Bau bunga sweet pea sangat harum dan benih yang dikumpul adalah 2 warna jenis bunga iaitu merah dan ungu gelap. Ini adalah jenis bunga sweet pea yang memanjat dan boleh memanjat dengan ketinggian sekurang-kurangnya 2 meter. Selalunya ianya akan berbunga dari bahagian atas dan kemudian ke bawah. Pokok sweet pea memberi bunga yang lebat tapi mesti rajin trim bunga yang dah mati dan elakkannya berbuah sebab akan mengurangkan produksi bunga dan panjang hayat pokok. Kacang atau bijinya tidak boleh dimakan. Potongan bunga sweet pea sangat cantk menghiasi rumah dan juga memberi bau yang harum.
Tukang-tukang kebun sudah testing percambahan benih bunga sweet pea organik batch ini di kebun Sungai Buloh dan dapati percambahannya elok. Komen tukang-tukang kebun ialah tumbuh dengan baik pokoknya tapi tak suka bila musim panas dan kering sebab pertumbuhannya jadi terberhenti dan pokoknya nampak sedih sikit. Pendapat tukang kebun kena cari masa yang sesuai untuk tanam bunga sweet pea ini di Malaysia hendaklah musim selain dari musim panas dan kering serta perlu beri perhatian dan penjagaan rapi pokok bunga sweet pea bila musim panas dan kering.
Tips untuk penanaman pokok bunga sweet pea (dari pengalaman tukang kebun, but saya mungkin silap):
~Direct-sow biji benih sweet pea di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah pagi (sebab masa ni sinaran matahari tidak terik).
~Elakkan menanam sweet pea dekat dinding rumah atau pagar rumah (bahan yang menyerap haba) sebab dinding serap cahaya akan memberi pantulan haba kepada pokok.
~Elakkan penggunaan baja yang mempunyai kandungan nitrogen tinggi seperti tahi ayam sebab sweet pea adalah tergolong dalam keluarga kekacang mampu fix nitrogen kembali ke dalam tanah. Kalau diberi baja kandungan nitrogen tinggi dikhuatiri akan banayak daun je tapi tak berbunga sangat.
~untuk bunganya berkembang masa cuaca panas ialah renjis atau spray gently dekat putik (bud) bunga untuk rangsangkan putik bunganya berkembang.
Untuk pekebun yang teringin nak cuba tanam bunga ini dan up for the challenge :
~Benih Bunga Organik OP Climbing Sweet Pea (anggaran 15 seeds satu pek)~
Sold Out (6 sold/reserved).
RM3.00- satu pek (~15biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank deposit ke bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).
nampak menarik juga jika ditanam menjadi penghias pintu gerbang jika di rumah ada pintu gerbang. Gerbang sentiasa nampak segar dgn bunga hidup dan berbau harum. Bagus idea gambar yg dipaparkan
BalasPadamcantiknya tetapi tak berani mencuba tanam kt Msia buat masa ini kerana cuaca sangat kering dan panas.nak lihat Tukang kebun sungai Buluh dulu tanam ya...
BalasPadamIni blog Cucu Cm http://aqeelzulqarnain.tumblr.com/...sila lah visit aqeel ya..dan tolong doakan jugak.
ok..akak book...
BalasPadamKalau ikut nafsu, nak je beli Tapi banyak lagi benih yang menunggu giliran nak masuk pot. Bunga ni sangat cantik..
BalasPadamLynn mesti la nak... benda2 baru mesti kena cuba..dah email dah ya. tks!
BalasPadamBlh x klu sy nak book, tp xpyah pos dulu.. Nk gather dulu beberapa benih lain kalau ada.. Tp mungkin ambil masa.. Boleh simpan lama tak benih tu?
BalasPadamBaguznet~Gerbang kami tu dipanggil gerbang doraemon...hehehe...
BalasPadamMakcikmanggis~ Cuaca kat lembah Klang memang panas sangat sekarang. Tukang-tukang kebun kat Sungai Buloh asyik merungut sahaja, bila skype dengan Ilhan pun tengok malam-malam pun pakai singlet je tido.
Dah visit Aqeel tadi dan doakan Aqeel dapat keluar ICU secepat mungkin. Harap tambah beratnya dengan baik.
Aqeel dan baby dalam tummy Diana lebih kurang sebaya. Diana tak pasti lagi girl atau boy tapi tengok perut macam boy je ikut abang-abangnya tajam sangat ke depan.
Suka-suka~ Ok Kak dah reserved.
Nudabuffy~Samalah juga saya. Banyak benih baru nak kena tanam tapi kena sabar sebab cuaca sini sejuk.
Lynn~OK thanks...hehehe...banyak lagi space dekat rumah you.
Dira~Boleh reserved. Tapi bergantung berapa lama nak simpan;-). Saya kadang-kadang tak sempat nak update blog. Jadi boleh hantar email ke tukang kebun untuk stok benih list yang the latest.
Saya nak juga 1 pack, eh ada lagi ke? :-)
BalasPadamMama Pongkey~ Lucky dapat the last one.
BalasPadamLynn kiasu..simpan dlm fridge almost 3 weeks! (Yg sebenarnya terrrlupa).. tanam 10 biji, smlm tengok dah ada 5 pokok tumbuh, very excited!
BalasPadamLynn~Very exciting! Nanti bolehlah tunjuk progressnya.
BalasPadambunga yg ni tak ofer lagi ke?
BalasPadamAda tinggal one pek lagi dear.
BalasPadamyeah...bungkus 1 pek puan...
BalasPadamNo problem Ivy.
BalasPadamnak 10peket jika ada lg benih sengkuangnyaaaa.
PadamAda lagi 10 pack biji benih sengkuang.
BalasPadamsweet pea ni teda sudah kana offer? yang saya beli hari tu 1 pun tidak menjadi lah...mungkin semut angkat tu...bila korek balik semaian teda sudah :(...
BalasPadamIvy~ Ada tapi ndak banyak.
BalasPadamSalam.masihkah ada jualan benih? 0184086460
BalasPadam