Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Promosi White Icicle Radish


 Nostalgik pula tukang kebun rasa bila tengok gambar-gambar ini yang diambil pada June 2009. Kami baru je sebulan-dua mula menjejak kaki ke alam 'gardening'. Baru je nak belajar berkebun waktu itu, pengalaman pun tak ada sangat. Masa mula berkebun ni Rayyan masih dalam perut, Ilhan pula baru masuk 2 tahun. Teringat sayur awal-awal yang ditanam adalah anak pokok kailan, kubis, brokoli dan cauliflower yang ditanam. Tiada pun masa tu perancangan nak mula berkebun, tapi kebetulan masa kami saja singgah ke kedai hardware Bunnings yang ada juga nursery untuk lapangkan fikiran tiba-tiba out of curiosity saya teringin pula cuba, lagipun sepupu saya yang tolong jaga Ilhan supaya saya dapat ke sekolah bosan tiada benda nak buat sangat di rumah. Ketika itu, kami sedang susah hati nak buat keputusan samaada saya nak teruskan mengandung atau gugurkan kandungan sebab kami baru menerima berita jantung Rayyan dalam umur 21 minggu pregnancy dah nampak very severe, lepas bersalin ada kemungkinan nak kena terus buat pembedahan jadi doktor suruh fikir dulu. Saya pasrah dengan takdir apa yang jadi nanti tengoklah macam mana, kusut juga fikiran dengan kewangan pembiayaan kos pembedahan Rayyan dan bagaimana saya nak cope dengan study sebab saya baru mula dan tak dapat pengesahan sebagai PhD student lagi dalam trial period (baru 6 bulan mula belajar). 
 Anak-anak pokok sayur yang kami beli masa tu cuma kailan sahaja yang menjadi, tak sabar-sabarlah kononnya nak rasa makan sayur organik tanam sendiri. Adalah 8 pokok kailan kut dah besar. Hairan saya terus habis begitu sahaja, bila tanya sepupu saya, dia kata Ilhan habiskan semua dengan gelojohnya. Terkejutlah kami sebab Ilhan fussy eater bab sayur ni. Terhibur hati tukang kebun bila tengok Ilhan senang makan sayur. Mula dari itu, saya teruja nak tanam sayur-sayuran sendiri supaya anak-anak tak terdedah  dengan semburan kimia macam dekat kedai. Ilhan pun terima apa sahaja jenis sayur yang kami tanam sendiri. Saya mula-mula semai biji benih pun tak pandai tiada keyakinan. Tapi sepupu saya sebab asal dari keluarga yang bertani brainwash saya katanya lebih baik kita beli biji benih dari anak pokok lagi jimat.    Harga satu anak pokok sayur pun dah lagi mahal dari beli satu pek biji benih. Lagipun sepupu saya kata dari dia bosan melanguk cabut weed atau potong rumput baik tanam sesuatu yang berfaedah dia boleh jaga. Jadi lepas sekolah saya singgah belikan biji benih untuk sepupu saya dan dari memori 3 jenis biji benih yang pertama dalam hidup saya beli ialah cauliflower (all year round), Italian sprouting broccoli dan Radish 'White Icicle'. Biji benih Italian sprouting broccoli sampai sekarang tak habis lagi dipakai sebab 4 pokok pun dah mencukupi untuk bekalan setiap tahun. Awal-awal sepupu saya yang menyemai benih, sebab saya tak pandai. Bila tengok benih bercambah dan anak pokok membesar seronoknya sangat. Lepas tu barulah saya pun cuba-cuba semai biji benih juga. Sebelum itu, saya rasa tangan saya ni tak sejuk atau pun bukan green thumb. Sekarang, saya percaya semua orang boleh berkebun. Bayangkan saya pun 3 tahun dahulu tak pandai bercucuk tanam. Tumbuh-tumbuhan macam manusia juga, lain-lain sifat dan keperluan. Cuma kita nak kenal je apa kesukaannya dan yang tak digemarnya.
  Saya rasa bercucuk tanam di iklim tropika sungguh untung, sepanjang tahun boleh tanam macam-macam. Musim panas pun boleh menanam juga. Mungkin dulu saya juga ada fikiran negatif musim panas susah nak menanam. Tapi setiap kali musim panas dan kering dah banyak kali heat wave dan suhu 40 degree Celsius kami rasa tak mustahil nak berkebun ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Saya suka galakkan ramai orang tanam sayur sendiri, walaupun ruang tak banyak tapi masih boleh lagi berkebun sama ada duduk di pangsapuri atau terrace house. When there is a will, there is a way. Kawasan belakang rumah kami pun tak luas, size 2 parking kereta. Pastu kami pun menyewa jadi tak bolehlah buat sesuka hati tanpa kebenaran. Disebabkan itu, kami terpaksa menjadikan kawasan belakang rumah kami ala-ala container garden. Cuba tengok gambar di atas, masa tu belum ada satu pun polystyrene container kami pakai lagi. Baru nak belajar, pakai recycle bekas susu dan minuman lain je untuk menjimat kos. Dekat sini lepas baby umur setahun tak perlu bagi susu formula lagi, bagi susu fresh full cream milk. Jadi setiap 2 hari kena pergi beli susu 3 liter untuk Ilhan, cepat je terkumpul bekas susu untuk recycle. Bekas-bekas susu tu kami tanam radish 'white icicle'. Ehem bukan saya semai, sepupu saya dengan Ilhan punya projek ketika saya di sekolah buat hiburan mereka. Tukang kebun nak galakkan rakan-rakan bercucuk tanam jadi kami buat promosi untuk biji benih radish 'White Icicle'. Radish adalah antara sayur yang mudah untuk beginner cuba lagipun masa pertumbuhannya cepat dan boleh dituai dalam 4~6minggu lepas semai biji benih. Kami faham perasaan gardener yang baru mula projek berkebun mestilah tak sabar menunggu hasil. Sementara tunggu sayur lain membesar, bolehlah enjoy makan radish dulu ya.
Radish 'White Icicle' akarnya bentuk panjang berwarna putih lebih kurang 15cm. Rupanya agak sama dengan daikon (Japanese radish) cuma ianya lebih kecil dari daikon jadi boleh juga tanam dalam container. Kalau bekas pendek sangat, nanti radish tu terkeluar ke atas macam dalam gambar radish yang kami tanam dalam bekas. Kalau tanam dalam bekas nak kena rajin siram sebab tanah cepat kering dalam bekas berbanding tanam di atas batas.


~ Biji Benih White Icicle Radish~
RM1.00 satu pek (~anggaran 50biji satu pek).

13 ulasan:

  1. saya la pekebun beginner tu hehe, nak dua pek ya terima kasih..

    BalasPadam
  2. eh eh ni Ilhan ya..agak berisi badannya ya...Oh begitu ceritanya.

    Rupanya sejak awal lagi Diana dah tahu Rayyan ada masalah jantung...Betul tu dengan berserah semata mata kepada yang Maha Esa..pasti akan ada jalan dan di permudahkannya.Alhamdulillah Rayyan pun dah kembali sihat...

    Cm doakan agar Diana akan lahirkan baby girl yang sihat lagi comel.insyallah dan yang penting sekali Diana pun sihat juga ya.

    Rumah baru Cm pun tiada banyak tanah untuk bercucuk tanam sebab rumah teres saja.tetapi bila baca tulisan Diana ni bersemangat balik nak berkebu di tanah yang sekanggkang kera tu.Insyallah ada 2 tahu lagi sebelum berpindah ke rumah baru.

    BalasPadam
  3. :-) best membaca beginnings of your lovely kebun. Rupanya just by coincidence nak start berkebun ye. Alhamdulillah murah rezeki kurniaan Allah. Saya dulu lagi dahsyat, apa yang dibeli dari nursery memang selalunya mati, yang hidup cumalah pokok akar dani. Sekarang walaupun ada juga tanaman tak menjadi, tapi chances dia hidup dah semakin tinggi berbanding dulu. Jadi saya pun percaya apa yang Diana cakap tu, bahawa semua orang boleh berkebun sebenarnya.

    Saya nak 1 pek radish ni ye. Baru tadi mencangkul untuk buat batas tanam parsnip dan daikon. Seronoknya nak menambah satu jenis radish lagi. :-) Dalam polystyrene nak tanam turnip snowball, carrot paris marketwatermelon radish lagi, rasanya watermelon radish yang saya tanam dulu tergapai nak cari cahaya matahari. Kesian dia.

    By the way, saya ada hantar email kepada Diana pasal some benih, ada terima tak:-)

    BalasPadam
  4. hi tukang kebun yg baik hati :) kasi saya 1 pek yer...(tamah order lagi)

    BalasPadam
  5. saya lupa saya ada leave order ke tak, kalau takde lagi saya nak, kenangan terindah tu ;)

    BalasPadam
  6. Mat Jon~ Sudah reserved 1pek. Yang ni extra special...hehehe...:P

    CikManggis~Ilhan first time merasa cuaca sejuk tu, kuat minum fresh milk tu yang tembam, Tido malam nak kena sediakan 3 botol penuh susu untuk dia tepi katil. Pantang kali ni sorang-sorang tiada sape jaga. Harapnya segala urusan berjalan lancar. Minggu ni Rayyan demam pastu berjangkit kat Diana pula. Makin nak dapat adik, makin melekat dgn mama dia nk manja. Rumah teres kalau 3 beranak cukup laman nak berkebun untuk supply dapur. Adik pun berminat masakkan sekarang, lagi adik seronok masak sayur tanam sendiri nanti.

    Mama Pomgkey~Kami pun takde nasib sangat beli pokok dari nursery, asyik bolting je tak menjadi. Mungkin sebab pokok kat nursery tu bila pindah ke kebun kami terkejut sebab tak dapat layanan baik macam kat nursery. Dekat kebun kami yalah tak kena pampered. Tapi yang anak-anak pokok dapat dari veggie swap meeting atau seed exchange takde masalah pula. Dah masuk stage more comfortable growing food from seeds, bulbs, tubers and rhizomes. Beberapa bulan ni tak berapa sihat dan tenagaksn, nasib baik garden tu provide rezeki self-seeded herbs, flower dan rainbow chard banyak tumbuh tanpa jagaan dekat kebun sekarang. Potato yang tertinggal dalam tanah pun banyak sprouting sendiri tumbuh sendiri.
    Email dah balas dan re-send lagi sekali. Ada dapat?
    Ok reserved.

    Ivy~Boleh bah.

    BalasPadam
  7. seronoknya baca cerita ni. semua orang bermula dari zero, lama kelamaan insya-Allah akan semakin mahir. belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. tq :)
    saya nak ini 2 pek ye

    BalasPadam
  8. Wani SC~ Berkebun ni awal-awal banyak trial and error, belajar dari pengalaman. Masing-masing kebun berbeza. Ok saya reservekan...tapi satu pek je...nak bagi chance orang lain.

    BalasPadam
  9. My Brownie boleh mkn tak daun white radish ni?

    BalasPadam
  10. Lynn~ Brownie boleh makan daun radish ni.

    BalasPadam
  11. Ada lagi Cik Tima. Nanti masukkan dalam senarai di email (kebunkmg@gmail.com) ya.

    BalasPadam