Halaman

Ahad, 16 November 2014

Jeliti

   Gardeners yang berminat nak cuba reka pokok bonsai sendiri, salah satu pokok yang amat sesuai dijadikan specimen art bonsai adalah pokok jeliti. Pokok Jeliti dengan bunganya yang berwarna putih sangat mudah untuk hidup tanpa banyak belaian. Bagi tukang kebun sangat sesuai untuk beginners sebab pokok ni hard to kill plant. Tak pernah diambil peduli dan disiram ianya masih naik subur cepat sekali terdedah kepada perubahan cuaca di kebun sepanjang tahun. Jeliti duduk dalam pasu kecik walaupun dah besar pun bahagia sebagai rekaan bonsai yang selalu dipamerkan di pesta berhubungkait dengan tumbuhan. Pokok jeliti adalah antara pokok-pokok yang bertapak paling awal sekali di Kebun Bahagia Bersama.

   Kisah asal jeliti di Kebun Bahagia Bersama ialah Big Boss teringin nak pokok bonsai, kebetulan kontraktor berbangsa Cina yang bina kediaman Kebun Bahagia Bersama juga peminat pokok bonsai. Lalu banyaklah anak-anak pokok bonsai disemai oleh kontraktor berjiwa gardener tersebut untuk Big Boss. Sekarang ni rasanya tak terkira berapa banyak pokok-pokok jeliti ada di Kebun Bahagia Bersama. Paling banyak di keliling kolam belakang (@tempat buang big green waste) yang nyata daunnya di sebelah bahagia kanan gambar.  Memang separuh keliling kolam tersebut dipenuhi dengan pokok jeliti. Sekarang ni musim hujan jadi kolam dah penuh air jadi bersukaria angsa-angsa dan itik-itik bermandi manda. Kalau musim hujan akar pokok jeliti tenggelam lama basah dengan air pun masih maintain subur tak lemas.

~ Pokok jeliti ~
1 bekas RM8.00 .

  
Minggu ini antara Seri Pagi yang rajin berbunga setiap hari ialah Grandpa Ott. Warna bunganya sangat pekat.

~ Morning Glory Grandpa Ott (Ipomoea purpurea) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.

9 ulasan:

  1. The geese are having a great time.. when I was a child, I was always chased by my neighour’s geese. It was so terrifying ! Yours do that to your children ..? Choi Min

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Choi Min.

      Our geese don't chase our children seems they understand the kids are part of the family.
      Our male turkey is anti-children have to keep eye on him. So the children are scared of that male turkey.

      Padam
  2. antara haiwan yg makngah fobia, angsa ni lah..sebab kecik2 pernah kena sepit...haha...lagi satu kuda pasal risau kot2 kena tendang. pokok jeliti kat umah tak jadi bongsai...pasal tuannya tak reti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia MakNgah.

      Tukang kebun pun tak de masa nak testing reka bonsai main hard pruning je hehehe. ...banyak sangat kerja nak bereskan.

      Padam
  3. Seronok kak tengok part angsa tu mandi...betul2 enjoy nampaknya depa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mala.

      Seronok si itik dan angsa musim hujan ni ada tempat nak main air.

      Padam
  4. Sama juga cerita dengan Mkngah, kena kejar dengan angsa maa lalu nak balik sekolah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia sudais.

      Angsa kat rumah kalau lambat bagi makan mulalah buat gigitan manja dekat tapak kaki tukang kebun. Itupun dah rasa nyilu.

      Padam
  5. Slm. Tn.
    Sy berminat nak beli anak pokok Jeliti 2 pokok boleh..pm sy ya..Sy Halimi.
    017-7101391. Tkasih Tn.

    BalasPadam