Halaman

Isnin, 16 Julai 2012

Rouge de Marmande

January veggies (4)

Tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah jenis tomato bersaiz sederhana kadang-kadang boleh bersaiz diameter 6-8cm dan buahnya bertukar ke berwarna merah apabila masak. Tomato 'Rouge de Marmande' menghasilkan buah awal dan dikategorikan dalam tomato jenis 'beefsteak'. Dasar buah tomato 'Rouge de Marmande' adalah rata (flat) dan buahnya berlekuk (ribbed).
Rouge de Marmande (2)

Pokok tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah tinggi (boleh mencapai 2 metre lebih) jadi perlu menyediakan sokongan (trellis) yang kuat dan elok supaya ianya tidak tumbang ke tanah. Tomato jenis ini menghasilkan buah yang lebat. Disebabkan ianya menghasilkan buah yang besar, kadang-kadang ranting yang mempunyai banyak buah tomato perlu diikat atau bagi sokongan. Pokok tomato 'Rouge de Marmande' sukakan kawasan yang mempunyai banyak matahari sekurangnya menerima lebih 6 jam sinaran matahari. Dalam gambar adalah pokok-pokok tomato yang kami tanam di kawasan yang menerima separa matahari sahaja dan sebelah pagi sahaja disebabkan kebun kami kecil kawasannya. Oleh itu, semasa berbuah saya cantas sikit ranting daun-daun supaya buahnya terkena pancaran matahari untuk menjadikannya ranum.
Rouge de Marmande (1)
Buah tomato perlu kerap dipetik sejurus masak supaya pokok boleh fokus memberikan tenaga kepada buah-buah yang lain untuk membesar dan memberikan anak-anak buah yang baru.

~Benih Heirloom Tomato Rouge de Marmande (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok habis (All Reserved).

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

7 ulasan:

  1. Mana boleh tahan melihat beefsteak tomato yang sudah sekian lama menjadi impian di hati. Saya nak 2 pek ye :-)

    BalasPadam
  2. Mama Pongkey~ OK. Trellis nak kena tinggi.

    BalasPadam
  3. saya order 2 pack tomato rouge marmade

    BalasPadam
  4. Jen~ Stock semua jenis tomato baru kehabisan.

    BalasPadam
  5. Salam,

    Yg ni pun saya nak pre-order utk keluaran yang akan datang

    teenine@gmail.com


    Riza

    BalasPadam