Halaman

Jumaat, 27 Januari 2017

Udang Galah Sandakan

 Teringat malam ini kawan-kawan berbangsa Cina akan mula menyambut Tahun Baru Cina dengan makan besar bersama orang-orang tersayang. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya semoga tahun ayam jantan ini kali, may your garden prosper more and bring you good health for your body, mental, emotion and spritually. 

  Bila teringat makan besar terimbas kenangan pertama kali kami makan seafood pesan udang galah sendiri. Bukan tak pernah makan udang galah cuma tak pernahlah kalau kami sendiri yang buat pesanan biasanya kena belanja hehehe....Teringin nak rasa udang galah Sandakan punya pasal, out of pocket sendirilah pertama kali ini untuk yang tersayang.
  Setelah selesai kami melancong di Abai, Sungai Kinabatangan (related posting klik sini), sampai jeti dekat Bandar Sandakan kami terus menuju ke Gua Gamantong. Dari bandar Sandakan ke Gua Gamantong, dengan kereta mengambil masa agak 1 jam. Selepas kami selesai melawat Gua Gamantong (related posting klik sini), kami kembali semula ke Bandar Sandakan untuk mencari tempat tinggal. Semasa kami sampai di Bandar Sandakan sudah mula hujan dan gelap. Setelah berjaya mendapatkan bilik di Guest House setelah survey bertanya beberapa tempat penginapan dapatlah bilik yang ada 2 katil deluxe dengan harga dalam RM120. Banyak juga Guest House tapi ketika itu kami risau dengan tempat letak kereta sebab ianya terletak di kawasan deretan kedai-kedai dalam bandar Sandakan bukan khas dan sunyi. Yang kami pilih sebab kebetulan, ada kawasan letak kereta berdekatan dengan tempat penginapan dan nampak waktu malam tempat itu masih hidup dengan bar berdekatan. Nak duduk hotel pula macam tak berbaloi sebab awal pagi esok dah nak check out beransur balik ke Kota Kinabalu.

  Kami pergi mencari tempat penginapan dahulu kerana nak pergi makan dahulu pun tak lalu kalau tak bersihkan diri dahulu. Yalah baru masuk gua masih rasa meremang-remang badan kalau tak dibersihkan dahulu. Setelah bersihkan diri dan selesaikan yang wajib kami bergeraklah keluar untuk penuhkan satu hasrat lagi iaitu makan seafood di bandar Sandakan. Sebab dah lama dengar review seafood di Sandakan lebih murah berbanding dengan Kota Kinabalu dan sedap. Sunyi juga bandar Sandakan pada waktu malam memang kelihatan ramai bergesa-gesa nak balik. Kami agak-agak mungkin di persisiran pantai pun mesti ada kedai Seafood jadi kami pandu kereta berdekatan dengan kawasan pandai main agak-agak sahaja. Ternampak ada macam lampu neon beberapa deretan kedai di sepanjang pantai dekat-dekat. Tapi hairan mana jalan masuk nak ke deretan kedai tersebut. Sampai beberapa kali kami pusing-pusing di kawasan tersebut yang sedang hujan dalam gelap tak beberapa nampak.

 Kemudian terdetik, adakah nak ke restoran ini memang kena berhenti di depan deretan kawasan perkampungan atas air dan masuk di celah-celah rumah orang. Kami pun beranikan diri intai celah-celah rumah orang, nampak ada bayang lampu-lampu neon memang itulah restoran seafood. Rupa-rupanya memang tiada jalan raya terus ke restoran-restoran seafood yang berdekatan dengan Masjid Daerah Sandakan ini, kena jalan kaki beberapa puluh meter masuk ke dalam kawasan perkampungan air ini. Memang kawasan restoran-restoran seafood yang kami pilih ini di atas air dalam penjuru tepi perkampungan atas air. 

 Sambil-sambil tunggu kawan yang bekerja di Fakulti Pertanian, UMS kami pun membuat pesanan makanan laut. Pertama kalilah Tukang Kebun pesan seekor udang galah. Punyalah anak-anak suka sungguh makan udang galah rasa pertama kali. Sampai lepas tu kami makan makanan laut di Kota Kinabalu, Rayyan sempat tanya Mama tak pesan udang galah lagi ke hehehe...Yang kami terkejut sebenarnya restoran laut yang kami pergi ini, restoran di sebelahnyalah yang kejadian orang-orang diculik terjadi. Penculik naik ke restoran dari laut, kemudian terus dibawa lari melalui laut. Restoran di sebelah itu pun sudah tutup terus cerita kawan kami. Masa awal-awal kejadian memang sehingga dikatakan untuk menjamin keselamatan pelanggan security atau polis ada jaga di hujung kaki restoran yang bersebelahan laut. Patutlah memang baru waktu 9:30 malam ramai pekerja dah mula bersiap-siap nak tutup kedai dah nak balik. Penduduk yang duduk di atas air pun semua macam tak berpenghuni pintu dan tingkap tutup rapat-rapat semua masih phobia dengan kejadian penculikan yang tidak diingini walaupun di dalam rumah banyak cahaya lampu. Tapi restoran makanan laut di sini memang antara yang paling sedap di bandar Sandakan.
 Pokok bunga allamanda ini adalah antara pokok bunga yang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Lagi banyak cahaya matahari lebih meriah ianya berbunga. Suka betul dengan cuaca sepanjang tahun 2016 kerana sepanjang tahun tersebut tak putus-putus berbunga. Bila pruning cepat sahaja ianya naik semula merimbun. Tahun Baru Cina ini pun dialah yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama.

 Selagi stok masih ada kami buat sales pokok allamanda berwarna almond ini sehingga 28hb February 2017 dengan harga 1 pot RM8.00 (normal price RM15.00). Stok terkini kalau yang rajin self-collect ada juga tangkainya lebih tinggi dari Tukang Kebun. Pokok Allamanda Almond ini sesuai juga ditanam dalam pasu. Sesuai untuk novice gardener. Easy to care plant.

Khamis, 26 Januari 2017

Cekodok Pisang Hijau

  Syukur Alhamdulillah awal tahun ini ada beberapa jenis tandan pisang yang dapat dituai dari Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh. Antara pisang segar yang dapat dituai ialah jenis pisang hijau yang dalam golongan jenis pokok-pokok pisang renek. Setelah diselidik rupa-rupanya baka pisang jenis ini ialah yang Big Boss dapat dari saudara di Sabah dari kebunnya di Papar. Kemudian setelah Tukang Kebun kumpulkan maklumat lagi pisang ini juga dikenali sebagai pisang hijau.
 Kenapa dipanggil pisang hijau? Sebab bila masak pun warnanya tidak bertukar kepada kuning keemasan seperti kebiasaan jenis pisang-pisang lain. Bila pisang hijau ranum buahnya bertukar kepada hijau cair kekuningan sahaja dan seperti pisang raja yang masak berbintik-bintik hitam. Ini bukan tanda  bintik-bintik buah pisang hijau itu dah memburuk tapi petanda dah ranum betul dan sedap dibuat kuih. Saiz buah dan bentuknya sekali imbas nampak mirip pisang berangan cuma tak bertukar warna kuning keemasan. Tekstur isinya kalau makan begitu sahaja macam ada rasa jeli.  Isinya lebih kepada warna cream bukan kuning pekat. Contoh gambar pisang hijau yang dah ranum adalah seperti gambar di atas.
  Kali ini Tukang Kebun cuba pula yang dah masak sangat dengan buat cekodok pisang hijau. Syukur Alhamdulillah anak-anak memang cukup suka makan cekodok pisang dari jenis pisang hijau. Sambutan hangat. Sampai tiga hari Tukang Kebun masak sarapan cekodok pisang hijau. Biasanya kalau masak cekodok pisang dengan pisang lain macam pisang mas, sambutan biasa-biasa sahaja. Tapi memang Tukang Kebun perhatikan jika Tukang Kebun buat pengat gunakan pisang hijau, anak lebih suka makan termasuk Abby (related posting klik sini). Biasanya kalau pengat yang makan pun Rayyan dan Papa Abby. Kalau pengat pisang hijau sambutan lebih besar sikit di meja makan. Sebab rata-rata dekat Tamu yang Tukang Kebun interview pisang hijau ini memang sedap dibuat untuk kuih muih.
   Bukan sahaja kuih muih tetapi buat masak gulai pun sedap. Teringat masa Tukang Kebun cuba gunakan pisang hijau yang nak hampir masak untuk bahan masak lemak cili api pisang hijau ini dengan ikan masin (related posting klik sini), bertambah-tambah nasi selera dear husband makan. 
  Pokok pisang hijau ini pun yang menariknya juga ialah jenis pokok pisang yang tingginya memang rendah. Characteristic tabiat jantung pisang hijau ini kekadang tumbuh sampai mencecah tanah dan kelopak jantungnya masih berlapis-lapis melekat di batang tandannya dengan tebal. Jika pisang lain kelopak jantung gugur. Tapi yang pisang hijau ini sehingga buahnya ranum kalau tidak dipangkas bahagian jantungnya, kelopak tua masih kuat melekat di tandan. Biasanya tandan sisir buah yang atas tak tinggi pun dari Tukang Kebun. 

 Mula-mula Tukang Kebun ingatkan mungkin ini adalah agaknya 'pisang kapal' atau sama jenis pisang-pisang rendah yang lain. Tapi sekarang sebab dah Tukang Kebun berjaya jejak baka yang ada di kebun kami ini, sekarang kami panggil 'Pisang Hijau' lah. Ada satu Tukang Kebun perasan walaupun ianya jenis pokok pisang yang renek, tapi ambil masa nak berbuah sehingga selamat dipetik ranum dalam pemerhatian Tukang Kebun berbanding dengan jenis pokok-pokok pisang lain yang ada. Bila Tukang Kebun check nota semula nak tunggu anak pokok pisang hijau dari tanam hingga berbuah sampai dah ranum buahnya ada juga nak dekat 18~22 bulan ambil masa (related posting klik sini).

 Jika ada rakan-rakan yang ingin berkongsi pengalaman dengan pisang hijau ini dialu-alukan dengan didahului ucapan Terima Kasih Daun Keladi.

 Yang berminat nak cuba buah pisang hijau boleh dipos atau self-collect pada hari berikut (bibit kami tak mula bekalkan lagi):

4th/5th February 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).

~ 1 sisir buah pisang hijau RM5.00 . 

Jenis-jenis buah pisang organik segar lain yang available juga minggu ini  juga anak benihnya ialah:

~ 1 sisir buah Pisang Kadau baka Kuning RM5.00 (1 sulur RM10.00).

~ 1 sisir buah Pisang Nangka RM5.00 (1 sulur RM10.00).

~ 1 sisir buah Pisang Bantan/Mantan RM3.00 (1sulur RM8.00)

Buah-buahan lain:

~ 1 kilogram buah Assam Jawa RM5.00 .

~ 1 kilogram buah Canistel/Kuning Telor RM5.00 .

~ 1 kilogram buah Ciku RM4.00 .

~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .

Long weekend Tahun Baru Cina kami tidak buat self-collect. On Holiday.

Isnin, 23 Januari 2017

Jalan Jalan Jonker Walk

 Catatan akhir jalan jalan spontan kami di Melaka bulan Disember lalu. Setelah melawat Kampung Kling (related posting klik sini), kami kononnya nak menuju ke Makam Kasturi pula (related posting klik sini). Sambil jalan-jalan dalam kawasan Warisan Dunia JonkerWalk ini terserempak kedai menjual terompah. Berkenan pula Tukang Kebun nak beli sepasang satu kami suami isteri untuk buat pakai ke tandas di rumah Big Boss di Kiulu yang baru selesai dibina baru. Sambil itu beli satu beg plastik gula melaka dan sepeket dry spinach bow noodle. Anak-anak pula kami belikan permainan tradisional yang pakai bulu ayam macam gaya main sepak takraw. Itu sahajalah yang barang-barang dibeli kali ini semasa lawatan di Bandar Bersejarah Melaka.
  Tak terjumpa mana Makam Kasturi kami tanyalah Tuan Kedai mana directions. Tapi Tuan Kedai pun tak faham apa yang kami nak pergi lawat. Kebetulan Uncle yang menjual kacang tanah seperti gambar pertama itu ada juga di depan kedai tersebut yang menyampuk kasi tunjuk mana arah betul nak pergi ke Makam Kasturi dengan lancar fasih berbahasa kebangsaan. Bila Tukang Kebun belek-belek archives gambar sebenarnya dah banyak kali kami terserempak dengan Uncle jual kacang tanah ini. Ada gambar Uncle ini dari masa sebelum kami masuk Kampung Kling lagi. Cuma rasa terkilan pula kepada diri sendiri kenapalah Tukang Kebun tak beli sikit kacang tanah dari Uncle boleh bawa kunyah-kunyah dalam perjalanan balik ke rumah. So Tukang Kebun wish this year untuk Uncle dan Pembaca-Pembaca Blog Kebun Bahagia Bersama yang menyambut Tahun Baru Cina for Good Health and Lasting Prosperity. 
 Masa kami berjalan-jalan di Melaka cukup singkat dalam 20jam begitu sahaja. Terlalu fokus nak absorb suasana di Jonker Walk ini tak de mood sangat membeli belah. Yang seperti dinyatakan sahaja kami membeli. Kawasan Taman Warisan Dunia Jonker Walk juga kami tak masuk ronda-ronda ke dalam kerana sudah dekat dengan masa nak check out dari tempat penginapan (related posting klik sini). Di depan Gerbang tersebut ada juga beberapa pasu tumbuhnya pokok-pokok akar dani sebagai penyeri sambut tetamu yang sedang berbunga kelihatan.

~ 1 bekas akar dani RM8.00 (info klik sini)~

 Tukang Kebun perhatikan perkhidmatan beca pada musim cuti sekolah tidak mengira umur yang muda remaja hingga warga emas yang mencari rezeki. Minat sungguh corak-corak tiles hiasan di dinding.
 Rasanya lawatan ke Melaka pada kali ini , snek kegemaran kanak-kanak dari zaman mamapapa Ilhan lagi jenama Mamee ini Ilhan dah ingat Mamee kilang asalnya di Melaka. Siap kami tunjuk mana kilangnya ternampak on the way menghala ke Bandar Bersejarah Melaka. Di Jonker Walk ini juga banyak mural menghiasi menceriakan kawasan Warisan Dunia ini (related posting klik sini).
 Kali ini tak sempat anak-anak naik feri menyusuri terusan Sungai Melaka, ambil gambar je lah lagi di tepi sungai sementara nak ke tempat letak kereta. Walaupun kami cuma berada dalam 20 jam jejak kaki dalam Bandar Bersejarah Melaka, termasuk posting ini ada 7 cerpen atau posting sempat Tukang Kebun buat catatan untuk lawatan spontan ini.
  Sebelum bertolak, basahkan tekak dengan cendol nyonya dahulu. Tukang Kebun pesan 3 mangkuk sahaja untuk kami berlima, takut membazir kekadang anak-anak ini memilih juga makanan yang diorang tak biasa. Nanti papa dan Tukang Kebun jadi tukang perabih. Hmmm...sekali si Ilhan dan si Rayyan masing-masing makan sampai licin. Tukang Kebun ingatkan nak kongsi dengan Rayyan, sekali boleh Rayyan habiskan semua Syukur Alhamdulillah.
 Seperti Kakaknya si Kembang Bugang meriah berbunga semasa lawatan kami di Melaka, si adik Cashmere Bouquet pun tidak ketinggalan berbunga-bunga juga di Kebun Bahagia Bersama. Special Sale untuk Cashmere Bouquet hingga 28hb Februari 2017 untuk harga 1 pot RM5 .

Info lanjut untuk Cashmere Bouquet boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

Ahad, 22 Januari 2017

Tamu Gaya masuk Tahun Monyet

 Sebelum masuk tahun ayam jantan nak kasi sorting gambar-gambar yang banyak disimpan tak sempat-sempat nak upload. Semasa nak masuk tahun monyet, inilah suasana Tamu Gaya bulan Januari 2016 tahun lepas. Masa awal tahun ini ramai pelancong melawat Kota Kinabalu bukan sahaja dari dalam negara tapi luar negara.
 Inilah teman sejati Tukang Kebun jika ke Tamu Gaya bila papanya tidak dapat bersama-sama. Syukur Alhamdulillah tahun ini dah masuk Darjah Empat, semua baju sekolah adik beradik Ilhan yang tolong gosok hujung minggu. Ringan beban sikit maknya. Dah boleh menolong angkat barang-barang yang dibeli di Tamu.
 Jika di Tamu Gaya biasanya banyak bekalan buah pisang pelbagai jenis dan pilihan sayur-sayuran serta buah-buahan juga membuatkan rambang mata. Ada pembaca-pembaca yang berkesempatan Cuti Cuti Kota Kinabalu semasa Cuti Tahun Baru Cina ini? Boleh juga singgah ke Tamu Gaya yang dalam bandar Kota Kinabalu diadakan setiap hari Ahad pagi. Cuma Tahun Baru Cina hujung minggu depan kurang sedikitlah peniaga kerana peniaga bangsa Cina sedang menyambut perayaan ini. InsyaAllah peniaga berbangsa lain masih berjualan seperti biasa. 
 Setiap minggu kebiasaannya gerai menjual kraf dari kerang dan barangan tembaga seperti kedua gambar ini adalah regular peniaga di Tamu Gaya ini.
 Tumbuhan dalam kategori jenis 'air plant' juga makin popular dibekalkan di Tamu Gaya. 
 Di Tamu Gaya juga menjadi tempat menjual binatang belaan seperti kucing dan anjing. Ada juga yang menjual ungas seperti anak-anak ayam, itik, angsa dan lain-lain. Keperluan-keperluan haiwan perliharaan juga boleh didapatkan di Tamu Gaya.
 Ikan-ikan perlihara jenis hiasan juga ada dijual di Tamu Gaya termasuklah ikan koi. Jika mengidam nak makan ikan air tawar segar macam ikan sepat juga ada dijual dalam plastik masih hidup lagi.
 Bukan sahaja di Gaya Street ada gerai-gerai pada hari Tamu. Tetapi di belakang jalan Gaya Street tempat yang hari-hari lain dari Ahad jadi stesyen Teksi pun ada gerai-gerai. Biasanya di sini murah sikit barang jualan.
 Harga pokok-pokok orkid yang dijual di sini ada banyak pilihan dan lebih murah berbanding dengan yang dijual di Gaya Street. Sini senang sikit nak tawar menawar bila beli banyak.
 Di tengah kawasan ini ada seorang kakak jika pokoknya ada musim buah kelubi akan bawa jual. Mana tau ada yang mengidam nak makan buah kelubi yang boleh tahan masamnya. Kakak ini pun jika ada rezeki juga menjual jagung muda segar. Masih lagi dalam kulit-kulitnya. Tinggal kita yang buka-buka sendiri. Bila simpan begini lagi lama tahan dan wangi baby corn tersebut.
 Awal tahun ini banyak cuti sesiapa yang rajin bolehlah buat bekas kitar semula dari buah kelapa tua seperti gambar di bawah ini. Sesuai juga tanam orkid dalam pot bersabut organik seperti ini. Untuk memudahkan pelanggan ada peniaga juga ambil initiatif sediakan bakul sampah supaya keadaan Tamu tidak kotor.
 Yang teringin nak dapatkan bekalan kelapa tua, boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 8biji buah kelapa tua RM10.00 ~

Khamis, 19 Januari 2017

Golden Shower

 Pokok bunga orkid yang klasik berwarna kuning ini adalah antara orkid kegemaran orang kita sejak lalu kerana ianya jenis mudah dijaga dan rajin berbunga. Antara panggilan nama bunga kuning orkid  ini dalam keluarga 'Oncidium' adalah 'Golden Shower' atau 'Dancing Lady'.
 Bila musim berbunga memang meriah bunganya. Boleh juga hidup tanpa pasu, boleh digantung melekat di pokok-pokok. Di atas pokok jenis batang pinang pun rajin ianya berbunga. 

~ 2 moist bare-rooted Golden Shower/Dancing Lady RM5.00 ~
 Di Tamu kadang kala pokok bunga orkid dijual dengan membalut bahagian akarnya dengan sabut kelapa. Kadang-kadang ada yang dah tumbuh akar makin panjang dah tembus keluar sabut kelapa. Salah satu cara jika jangka masa anda travelling masih ada beberapa hari masa beli orkid boleh juga dibalut dengan sabut kelapa untuk elakkan akarnya jadi terlampau kering. Kitar semula sabut-sabut yang tidak dipakai.
 Sekarang ni beberapa kawasan pantai Barat Sabah ada yang sedang musim mengetam padi awal tahun ini. Jadi lebih mudah nak dapatkan beras kampung baru sahaja dituai sekarang. Tukang Kebun suka makan beras kampung atau beras bukit sebab mudah lawas perut ni. Sesiapa yang nak pesan beras kampung/beras bukit untuk self-collect bulan Februari boleh booking dengan hantar message ke (kebunkmg@gmail.com).

 Bibit bawang berlian atau bawang dayak masih available bulan Januari 2017 ini dengan harga promosi RM5 sebekas.

 Bibit Sulur Nenas Madu Sabah juga masih harga promosi untuk Januari 2017 ialah 4 for RM10.00  (klik sini).

 Self-collect Schedule minggu ini adalah:

~21st/22nd January 2016 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front if Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

Buah-buahan Organik segar available minggu ini:

~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Kadau sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Hijau/Serendah/Kapal RM5.00 .
~ Buah Pisang Bantan/Mantan/40hari RM3.00 .
~ Buah Assam Jawa sekilogram RM5.00 .
~ Buah Kuning Telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Nam Nam/Katak Puru 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda sebiji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 8 biji RM10.00 .

~ 3 biji kelapa parut RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 .
~ 3 beg tanah bakar RM10.00 (promosi Januari 2017)

Senarai ulam-ulaman atau herba fresh boleh rujuk (klik sini).

Isnin, 16 Januari 2017

Drunken Driver and Sailor


 Pada tahun 2016 lepas, pengalaman pertama kali Tukang Kebun kena langgar dengan orang mabuk. Nasib baik tiada kecederaan untuk mangsa-mangsa lain yang kena langgar juga dengan pemandu mabuk. Kemalangan yang tidak diingini ini berlaku Tukang Kebun seorang sahaja yang berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menjemput dear husband yang lepas kerja terus terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Pertama kali sementara tunggu waktu nak tiba keluar dari rumah ambil dear husband yang sampai dalam tengah malam Tukang Kebun terlelap. Dear husband dah sampai tunggu setengah jam lebih baru dipanggilnya Tukang Kebun kejutkan bangun dari tidur. Anak-anak pun dah terlelap tidur jadi Tukang Kebun keluar rumah seorang sahaja. Mata pun dah segar sebab dah tido beberapa jam.

 Dah agak dalam pukul satu pagi dah berhadapan pun dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu tengah kereta berhenti tunggu lampu isyarat sedang merah nak tunggu hijau tempat simpang lampu isyarat orang nak keluar dari airport. Kereta Tukang Kebun yang di depan sekali traffic light sebelah tepi jalan sekali slow lane. Sekali terdengar macam ada kereta di belakang Tukang Kebun kena hentam dengan kereta. Tukang Kebun waswas rasa nak berhenti tengok dahulu sebab lagipun merbahaya waktu tengah malam seorang perempuan pandu seorang-orang. Takut ada kes kekadang orang sengaja langgar nak menyamun. Apahal ambil dear husband dulu ada teman.

 Lampu pun bertukar ke hijau, Tukang Kebun pun baru nak mula gerak kereta sekali ada bunyi kena hentam di belakang kereta Tukang Kebun pula. Bila Tukang Kebun toleh rupanya ada kereta kancil putih yang dah remuk teruk pun tengah undur cepat larikan diri. Kemudian kelihatan banyak kereta dan motosikal pergi kejar kancil putih tersebut. Tukang Kebun pun teragak-agak nak turun dari kereta tersebut atau nak kejar. Tengok ada sebuah kereta yang kena langgar teruk di belakang berhenti. Jadi Tukang Kebun pun berhenti sekejap tanya bagaimana keadaan dia. Katanya dia okay, cuma dia sedang minta tolong kawannya yang kebetulan pun sedang balik kerja saing sama bawa kereta lain pergi kejar kereta kancil putih tersebut. Tukang Kebun kata saya ambillah dulu suami saya tunggu sudah di airport nanti saya singgah semula.
 Lepas ambil dear husband, kami nampak persimpangan nak masuk Jalan Lintas ada orang berkerumun. Rupanya kerjasama semua yang jadi saksi perlanggaran beberapa kereta dan motosikal berhenti di lampu isyarat merah kejar pemandu mabuk berjaya memberhentikan kereta tersebut. Sebab bila kereta kancil itu nak belok ke Jalan Lintas, kereta di depan kancil berhenti dan ada kereta blok di belakang jadi telah diapit tak dapat nak bergerak. Polis peronda jalan pun efficient sudah ada di situ. Yang tak manis ditengok ialah pemandu mabuk tu pula menjerit-jerit dekat polis perli-perli kata dia orang sini kamu orang Semenanjung. Bikin malu ja ini pemandu mabuk. Anak pemandu mabuk yang dipanggil datang dengan berlainan kereta kat tempat kejadian pun juga sama-sama mabuk macam ayahnya. Anak-beranak bau alkohol kuat. Rupa-rupanya mereka ini baru balik dari kenduri tapi bawa kereta dalam keadaan mabuk. Yang kami mangsa-mangsa kena langgar pula semua cool sahaja tunggu polis trafik sampai, sebab semua orang malas nak layan orang mabuk ini.

  Kereta Tukang Kebun calar sahaja yang teruk dua kereta lain. Kereta yang kena langgar dahulu tu memang teruklah belakang keretanya. Pemandu kereta itu pun kata dia dah perasan awal kereta kancil putih ini driver dia mabuk sebab masa atas jalan masa dia ikut di belakang beberapa kali nampak kereta putih kancil ini terberhenti di tengah-tengah jalan laju. Kemudian dia cepatlah potong kereta mabuk tu. Tapi dah berhenti depan lampu merah kena hentam di belakang. Kemudian bila driver mabuk tu nak cabut lari dia kan mabuk tak boleh buat pertimbangan betul, pemabuk tu langgar tepi kereta yang sedang tunggu di belakang kereta Tukang Kebun itu impactnya tak berapa kuat dekat kereta Tukang Kebun. Kasihan dekat kereta yang jadi mangsa cushion impact hentaman kancil putih itu sebab masih baru lagi keretanya dah calar balar lengkuk sikit. Pemandu kereta baru tu pun kata ini kurang nasib baik gara-gara lapar malam mau cari mengidam KFC. 

  Sampai pukul lima pagi kami di Balai Polis nak tunggu siap buat laporan polis. Ada jugalah beberapa kali polis traffik tanya nak settle di luar ka. Tukang Kebun kata nak buat juga, saya bukan masalah mau minta gantirugi, saya mau beri pengajaran sebab pemandu itu tidak sepatutnya bawa kereta dalam keadaan ada pengaruh alkohol membahayakan nyawa orang lain. Polis peronda pula beriya-iya suruh buat laporan sahaja jangan dilayan pemandu mabuk tu.
 Kalau musim berbunga pokok 'Drunken Sailor' kami pula mabuk dalam kebun dengan harumannya lebih-lebih lagi pada waktu embun banyak. 'Drunken Sailor' ini pun nakal kekadang habis dililitnya pokok-pokok yang tinggi untuk mencari banyak cahaya matahari supaya meriah kembang bunganya. Cuma berhati-hati kalau pokok citrus/jenis limau tak gemar sangat jika dibiarkan pokok melillit merimbun lama di atas pokoknya. Lepas dah habis musim bunga dia lantas lekas-lekas kami pangkas kasi clear dari pokok citrus kena panjat macam gamar di atas yang dipanjatnya si limau Kasturi dan si limau Kapas. Jangan risau cepat sahaja ia merimbun semula carilah pokok lain nak dililit ya wahai Drunken Sailor.

More info on Drunken Sailor (click here).
 Yang berminat untuk dapatkan pokok Drunken Sailor/akar dani ada stok semula di Kebun Bahagia Bersama.  Jenis akar dani yang kelopaknya berlapis-lapis. Yang tiada masa nak self-collect atau jauh, kami boleh pos bunga ini. 

~ 1 bekas pokok Drunken Sailor/Akar Dani RM8.00 ~

Ahad, 15 Januari 2017

Orang Utan Sepilok

 Antara spot terakhir kami Cuti Cuti Sandakan cuti sekolah September lepas sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu adalah Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Dah berbelas tahun teringin ke sini, akhirnya sampai jugalah kami di sini. Cuma setelah bertahun-tahun simpan impian ke sini, bila dah sampai kami berasa terlalu hampa bukan seperti digembar-gemburkan. Jika bagi review kami bagi tak sampai 2 bintang. Nasib baik bertentangan dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini ada Borneon Sun Bear Conservation Centre (related posting klik sini) yang bagi kami lebih menarik.
 Jika anda betul-betul nak melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok kena datang masa yang betul. Jadi sebelum ke sini check masa 'nursery baby feeding time'. If not ada possibility you won't see even seekor Orang Utan jadi buang masa sahaja. Kami dah tahu ada masa feeding time, tapi biasalah we thought as long as opening hours there will be Orang Utan around (but actually if you're lucky). Kalau target nak sampai feeding time pun letak masa ada sekurang-kurangnya 15 minit datang awal. Sebab masa feeding time tak lama dan dari counter ticket hingga ke pusat nursery ikut jalan canopy ambil masa juga dalam 15 minit kalau tak berlaga-laga dengan tourists lain. Jika ada senior citizens dan children gerak awal sikit dari ticket counter. Ticket is a bit too pricey for this one sebab consider as donation which Papa Ilhan felt not worth it when there is not much to see. Kami pun sampai sebenarnya kebetulan masa boleh tengok nursery feeding time. Tapi biasalah ada nak ke tandaslah dulu.
  Pelancong-pelancong ramai juga masa kami sampai dari dalam negeri dan juga luar negara. Rata-rata dari raut muka pelancong yang dah mula beransur balik semuanya dengan muka hampa macam rungut-rungut buat penat je bekejar ke masa feeding time. Walaupun masa feeding time tak de pun banyak orang utannya yang muncul pun kalau nasib baik adalah seekor keluar dari ruangan nursery nampak banyak ambil makanan pastu terus sembunyi. Sambil kami mendaki naik ke tempat feeding kejar masa yang dah nak habis masa feeding jem pula kat satu tempat sebab adalah seekor orang utan yang muncul ambil hati lepak kejap kat titian. Jadi semua jadi berhenti seronok ambil gambar. 
 Sebab dah sesak-sesak tak boleh gerak ke atas sebab pelancong yang sedang turun pula dah berkerumun ambil gambar orang utan di atas. Kami sampai dah tinggal lagi 10minit for feeding session. Itupun kakitangan sana sudah tak nak benarkan kami masuk ke dalam. Asyik sibuk je kata dah nak tutup kawasan feeding. Ada lagi 10minit kut jadi kami tak layan masuk je sambil tunjuk kat jam. Kami pun hairan kenapa sibuk nak tutup walhal tak mengganggu pun because you're just sitting in a small building and make an observation. 

 Tak nampak pun seekor orang utan, if you are really observant nampaklah kalau ada orang utan yang duduk dekat belakang pokok bayangnya je. So the purpose of this small building for observation is tourists only used them an hour in morning and an hour in afternoon during kononnya feeding time session. Air-condition jadi bolehlah sejukkan badan. Bagilah kami sejukkan sikit badan kut dari sibuk asyik nak halau keluar je bukannya ada orang utan pun di situ. Langsung tak merasa nak duduk kerusi dekat dalam sini pun. Tapi yang kasihan sebenarnya pelancong yang datang dari jauhlah especially kalau berapa laut nak kena rentas baru sampai Sepilok ini. Memang menghampakan dari riak wajah mereka. Asyik disuruh come again afternoon session katanya. Tak ramailah sanggup nak tunggu sebab masing-masing ada masa terhad dan nak kejar masa nak tengok tempat-tempat lain lagi. Nak ke Sandakan bukan dekat dari Kota Kinabalu dengan traffic cuti sekolah pun memandu kereta dah 8jam. Bukannya jalan highway macam kat Semenanjung Malaysia. 
  Mungkin sebab di situ kawasan pemulihan jadi tak nak biasakan sangat Orang Utan dengan manusia agaknya supaya tak menggangu Orang Utan. Tetapi sebab alang-alang dah konsep macam Observation Deck. Why not with the state of the art sekarang, gelas tu biarlah jenis dari luar tak nampak bayang observer di sebalik gelas yang belah nampak ialah dari dalam ke luar.
 Nasib baiklah anak-anak sebelum ke tempat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini, dah berkali-kali tengok Orang Utan in its natural habitat. Bila tanya pendapat Ilhan mengenai Sepilok ini katanya tak best. Nasib baik abang Ilhan dah tengok Orang Utan semalam, lagi best jalan dekat Gua Gamantong (related posting klik sini). For us, it was a let down. Sebenarnya jika nasib baik, tak perlu masuk pun takpe. Duduk lepak di luar. Kekadang ada sahaja juga Orang Utan yang remaja keluar ke tempat letak kereta pun ada. Takde rasa nak ke sini lagi. Lebih seronok kalau duduk di resort tengok wild Orang Utan (related posting klik sini).
 Sambil-sambil jalan dalam kawasan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini dongak-dongaklah kepala ke atas. Banyak bekas-bekas sarang orang utan di situ.
 Siapa kenal pokok herba berwarna kuning di atas ini milik siapa? Biasanya pokok herba ini daun dia lebar-lebar. Tapi tidak perlu panik tiba-tiba kelihatan daunnya yang belah di atas makin kecik runcing. Itu sebenarnya petanda pokok herba pecah beling ini nak berbunga. Nampak macam ada bulu-bulu halus putih di kudup bunganya. Jangan keliru pula dengan pokok bunga loceng atau alamanda yang berbunga kuning tu. Bunga pecah beling ini saiznya lebih kecil.
 Pokok pecah beling ini cepat membesar. Untuk yang baru pindah rumah nak privacy boleh jadikan pokok herba pecah beling ini sebagai pokok pagar. Nampak macam pokok hiasan tapi pokok pecah beling ini banyak khasiat. Ianya juga dikenali sebagai pecah kaca. Orang yang takut kena bedah buang batu karang salah satu alternatifnya amalan minum air rebusan daun pecah beling campur dengan jagung muda. Ramai yang berjaya hilangkan batu karang dengan cara ini. Selain itu yang mengalami masalah membuang air kecil atau tidak lancar buang air kecil juga boleh membuat air rebusan pecah beling untuk penawar alternatif. Dilaporkan juga daun pecah beling ini bagus untuk orang yang menghadapi kencing manis. Juga dikatakan menurunkan kolesterol. 

 Info lanjut mengenai pecah beling boleh rujuk posting sebelum ini (klik sini).

 ~ 1 pot pokok pecah beling/pecah kaca RM5.00 ~
atau
~ 10 fresh cutting pecah beling/pecah kaca RM5.00~
 Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan daun segar pecah beling/pecah kaca seikat RM1.00.

Yang berminat daun-daun atau pucuk-pucuk ulam segar yang juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ialah:

~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat daun pucuk assam jawa RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mata pelandok RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam/nusantara bayleaf RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk katak puru/nam nam RM1.00.
~ 1 ikat daun pisang RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mulberry RM1.00 .
~ 1 ikat daun serai acheh RM1.00 .
~ 1 ikat daun kelapa (untuk anyam ketupat) RM1.00

Next Self-Collect Day:

21st/22nd January 2017 Saturday/Sunday morning from 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).


Sabtu, 14 Januari 2017

NinjaGO

  Semasa ke Legoland, attraction yang amat dinanti-nantikan oleh Ilhan ialah Ninjago. Asyik-asyik tanya mana kawasan Ninjago Mama. Ninjago terletak dekat dalam tengah-tengah area kawasan Legoland.
 Tukang Kebun pun tak pernah tengok pun animation Ninjago dekat TV. Layan sahajalah. Jika hujan bolehlah bergerak ambil shelter dalam Ninjago sebab ianya dalam bangunan.
 Tukang Kebun tengok yang over-excited dalam ninjago ini orang-orang dewasa lelaki berbanding dengan kanak-kanak hehehe...Berlainan dengan konsep attraction Star Wars (related posting klik sini) yang perhatikan miniature setting popular dalam set movie franchise Star Wars untuk NinjaGo macam main game virtual 3D. 
 Jika nampak berbaris sampai ke luar, jangan tertipu itu petanda kena tunggu lamalah. Sebab kalau masuk bangunan pun masih berputar-putar lagi dalam bangunan berbaris. Kalau dah masuk bangunan beratur pun rasanya kena tunggu juga paling cepat dalam 20minit. Tapi bila dah masuk bangunan sambil menunggu ada banyaklah benda hiburan yang boleh distract anak-anak sebelum mula bermain attraction sebenar.
 Pedang perhiasan dalam ninjago attaraction pun dah nampak macam lightsaber dalam movie Star Wars. Ada pelbagai dekorasi hiburan untuk kanak-kanak sepanjang berbaris pusing-pusing dalam bangunan. Sambil itu Mama Ilhan baru kaji apa characters yang ada dalam NinjaGo ni.
 Tanya Ilhan minat character yang mana sekali dalam NinjaGo? Katanya Kai wakil element fire.
 Rayyan biasa-biasa je tak delah teruja sangat masuk attraction Ninjago ini, ikut melayan flow abang Ilhan je. Dekat luar bangunan NinjaGo ini juga adalah beberapa permainan.
 Semasa Tukang Kebun tinggalkan kebun, Si Kembang Bugang pun amat meriah sekali berbunga-bunga. Bergugusan bunganya kembang menceriakan laman. Kembang Bugang ini memang meriah betul berbunga di kala hujan banyak. Yang dalam gambar ini, pokok-pokok kembang bugang yang tak pernah pun disiram dan dibaja tapi cepat naik subur dan berbunga meriah.
  Berbaris pokok-pokok kembang bugang berbunga sepanjang tempat letak kereta yang berdekatan dapur. Pokok kembang bugang ini bunganya berbau wangi ketara masa dah senja. Jadi elok juga tanam pokok kembang bugang berhampiran dengan tempat letak kereta. Sekurang-kurangnya masa musim bunganya bila tuannya balik penat dari kerja waktu senja boleh kurangkan stress dengan sambutan wangian bunganya yang kembang meriah.
 Bunganyakan berwarna putih jadi bila senja pun masih jelas kelihatan. Pokok kembang bugang ini yang menariknya ianya juga mampu berbunga lebat pada keadaan penerimaan cahaya yang separa. Tidak perlukan banyak cahaya matahari untuk berbunga. Juga sesuai ditanam dalam pasu sebab pokoknya takdelah besar. Local name kita panggil Kembang Bugang, tempat lain panggil White Butterfly Bush.

 Info lanjut mengenai si Kembang Bugang boleh (klik sini).
~ 1 pot Kembang Bugang for RM7.00 ~