Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

Carnation Chabaud Mix (Dianthus caryophyllus)

carnation (2)
Carnation adalah bunga yang mudah untuk dijaga dan ianya mempunyai musim berbunga yang lama. Kalau selalu potong bunga yang sudah layu lagi rajin ianya berbunga. Carnation adalah bunga yang ‘perennial’ hidup bertahun-tahun. Pokok-pokok bunga carnation chabaud kami sudah berusia lebih dari 3 tahun dan telah menempuhi pelbagai cuaca dengan tiada penjagaan rapi masih tumbuh dengan bahagia. Setelah pokoknya dewasa, cuaca panas lebih 40 degree Celsius dan kering pun masih tumbuh gagah lagi. Ianya seakan berbunga sepanjang tahun cuma tidak beberapa gemar musim sejuk walaupun kita ingat dia suka iklim sejuk dingin tapi pokok carnation sensitif dengan cuaca sejuk terutama sekiranya ada ‘frost’.  Dari pengalaman, pokok Carnation tidak beberapa gemar pada tanah yang terlampau berpasir sebab ianya perlukan tanah yang tidak beberapa kering atau tidak beberapa basah untuk tumbuh dengan baik.
Anak pokok carnation membesar tumbuh dari biji benih.
carnation (5)

Carnation sukakan tanah yang neutral ke beralkali (alkaline) rendah. Keperluan airnya adalah sederhana, tidak suka air bertakung atau akarnya berada di tanah yang sangat basah pada masa lama. Elok tanam carnation di lokasi yang menerima matahari pada waktu pagi sahaja untuk memberi kualiti kuntuman bunga yang mekar baik. Carnation sukakan matahari. Sekiranya ditanam di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari tidak memberi banyak kuntuman bunga. Pokok carnation kadang-kadang boleh tumbuh dengan ketinggian 50cm dan elok juga memberikan sokongan untuknya. Pokok carnation boleh tumbuh baik dalam pasu.
DSC00025

Disyorkan menyemai biji benih carnation chabaud bukan pada musim panas dan kering untuk percambahan yang baik. Carnation yang tumbuh dari semaian biji benih memerlukan masa antara 24-32 minggu untuk berbunga dan bergantung kepada keadaan cuaca. Bunga carnation chabaud ada yang single petal atau multiple petal. Warna kebiasaannya adalah merah jambu, merah dan putih tapi ada juga sekiranya bernasib baik berwarna kuning.
DSC00040

~Benih Bunga Organik Carnation ‘Chabaud’ Mix (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 25biji satu pek).
Stok offer tutup (All Reserved).
Benih carnation chabaud segar tuaian dalam bulan June 2012.
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

23 ulasan:

  1. Saya nak tambah order carnation 1 pek
    horn melon 1 pek
    cabbage 1 pek

    BalasPadam
  2. Mama Pongkey, Mat Jon~ Dah masuk nota.

    Nitesky~ Saya dah reserved carnation. Tapi horn melon dan cabbage 'Verona Purple savoy' kesemuanya sudah kena booking.

    BalasPadam
  3. reserve untuk saya 1 pek, boleh? masih round-round cari benih lain ni, banyak yang cantik-cantik! :D

    BalasPadam
  4. salam diana. ada lagi tak benih carnation tu? kalau masih ada, saya book 1 pek ye.

    BalasPadam
  5. Dah cop 1 pek each untuk Wani dan hijaudaun.

    BalasPadam
  6. hi, nk reserve 1 pek bleh lg ke? sue - email : atie_violet85@yahoo.com

    BalasPadam
  7. Sue~ Tukang kebun tak pasti bila dapat tuai benih ini lagi. kalau ada nanti saya email.

    BalasPadam
  8. saya pon nk reserve jugak 1 pack

    BalasPadam
  9. Tukang kebun tak pasti bila ada lagi, kalau ada nanti tukang kebun reservekan ya.

    BalasPadam
  10. ade stok lagi x?

    BalasPadam
  11. kenapa bunga carnation saya mati?

    BalasPadam
  12. Erk sukar nak kata sebab tiada symptom ditulis dan photonya.

    BalasPadam
  13. ada lagi ke stok carnation ni? saya berminat semua jenis warna dan single and multiple petal.

    BalasPadam
  14. Ada stok lagi tak? saya berminat semua jenis carnation..

    BalasPadam
  15. Sorry Sis Farah at the moment tiada stok.

    BalasPadam
  16. bunga carnation nie bleh hidup kat tempat sejuk je. tempat korang sejuk ke?

    BalasPadam
  17. saya beli carnation yg sedang berbunga. tp makin layu dan daun mula kekuningan. x fhm perlu buat apa. sy baca blog2 kebanyakannya tulis mudah jaga. rutin harian, basahkan tanah bila kering. cuaca x terlalu panas, x terlalu sejuk. apa perlu saya buat? huhu

    BalasPadam
  18. Salam Bahagia.

    Lepas pindahkan ke pasu lain ke makin layu (transplant shock).

    BalasPadam
    Balasan
    1. X pindahkan pon. Lepas tu sy letak dilute fertilizer, ok sekejap. Saya keluar rmh dua hari je, poko

      Padam