Halaman

Jumaat, 24 Februari 2017

PHALAENOPSIS PULCHERRIMA

 Tukang Kebun perhatikan cuaca sepanjang tahun 2016 lalu yang jenis orkid Phalaenopsis pulcherrima seperti gambar di atas amat senang hati kerap berbunga. Walaupun tidak dibaja dan dibelai, tidak dibiarkan Tukang Kebun merindui dia, kerap pokok-pokok orkid jenis ini keliling Kebun Bahagia Bersama ini meriah berbunga. 
 Tukang Kebun suka orkid yang asal habitatnya di negara kita ini kerana ianya lasak dan tak perlu banyak belaian. Malah ianya tahan penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lebih banyak cahaya lebih meriah ianya berbunga. Lagipun pokoknya jika kita ikut habitat semulajadinya boleh sahaja kita ikat di pokok-pokok. Kalau di Kebun Bahagia Bersama pokok Phalaenopsis pulcherrima bergantung di pokok jenis pinang, kemboja dan juga pokok buah-buahan seperti mangga. Yang menariknya pokok orkid ini saiz daunnya comel tetapi akarnya tu lebih banyak isipadu serta panjang dari jumlah daun-daunnya. Oleh itu pokoknya tahan lasak pada musim kemarau sebab akar-akarnya boleh mengumpulkan molekul air H2O di udara untuk maintain segar.
 Selain daripada itu sebab pokoknya jenis kecil, boleh juga ditanam dalam pasu kecil yang mempunyai media tanah yang sangat poros seperti tanah berpasir atau juga tanah bakar. Walaupun pokoknya kecil sahaja tapi tangkai bunganya tumbuh berapa kali ganda panjang berbanding dengan ketinggian pokoknya.
 Gambar di bawah ini adalah pokok bunga orkid Phalaenopsis pulcherrima yang duduk menumpung atas pokok mangga. Kelihatan kali ini ada kantung benih juga yang membentuk di tangkai bunganya.

~ 1 moist bare-rooted Phalaenopsis pulcherrima orchid RM10.00 ~
 For novice gardener in growing orchid jenis Phalaenopsis pulcherrima seperti ini boleh juga dapat idea tengok video youtube di bawah ini yang telah dikongsikan oleh penggemar orkid. Semasa pokok orkid baru dipindahkan diikat di pokok boleh juga ikat bersama sabut kelapa untuk kelembapan tahan lama. Awal-awal pemindahan nak ada kelembapan tapi jangan terlampau basah selalu.

5 ulasan:

  1. Menarik sangat dimata kakak
    Tumpangkan di atas dahan-dahan bila berbunga semua kelak pastinya lagi cantik sebab pokok yg ditumpang besar dahannya.. Good idea:)

    BalasPadam
  2. Dulu2 saya suka tanam anggerik hutan yang putih wangi tu kat rumah sewa. Balut dengan sabut kemudian sangkut kat mana-mana tiang. Hidup eluk & berbunga pun. Baru2 ni cuba buat juga tapi lekat dibatang pokok jambu air...mmmm...tak menjadi la pula.

    BalasPadam
  3. Salam
    Sy mencari benih pokok daun salam, sekiranya ada menjual sila hubungi saya melalui WA 0122506888

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia KakZakie,

    Ya makin warna warni sudut di pokok tersebut.
    Kalau orkid liar pun duduk menumpang atas pokok.
    Sama sahaja konsep dia.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Mungkin pokok jambu air tak ngam kut Kak Mala.
    Sebab tengok pokok birdnest pun takde yang sudi hijrah tumpang atas pokok jambu air.
    Kalau pokok rambutan boleh.

    Salam Bahagia Zulhilmi.

    Nice colour.
    Very vibrant.

    Salam Bahagia Yuwana.

    Anak pokok salam kami ada stock.
    Further details email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam