuji dari kebunnya. Nampak subur betul tanah kebunnya.
 Rancangan pada hari ke-4 Jalan-Jalan Jepun 2019 adalah singgah melawat ladang tenusu untuk berikan peluang anak-anak biasa tengok binatang ternakan menghasilkan susu dan rasa produk tempatan tenusu sekitar Gunung Fuji. Tukang Kebun pun nak ambil kesempatan mengidam minum susu segar dari ladang Jepun dan makan cheesecake. Jika di Sabah ladang tenusu yang terkenal macam Desa Dairy Farm (related posting klik sini). 
 Terdapat beberapa ladang tenusu agrotourism di sekitar bawah Gunung Fuji seperti Fuji Milkland  (website) dan Makaino Farm (website) atau Oratche Farm (website). Fuji Milkland tiada admission fees dan Makaino Farm ada admission fees kerana kemudahan dan aktivitinya lebih banyak. Memandangkan ikut perancangan hari ke-4 sangat padat, jadi memadai sahaja singgah di Fuji Milkland sebab kekangan masa. Lagipun sudah puas anak-anak membelai binatang di Fuji Safari yang telah dilawat semalamnya.
Di Fuji Milkland ada juga kawasan yang memberikan peluang untuk kanak-kanak beramah mesra dengan binatang tenusu mammalia berkaki empat. Yang nak cuba bagi makan boleh beli satu cawan keratan sayur-sayuran dengan harga 100yen. Inilah si keldai yang selalu dibaca dalam buku cerita ya anak-anak. Yang di bawah gebu ni pula adik beradik dengan Shaun the Sheep yang selalu tengok dalam youtube. Abang Ilhan kata bila Ilhan besar belikan mama keldai, Rayyan dah besar belikan mama biri-biri.
 Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak menaiki kuda dengan dikenakan yuran pusing-pusing bersama penjaga kuda ini sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji. Kalau di Fuji Safari naik jenis pony yang di Fuji Milkland ni kalau kanak-kanak nampak gayat jugalah for the adventurer heart.
Anak-anak ni dah biasa dengan pemandangan Gunung Kinabalu, kali ini cuci mata tengok Gunung Fuji pula yang baru nak masuk musim bunga di mana puncaknya masih diliputi salji.
 Tengok jenis variasi pokok sakura, ada yang jenis awal musim berbunga pun sudah mula mekar bunganya. Ataupun ini jenis pokok buah yang bunganya memang mirip cherry blossom.
 Di Fuji Milkland ni macam kalau di Malaysia ada konsep R&R juga atau tempat perhatian. Selain daripada menjual produk dari tenusu, ianya juga ada menyediakan kedai untuk jualan produk tanaman tempatan. Sini seronoklah Tukang Kebun cuci mata. Sekarang ni memang musim sayur daun macam adik beradik sawi mula menghasilkan bunga. Jadi banyak tempat jual sayur daun bunga di supermarket. 
 Selain dari itu, Tukang Kebun tengok ada produk tempatan mee soba fresh yang dicampurkan dengan bunga sakura tepungnya jadi warna pinkish terus tangkap se-pek untuk bawa balik Malaysia. Puas jugalah memborong ole-ole dari Fuji Milkland ni untuk dihadiahkan juga kepada guru-guru kelas anak-anak sebab terpaksa ambil cuti sekolah awal 2 hari dari patutnya bermula. Rasa kurang sikit guilty conscience sebab ada yang terpaksa menyusahkan cikgu kena awalkan hari ujian.
 Selit iklan sekejap ya, ini pun antara hot item selalu dimohon carikan. Sementara stok masih ada, untuk gardeners yang berminat biji benih sayur daun rocket atau dikenali juga sebagai arugula ada stok semula ya seperti di atas.

~ 1 pek original packaging biji benih rocket/arugula (anggaran 250 seeds) RM10.00~

Info lanjut Rocket/Arugula (klik sini).

 Sementara Tukang Kebun membeli belah, kanak-kanak riang ni seronok menikmati soft ice cream di luar setelah penantian beberapa hari. Sebab Tukang Kebun dah janji dan suruh sabar dulu tak yah beli soft ice cream lagi lepas landing di Narita airport tunggu sampai kita ke dairy farm rasa yang original punya. Di Fuji Milkland ini ada juga kemudahan bbq untuk yang berminat beli dari sosej ladang ni.

6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Cantik sungguh pemandangan disini ya Diana. Tengok gambar gunung tu macam lukisan pula. Cantik.

mamapp berkata...

Subhanallah cantiknya Tempat tu Boleh nampak gunung fiji ke th

meintheswim berkata...

Dari gambar pun nampak so amazing gunung Fuji ni. Untung keluarga TK dapat menikmati landscape yang begitu cantik dan membeli belah hasil pertanian mereka.

TukangKebun berkata...

Mungkin sebab Gunung Fuji ni selalu digunakan dalam lukisan sebab nampak cantik.

TukangKebun berkata...

Jika cuaca baik, InsyaAllah boleh nampak dengan jelas sebab Gunung Fuji ni dia takde bukit2 atau gunung bersambung sama dia. Fuji dia sorang2 ja duduk situ hehehe... Senang nak cam

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah Aunty dapat juga ada rezeki bawa anak2 melawat kawasan Mountain Fuji.