Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

Bunga Lilium Tips Tanam

Beberapa tips atau nota untuk tanam Lilium Bulb:

~Elok ditanam bulbnya segera sebab bulb lilium ini suka cuaca di Malaysia sekarang (kalau semua requirementnya elok 2~4 bulan dah berbunga) terutama di kawasan lembah Klang yang tidak panas dan ada hujan. Kalau tak dapat tanam secepat mungkin simpan dalam crisper peti sejuk supaya bulb ini stay moist dan dormant. Bila dibiarkan di luar dan terdedah dengan cahaya matahari bulbnya akan mula sprouting dengan laju.

~Banyak bulb lilium dalam perjalanan sampai ke tuannya bercambah dan tunas tumbuh dengan cepat, lebih 10cm tangkainya pun adakan berwarna putih keseluruhan atau ada yang berwarna hijau sedikit. Tunas yang bercabang-cabang macam daun tapi warnanya putih sebab ianya tidak kena matahari. Tapi bila sudah ditanam lama-lama akan bertukar warnanya ke hijau. Bila tanam bulb ini dalam tanah, pastikan bahagian tunas daunnya tidak tenggelam dalam tanah, nanti batang akan cepat reput. Tanam bulb lilium dan batang sehingga sampai hampir daun yang pertama. Daun pertama atas dari paras permukaan tanah.

~Tukang kebun ada buat experiment sendiri, saya ada biarkan bulb lilium sehingga tunasnya naik 20cm baru tanam. Elok tumbuh tapi cuma nak pastikan bulb tu tak jadi kering sangat masa sebelum saya tanam. Berlainan dengan bulb gladiolus di mana untuk bulbnya tahan lama kita simpan di tempat cool, gelap dan kering supaya ianya tak bercambah, bulb lilium hendaklah berkeadaan moist (bukan rendam dalam air nanti reput pula). Tapi bulbnya jangan kering dan terlampau mengecut, sebab itu elok ditanam secepat yang boleh.

~Elok ditanam lilium bulb di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah pagi yang tidak seberapa panas berbanding sebelah petang.

Gambar di atas adalah bulb lilium ditanam setelah tunasnya lebih 10cm di mana setelah seminggu lebih daunnya yang putih telah bertukar berwarna hijau. Tengah pasu adalah round black radish yang baru bercambah.

2 ulasan:

  1. bulb lilium & bulb gladiolus dah dipindah tanam ke kawasan lapang hari jumaat lepas setelah 3 hari dalam kotak semaian...bila dialehkan akar gladiolus dah panjang 1cm lebih...lilium pula baru mulai mengeluarkan akar...mudah-mudahan semuanya akan tumbuh sihat sehingga mengeluarkan bunga yang dinanti-nanti...:)

    BalasPadam
  2. Ivy~Nanti kebun you pula musim bunga. Baguslah dah keluar akarnya cepat je tunas tumbuh pula nanti.

    BalasPadam