Halaman

Isnin, 16 April 2012

Kohlrabi Purple Vienna


~Kohlrabi Purple Vienna~

Tahukan anda bahawa kohlrabi sebenarnya antara saudara si kubis. Tetapi berlainan dengan kubis yang dimakan adalah daunnya, bahagian yang dinikmati pada kohlrabi adalah batang bahagian bawahnya yang membesar bulat seperti buah. Supaya batang kohlrabi tumbuh membulat dengan cantik ia perlu ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari. Sekiranya kurang cahaya matahari batangnya akan memanjang dan tidak membentuk bulat dengan sempurna. Kohlrabi adalah mudah lagi dijaga berbanding dengan kubis. Kulit kohlrabi ini adalah ungu dan isinya berwarna putih. Isinya boleh dimakan begitu sahaja tanpa memasak. Buah kohlrabi yang dipetik masa kecil adalah lebih manis berbanding yang besar. Boleh ditanam di dalam pasu.

RM3.00 satu pek (100 biji benih).

Pesanan untuk biji benih kolhrabi boleh melalui (kebunkmg@gmail.com).

3 ulasan:

  1. hai diana

    kholrabi dengan fennel sama ke?

    BalasPadam
  2. Berlainan.

    Kohlrabi adik beradik dengan keluarga kubis.

    Florence fennel/ fennal adik beradik dengan carrot

    Link florence fennel:
    http://kebunmalaykadazangirls.blogspot.com.au/2011/11/growing-finocchio-in-container.html

    Nak cuba?
    Nanti Diana selitkan benih sikit.

    BalasPadam
  3. ada lg ke?
    boleh simpankan satu
    tq

    BalasPadam