Halaman

Rabu, 28 Oktober 2020

Botanical Park Bangladesh Agriculture University

Semasa menghadiri persidangan di Bangladesh Agriculture University (BAU), Mymensingh peserta-peserta dari luar negara ditempatkan di guest house Bangladesh Agriculture University. Walaupun bangunan dan interior guest house BAU seperti zaman 1970-an, ianya masih dijaga dalam keadaan yang baik. Bolehlah ada rasa feeling retro sikit. Malahan taman laman kawasan guest house BAU juga dijaga dengan rapi kerana memang ada tukang kebun yang menjaga. Yang amat menarik perhatian Tukang Kebun ialah kolam yang meriah dengan bunga teratai warna pink ini. Ada juga katak melompat-lompat di atas kelopak daunnya. Juga kelihatan seperti ikan keli lebih besar dari lengan Tukang Kebun banyak timbul-timbul buka mulut yang menakutkan macam ular sehingga tak berani nak hulurkan tangan dekat air nak capai-capai bunga teratai ini.
Berhadapan dengan bangunan Guest House BAU pula kelihatan Sungai Brahmaputra yang masih lagi dijadikan penghubung menggunakan bot atau sampan membawa barangan. Depan kawasan sungai ini dalam laman Guest House BAU ada pengawal-pengawal keselamatan membawa senjata api sentiasa memastikan keselamatan pelawat-pelawat antarabangsa. Ada juga banyak pokok buah limau sedang berbuah di taman Guest House BAU ini.
Bangladesh Agriculture University di dalam kampusnya ada botanical garden. Bolehlah kasi buang kalori berjalan-jalan di dalamnya sambil melihat koleksi tumbuhan-tumbuhan di sini. Asyik kena bagi makanan berat sedap-sedap je hehehe....Itupun mula-mula tuan rumah suruh tunggu naik van, kami kata tak pelah bukan jauh sangat pun.
Papan di atas adalah jenis-jenis tumbuhan perubatan yang ada di koleksi taman botani, Bangladesh Agricultural University.
Laju sangat kami berjalan sebab nak mengejar masa jadi Tukang Kebun pun tak sempat nak ambil gambar sangat. Tambahan pula, ramai sambil berjalan ajak berborak dan berkenalan. Yang menarik perhatian Tukang Kebun adalah batu bata di Bangladesh pun ada cap SONY.
Botanical Park ini juga bersebelahan dengan Sungai Brahmaputra. Tenang sahaja airnya nak banding dengan sungai di Malaysia yang berada di kawasan hulu. Tahukah teman-teman bahawa kawasan hutan bakau terbesar di dunia adalah terletak di negara Bangladesh iaitu di tempat dipanggil Sundarbans dan telah dapat anugerah UNESCO World Heritage Centre. Air Sungai Brahmaputra ini juga mengalir keluar ke arah hutan bakau terbesar tersebut. Tukang Kebun pun baru tahu masa check tempat menarik di Bangladesh sebelum pergi ke Bangladesh.
Taman Botani ini tak lah luas sangat kalau ikut standard taman di Malaysia, peranan utama adalah sebagai simpanan benih supaya tak pupus. Terdapat juga beberapa kawasan yang seperti memerlukan maintainance. Ada juga taman kaktus dan taman orkid di dalam Taman Botani ini. Semasa Tukang Kebun lawat banyak jenis pokok menjalar atau melilit sedang berbunga di pelbagai sudut taman botani ini seperti garlic vine, air mata pengantin, bauhinia kockiana dan lain-lain.
     Semasa nak balik ke guest house, mungkin rezeki kami nak merasa naik beca berkuasa dynamo di Bangladesh ni, van terkunci pula dari dalam kuncinya tertinggal. Harga naik beca ini pun terlalu murah berpuluh kali ganda beza dari harga naik beca di Melaka. Harga sebungkus saiz kecil roti gardenia kat tempat kita pun tak sampai (sayu gak rasa). Bergoyang-goyang jugalah rasa macam nak menari Bollywood pula takut terbolos jatuh ke bawah hehehe....sudahlah naik dua orang di belakang dah lebih 100 kilogram.
     Makan malam tukang masak di guest house sediakan semuanya masakan original Bangladesh. Tukang Kebun perasan yang daging ayam mereka masak berbeza dari ayam daging beli kat supermarket. Jenis ayam mereka gunakan memang tak pakai suntik hormon bentuk rangka pun ayam kampung yang masih muda. Rata-rata makanan mereka memang akan jenis berempah. Pekerja-pekerja di guest house semuanya orang lelaki, dari memasak, dari yang housekeeping dan melayan hidang makanan. 

16 ulasan:

  1. Wow TK sampai ke bangladesh ya..merata dah pergi..mesti byk pengalaman yg menarik kan :)

    Saya pn suka juga tgk bunga teratai dlm kolam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Betul juga pepatah jauh perjalanan luas pengalaman...hehehe... Seronok tengok pelbagai budaya di tempat orang. Bunga Teratai kembang mesti buat rasa tertarik.

      Padam
  2. Aku penasaran nih ingin lihat aksi tukang kebun menari Bollywood ..., hahaha.
    Pasti seru ya setelah lihat-lihat koleksi tanaman, dilengkapi acara dancing bersama ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Pak Himawan,

      Kena buat video nanti menari Bollywood. Mau berlatih dulu ni.

      Padam
  3. sedap tak masakan bangladesh? i ada uncle yg kwen ngn my aunt, he is bangladesh la..dia pernah masak masakkan diorg..sedap juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Sedap juga makanan sana rasa macam tambah 1 kilogram setiap hari banyak makan berselera.

      Padam
  4. Baguslah ada taman botanical ni tak pupus pokok pokok yang ada. retro sangat tempat ni masih belum banyak pembangunan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Memang bangunan lama2 dalam Bangladesh Agriculture University ni macam zaman Kak belum Lahir lagi struktur dan decorations dalam bangunan.

      Padam
  5. Balasan
    1. Salam Bahagia Warisan Petani,

      Syukur Alhamdulillah diberikan rezeki sampai ke Bangladesh perhati suasana dengan kaca mata sendiri.

      Padam
  6. suka tengok bunga teratai..ada pula katak melompat..flora & fauna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Laman idaman ada kolam penuh dengan Bunga Teratai

      Padam
  7. Nice place ada teratai pond lagi.
    Pengalaman yang berharga dapat melihat keadaan kehidupan di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Syukur Alhamdulillah dikurniakan rezeki melihat dengan kaca mata sendiri suasana kehidupan di Bangladesh.

      Padam
  8. Macam suasana di India pulak ye, sebab di sana susah nak nampak pekerja wanita. Misalnya di Pahalgam, semua pekerja hotel dari tukang masak sehinggalah kemas bilik, semua lelaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Betul rata-rata payah nak jumpa pekerja wanita. Cuma di Airport ada nampak Tukang pembersih wanita dan di Aarong ada salesperson wanita. Kemungkinan supaya dapat kaburkan sedikit masalah mereka dengan orang luar mengenai bias lelaki dan wanita dalam sektor pekerjaan sana.

      Padam