Halaman

Rabu, 16 Mei 2012

Heirloom Giant Russian Sunflower

"Giant Russian" sunflower adalah jenis bunga matahari yang ketiga kami telah tanam dari mula berjinak ke alam gardening. Benih bunga yang kami perolehi ini adalah benih lama yang dituai pada tahun 2004 untuk projek sekolah mengumpul sumbangan derma duit dengan menghadiahkan benih bunga matahari. Saya jumpa benih ini tahun lalu di dalam mesyuarat komuniti tempatan kumpulan seed-saver di tempat saya dalam kotak khas benih-benih lama yang tak habis pekebun lain ambil. Kesian pula tengok benih ni jadi saya pun ambil dan simpan untuk tanam dan cuma ada 6 biji benih yang tinggal dalam plastik. Lepas semai 6 benih lama ni, nasib baik 2 benih bercambah dan tumbuh tanpa masalah walaupun cuaca tak menentu. Bila pokok bunga matahari ni sudah meninggi dan berkembang, kerana kepalanya dah berat dan besar semasa suhu cecah 40 degree Celsius, 60 darjah jugalah sujud ke arah tanah tapi gagah hidup juga sampai berjaya kumpul benihnya. 
~Heirloom "Giant Russian" sunflower~
Tumbuh melebihi ketinggian 2 meter.
Satu pokok bagi satu bunga dengan diameter lebih 30cm jika cukup keperluan baja dan airnya.
Perlu juga bagi jarak antara bunga untuk dapatkan bunga yang besar.
Biji benih boleh dimakan.
Kalau nak kumpul benihnya berhati-hati dengan burung yang juga suka ambil kesempatan.
Lebah suka dengan bunga ini.
Jika berminat untuk kumpul benih bunga matahari, pastikan tiada jenis bunga matahari yang lain kembang pada waktu yang sama kerana ianya senang untuk cross-pollinate. Tukang kebun selalunya setiap musim panas ada barisan bunga-bunga matahari beberapa lokasi di kebun untuk cuci mata tapi tahun ni terpaksa bersabar menunggu 2 pokok "Giant Russian" sunflower ini habis kitaran hidupnya untuk dapatkan benih yang pure.


Ada Stok.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).
Benih segar organik baru dituai dari kebun kami pada Mac 2012.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui CIMB atau RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
Email: kebunkmg@gmail.com


21 ulasan:

  1. Adoi. Menggugat iman sungguh. Boleh kah simpankan satu pek untuk saya, saya nak kumpulkan order dulu? :-)

    BalasPadam
  2. Boleh Mama Pongkey, Mama Jack reservedkan satu.

    BalasPadam
  3. Yeay! Terima kasih Mama Jack. Pongkey kirim salam pada Jack. ;-)

    BalasPadam
  4. wah! bestnya... besar betul bunganya... ada sebesar pinggan tak saiz bunga tu?

    BalasPadam
  5. Baguznet~Cukup baja dan ada ruang membesar, boleh besar dari pinggan. Kalau lebah pollinate betul bunganya, bolehlah enjoy macam kuaci.

    BalasPadam
  6. teringin nak tanam radish, tapi tak tau nak masak macam mana.

    BalasPadam
  7. Mat Jon~ Suami saya masak radish dalam sup dan tom yum. Orang putih pula suka campur dengan salad.

    BalasPadam
  8. Hi Diana, i received yr seeds yesterday, tq very much! Nak tanya, sunflower seed tu kena rendam semlm dulu ker? How abt yg lain2?

    BalasPadam
  9. Lynnhelite~ Saya tak pernah rendam biji benih. Selalunya saya tanam je terus benih pastu siram. Tapi masing-masing ada style tanamnya. Saya ni gardener malas sket...hehehe...

    BalasPadam
  10. ha ha..tks! kita serupa lar.. i tak rajin mana pun

    BalasPadam
  11. sunflower br tumbuh semlm.tanam pd hari Isnin, quite fast. can i ask, how to know brapa besar pokok cili boleh di pindahkan ke tanah? bolehkah cili dan tomato di selangselikan?

    BalasPadam
  12. Lynnhelite~transplanting cili tu kalau dah ada more than 5 leaves should be fine nak pindahkan ke tanah. Cuma bila baru pindah tu nak kena pastikan tanah moist sampai dia dah selesa kat tempat tu and nampak fresh balik. Pokok cili dan tomato boleh selang-seli but depending on the location you nak dia grow. kalau pokok cili dan tomato tu bila membesar sama tinggi ok kut cos it won't over-shadow each other in full sun or partial shade. But if you are growing them in partial shade yang pendek must be in front facing the sun while yang tinggi dekat belakang.

    BalasPadam
  13. Hi Diana, sunflower tu memang cantik sgt, cuma x tau bila masa yg sesuai nak simpan benihnya?

    BalasPadam
  14. Lynn tunggu bunganya kering betul is the best. Belakang bunga tu pun kalau dah yellow brownish and rasa keras not soft anymore.
    Macam the 2nd last photo in this link where I have cut the spent dried bloom.
    http://kebunmalaykadazangirls.blogspot.com.au/2011/01/evening-sun-sunflower-life-cycle-seed.html

    BalasPadam
  15. Zamzurina~Ok yang ni ada stok 2 pek.

    BalasPadam
  16. Ada stok benih giant sunflower lagi tak

    BalasPadam
  17. Salam Bahagia Emmatam & MummyAURA,

    Benih sunflower yang ni tiada fresh stock sekarang.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum..ade lg benih sunflower nie? Or mana2 benih sunflower yg lain? ^_^

    -IZA-

    BalasPadam
  19. Assalam. Ada lagi ke benih sunflower ni?.

    BalasPadam