Halaman

Rabu, 4 Julai 2012

Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’

Kita selalu menganggap timun sebagai sayur manakala buah melon seperti tembikai, honeydew atau rockmelon adalah buah. Tetapi timun dan buah melon mempunyai tali persaudaraan yang sangat rapat. Mereka berkongsi asal-usul atau nenek moyang yang sama dan disebabkan itu bunga timun dan bunga melon sangat mudah untuk cross-pollinate. Sekiranya hendak  simpan benih timun atau melon yang pure hendaklah pastikan tanam satu pokok timun/melon sahaja pada satu masa supaya lebah tak kahwinkan lain-lain jenis. Pastu kita pun tak pastikan samaada jiran pun ada tanam timun/melon di kebun mereka pula. Agak sukar juga untuk menyimpan benih timun/melon yang pure breed. Kalau manually pollinate pun nak kena cepat dari agent pollinators.

Timun/melon diteorikan berasal dari benua Afrika beribu-ribu tahun lalu dan adalah juga sumber air yang penting bagi penduduk zaman dahulu di sana. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ ini dikatakan antara nenekmoyang bagi pelbagai jenis timun yang ada sekarang. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ juga dikenali dengan pelbagai nama ‘kiwano’, jelly melon atau blowfish fruit. Boleh makan buahnya semasa masih kecil hijau atau bila buahnya ranum bertukar kuning. Jenis tumbuhan yang memanjat. Buahnya yang masak boleh simpan berbulan-bulan. Pelbagai review diberikan berkenaan rasanya, ada yang kata macam rasa antara timun, melon dan lime, ada kata banana dan lime atau timun dan buah kiwi. Buah yang ranum adalah lebih kurang sebesar tapak tangan. Kulit yang ranum mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
african horned

(Gambar dari wikipedia)
~Benih Organik Timun/Melon African Horned (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok Habis <6reserved>.
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

15 ulasan:

  1. Reservekan saya satu pack.. unik sangat.can't resist.. Hahahah

    BalasPadam
  2. OK reserve satu untuk Nudabuffy.

    BalasPadam
  3. Lynn pun.. yg pelik2 nih mesti nak masuk dlm jurnal

    BalasPadam
  4. Lambat sikit takper..janji reserve dulu. this week nak ke KK, then ke Bali & Sydney. Harap2 takder anak pokok yg arwah later, susah juga nak hire trusty ppl jaga garden

    BalasPadam
  5. Saya juga pretty please! (angkat tangan macam budak sekolah) :-)

    BalasPadam
  6. Lynn~Wah itu puas travel betul. 3places berapa lama travel? Moga-moga dekat Klang Valley hujan selalu turun. Tukang-tukang kebun kecil kat Sungai Buloh pun asyik mengeluh kata panas memanjang. Takut hire orang terlebih siram pulak...hehehe...tricky.

    Mama Pongkey & Mat Jon~ Just in time dapat reserve ;-).

    BalasPadam
  7. all in 15 hari, x lama mana pun tapi kalau 15 hari kebun terbiar, boleh mati anak2 benih yg baru tumbuh & my Brownie. Tinggalkan kat Petshop saja dah cost RM450. Every year memang dah ada allocation for overseas holiday dr arwahnya, mostly for his girls..lynn tumpang sekaki jer.

    BalasPadam
  8. Lynn~ Sayang betul arwah dengan girl dia sampai future dah planning. Its like his vacation with them in spirit and the girls feel like he is along too. Wah tapi 15 days- 3 countries terkejar-kejar juga tu. Diana balik KK 2 weeks pun rasa macam tak cukup je. Nanti kat Bali bolehlah spa puas-puas. Tapi tricky nak beli souvenir dari plant material bawa masuk Australia...regulation here very tight. Interstate pun banyak plant yang kena tapis-tapis.

    BalasPadam
  9. My Girls considered very lucky coz he knew abt his sickness & well prepared (but he is also smart to make sure dia punya utk anak2 jer), in other way org baru kalau berangan nak menumpang lupakan jer lah..2,3 places within a week pun Lynn boleh (SIA sterwardess dulu), janji ongkosnya ada. Wah, kiranya u lagi terrer la boleh seludup plant.. he he..camner leh lepas? last time i nak bawak balik anak pokok dr Vietnam kena tahan da..

    BalasPadam
  10. Lynn~Betul2 kalau ada ongkos banyak tempat boleh singgah-singgah especially now senang banyak direct flight tak payah nak transit-transit. Nasib-nasib je kut boleh lepas, Tapi plant without soillah kena tanam cepat-cepat bila sampai so kena inform sungai buloh in advance, supaya akar dia tak kering. Anak-anak pokok saiz kecik je. Hope you and your girls have a nice holiday.

    BalasPadam
  11. Salam Diana,

    Pakcik nak satu bila next delivery dah ready... teenine@gmail.com

    Riza

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia Norhairani Misran,

    Biji benihnya tiada sekarang.

    BalasPadam