Halaman

Isnin, 6 Julai 2020

Pertemuan anak burung wak wak bila sedia roti tirai biru ke roti tirai hijau

Bulan Syawal lalu setiap minggu anak-anak buat permintaan roti tirai. 

Mula-mula cuba guna pewarna asli untuk roti tirai warna biru gunakan Bunga Telang.

ROTI TIRAI BIRU IN THE MAKING (LINK)
https://youtu.be/bS1_RreDSyc

Kemudian anak-anak nak challenge roti tirai warna lain pula.

Kita masak pula Roti tirai warna hijau gunakan bahan pewarna asli iaitu daun suji atau pandan serani. 

Bila kita gunakan pewarna asli dapat manfaat lebih juga dari ektrak bunga telang dan daun suji. 


Pokok Daun Suji mudah dijaga dan boleh dijadikan perhiasaan indoors dalam pasu atau kawasan kurang bercahaya kerana ia boleh hidup dengan bahagia di tempat tidak mendapat cahaya secara langsung yang banyak. 

Tips Penjagaan Pokok Daun Suji dan the making of roti tirai hijau boleh tonton video di bawah (LINK) 

https://youtu.be/3iofcy6I3T0

Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan pokok daun suji/pandan serani untuk satu bekas pokok RM10.

Yang berminat boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh pada pukul 9.00pagi hari Ahad ini (info lanjut boleh wassup Contact Nizam 0192931340). 

Ada satu hari ingat nak buat roti tirai biru dan pesan kepada Rayyan untuk sediakan air extract Bunga telang. 

Sebab asyik bermain sampai air rebusan kering dan tak nak Tukang Kebun membebel dalam diam si Rayyan buat strategy sediakan air extract daun suji pula sebelum maknya perasan. Dah diajar cara nak buat dengan initiative sendiri Rayyan dan Abby pun pergi lah senyap-senyap kebun belakang ambil daun suji. Masa ambil berdekatan dengan kawasan pokok daun suji mereka berdua terserempak dengan anak burung hitam. Tak jumpa sarangnya lalu diangkut la anak burung hitam bersama daun suji masuk rumah. Dah selesai sedia air extract daun suji, seronok bergegas lah naik atas bilik tunjuk Tukang Kebun anak burung yang di bawa baliknya. Terkebil-kebil mata maknya tengok ni jenis burung apa ni macam anak ayam warna hitam je (pandai si Rayyan distract fokus maknya tak kena marah harimau).

Nak tahu anak burung apa boleh tonton video ini (LINK)

https://youtu.be/mU7LK5chJes

Siapa pernah makan jenis burung di atas dan di bawah ini? 

Selang sehari pula tetamu burung lain pula datang melawat dengan ketuk yang kuat di tingkap kaca(LINK) 

https://youtu.be/1QQPf6IwCY8


Tak lama lagi anak-anak pun sudah kembali pergi ke sekolah. 

2 ulasan:

  1. Burung punai tanah ni memang selalu langgar cermin slidding door.
    Nasib baik hidup, biasanya akan mati sebab patah tengkuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Tuan Warisan Petani,

      Ya nasib baik kami ada di tempat kejadian dan panjang umur nya. Kalau tak perasan masa dia tengah shock takut kena jadi makanan haiwan lain pula.

      Padam