Halaman

Isnin, 14 Disember 2020

Reptiles Watching Bilit Kinabatangan

Ini entry akhir untuk pengalaman hendap hidupan liar semasa berada di Bilit, Kinabatangan pada tahun 2018 dan menginap di Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit (Posting Berkaitan - Klik Sini). Minggu lepas pengalaman hendap hidupan liar mammalia (Posting Berkaitan - Klik Sini). Hari ini curi masa nak kongsi hendapan hidupan liar reptilia pula sambil naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan. Gambar pertama tu kasi tunjuk ekor sahaja dulu risau nanti ada yang terkejut pula. 

Warning : Mungkin ada yang geli tengok hidupan berdarah sejuk bila scroll di bawah ya.
Kali ini terdapat 2 jenis ular yang dapat diperhatikan. Ular biasanya kalau dah makan, kenyang beberapa hari tak bergerak dari spot dia rasa selesa. Esok pun mungkin dia masih berada di situ. Jenis ular yang di atas ini boleh nampak jelas besar dan bergulung panjang ni. Tukang Kebun lupa dah nama umum jenis ular ini.
Ular hitam berjalur kuning besar dan panjang ini memang bukan pertama kali Tukang Kebun nampak di Sungai Kinabatangan. Cuma kali ini sudahlah bot tu berhenti betul-betul bawah ranting pokok yang ular tu berada. Kemudian ular ni tak duduk diam tiba-tiba mula memanjang buka lingkaran dia dan aktif bergerak seperti nak ke tempat lain. Tersangatlah suspense jangan ular ini jatuh ke bawah betul-betul landing atas bot sudah, memang terus di pangkuan Tukang Kebun nanti.
Yang species reptilia ni pun cekap panjat pokok juga dengan laju. Yang ni cukup tak suka bila masuk kebun dulu habis telur ayam dimakannya begitu juga berapa kali ibu ayam menangis sebab anaknya ada yang jadi mangsa biawak. Kalau angsa-angsa riuh kat belakang, biasanya angsa panggil Tukang Kebun dulu bagitau ada biawak dalam kebun.
Kawasan Bilit Kinabatangan ini memang tempat buaya melepak dan berdating. Buaya yang berlainan warna kulit ini , buaya jantan dan buaya betina sedang berdating.
Berdebar-debar juga tengok buaya ini bersebelahan dengan bot kita naik. Mana taknya panjang buaya ni pun lebih dari panjang bot. Tapi nampak dah macam biasa je buaya jantan tengok telatah pelancong-pelancong kacau waktu dia tengah mengorat buaya betina. Buaya jantan ni tak kisah kongsi cara mengorat buaya betina.
Kekadang sedang menyusuri Sungai Kinabatangan ini nampak juga kelibat buaya yang remaja walaupun panjang pun ada 2 meter. Kalau gambar pertama atas yang tunjuk ekor tu lagi yang kira usia toddler lah masih muda suka kekadang main di tebing sungai ada je terserempak kadang-kadang.
Nasib baik masa kami pergi Bilit, Kinabatangan ini sebelum video viral keluar tunjuk video yang drone ambil dari atas ada kawasan di Bilit lagilah penuh satu aliran cabang sungai dengan buaya. Macam diorang buat pesta berkumpul membolehkan si Kancil naik atas konon mengira bilangan mereka tapi kena tertipu dengan si Kancil yang ingin menyeberang sungai. Siapa ingat kisah rakyat tu. Kalau guide kami masa bot trip ni cerita masa zaman kanak-kanak di Kampung Bilit dia membesar kekadang lepas balik sekolah sebab lama nak tunggu bot untuk melintas sungai balik rumah, dia berenang je. Tapi kena libaslah dengan parents lepas tu sebab habis basah pakaian seragam sekolah. Cuma sekarang dia dah tak berani lagi nak seberang berenang macam dulu, katanya bilangan buaya yang nampak di Bilit tak seperti sekarang.
Siapa ada teropong besar boleh zoom jauh bolehlah lihat pelbagai jenis burung yang jarang-jarang jumpa. Burung pun termasuk dalam kumpulan reptilia berdarah sejuk juga dan binatang bertelur.
Jenis burung raja udang ini kecil sahaja saiz dia, tapi ibarat artis atas pentas. Semua pelancong-pelancong berpusu-pusu nak ambil gambar si kecil cantik ni. Layan sahaja lah agaknya dalam isi hati kingfisher ini sambil tenung ke camera. Terdapat beberapa jenis species burung raja udang, yang di atas ini antara jenis burung raja udang yang kecil saiznya.
Terdapat pelbagai species burung helang hidup berdekatan Sungai Kinabatangan ini. Ular pun jadi mangsa dalam pyramid makanan. Burung helang ni berada di atas tangga hierachy tinggi dari si ular.
Ada satu aliran cabang Sungai Kinabatangan di kawasan bilit yang jenis pokoknya amat menarik yang akarnya telah adaptasi dengan keadaan persekitaran. Biasanya pokok hutan kayu bakau akarnya terangkat dari air kita boleh lihat satu persatu akar yang timbul tu dan tak seberapa berselirat seperti jenis pokok dalam gambar di atas. Deretan jenis pokok-pokok ini terkenang pula macam sesuai jadi karakter seperti dalam kisah dongeng atau wayang Lord of the Ring. Akarnya berselirat membuatkan pokok-pokok ni pakai skirt jenis kembang pula.
Pelangi timbul atas awan besar di Sungai Kinabatangan juga satu fenomena yang boleh dinikmati di Sungai Kinabatangan sambil mencari burung-burung berterbangan. Selain dari kita tengok apa ada timbul atas air, duduk di tepi tebing sungai atau atas pokok, pemandangan langit di Kinabatangan juga indah seperti yang dikongsikan dalam Posting Berkaitan lepas - Klik Sini
 

27 ulasan:

  1. allahu, kalau kak ana ni dah mengucap istighfar banyak2 dah TK nampak ekor sang buaya dah takut dah ni boleh pula lalu tepi bot TK , berani sungguh naa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Ana,

      Kalau nampak ekor atau yang kecik2 takpe. Kalau dah besar dari bot terapung di sebelah memang seram sejuk.

      Padam
  2. Kadang-kadang rasa seram berada di kawasan habitat hidupan liar. Itulah gunanya ada pemandu yang menemani kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Benar itu perlu ada guide yang lebih berpengetahuan bersama-sama dengan tempat kita tak biasa.

      Padam
  3. Fuh, seram juga naik bot betul2 sebelah buaya tu ha huhu

    BalasPadam
  4. Memang seram kalau nampak buaya kat sungai macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Pak Warisan Petani,

      Seram sejuk tengok yang jenis gergasi saiz ni. Tak berani nak hulur tangan main air.

      Padam
  5. waa, kalau nak tgk buaya berdating boleh ke tempat tu ! confirm tak bahaya sbb buaya tgk mood baik eheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Macam tak peduli je buaya-buaya ni dah biasa kut mingle dengan orang...hehehe...

      Padam
  6. bila lihat ular itu berasa nak pukul saja, soalnya hewan berbahaya, hehe

    lebih baik lihat burung berkicau bisa buat hati tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Mas Intan Sudibjo,

      Benar dengar kicauan burung amat tenang rasa.

      Padam
  7. Seramnya dari ular sampai ke buaya semuanya menakutkan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Saniah Ibrahim,

      Nasib duduk dalam kenderaan boleh bergerak laju dari kaki kita nak untuk lihat hidupan liar ini.

      Padam
  8. Saya seram tengok ular atas pokok dan buaya. Ular hitam belang kuning tu, berbisa, saya tengok di discovery channel. Ye la, pokok-pokok tu cantik, nampak akar macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

      Ya bikin seram juga sebab Ular kuning ni memang berbisa.

      Padam
  9. Wah, bestnya, suka tengok foto-fotonya. terasa damai sangat, dekat dengsn jiwa nature saya... Cuma bila tengok buaya tu cuak juga kalau terlalu hampir.. maklumlah haiwan liar hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Ustaz Abuikhwan,

      Tak sangka juga buaya ni berapa jarak je dekat. Nasib tak mengganas, Boleh hidup sesama haiwan lain.Mungkin makanan mereka cukup di sana.

      Padam
  10. Seronok dapat tengok dekat dekat tapi seram juga tu kalau ular jatuh ke buaya terkam tetiba. Macam tak berani pulak. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Berdebar-debar rasa dan seram sejuk. Tapi pengalaman yang berharga dapat tengok hidupan liar live ni.

      Padam
  11. Takutnya kalau ular tu jatuh atas pokok huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Puan Hazel,

      Kalau kita fikir logik manusia dan Ular kedua-duanya takut juga. Reflex.

      Padam
  12. Wow aktiviti yg bagus. Tapi mama takut nak jumpa haiwan liar. Kalau do zoo atau taman haiwan boleh la

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia Sis Mamapp,

    Anak-anak seronok tengok hidupan liar ambil pengalaman.

    BalasPadam
  14. Allaaahh seram tgk ularnya kak..aduhaiii ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Shida,

      Kalau duduk diam melingkar OK lagi. Tapi kalau yang gerak tu rasa seram.

      Padam