~Benih Organik Herba Chervil~
Daun herba chervil popular digunakan dalam masakan French untuk menambahkan perasa dalam sup. Herba chervil juga banyak digunakan ketika memasak ikan. Walaupun ianya lebih terkenal di Eropah, chervil berasal dari kawasan Asia. Chervil adalah saudara kepada parsley dan juga dikenali sebagai "gourment parsley". Chervil biasanya juga digabungkan bersama herba thyme dan tarragon dalam masakan. Boleh masak chervil bersama telur dadar.
Chervil lebih selesa tumbuh di kawasan yang menerima separa cahaya matahari dan bukan sepenuhnya terkena matahari pada waktu siang. Boleh tanam herba chervil bersama pokok-pokok yang lain untuk nampak menarik dan mengurangkan serangan serangga perosak kepada pokok sekelilingnya.
Chervil mempunyai bunga yang berwarna putih.
Ada Stok (4 Sold).
RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Biji benih herba chervil dikumpul di kebun kami sendiri.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Bayaran melalui bank deposit ke RHB bank.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
Hope you don't mind me putting a link to your blog in this article about your chervil seeds. The seeds are super - they are growing fast!
BalasPadamTerima kasih Sean. Those chervil seedlings are very lucky to have a nice view of KL up there on your balcony garden.
BalasPadammasih ada stok? saya nak ini 1 pek. tq :)
BalasPadamWani SC~ Masih ada stok.
BalasPadamHi Diana, kaedah tanam mcm mana? tabur atau letak dlm tanah? Cadang nak letak bawah capsicum..
BalasPadamKawasan lembah Klang now raining almost everyday kan Lynn? Maybe better tanam dalam tanah but not too deep, about 0.5~1cm deep. Takut hanyut dibawa hujan kalau tabur.
BalasPadamAde stok lg? Sy nk 1 pek
BalasPadamMasih ada stoknya lagi Emy Dee.
BalasPadam