Biji benih celery dan daun saderi mempunyai mirip yang sama macam kembar. Biji benih celery baru aromanya sangat wangi dan kuat macam rempah. Ada juga masakan yang memakai biji benih celery untuk meningkatkan rasa dan ada juga campur biji benih celery dalam nasi. Oleh kerana biji benihnya halus jadi bijinya tidak perlu ditanam dalam lebih kurang 5mm (light sowing). Celery adalah tanaman yang sangat banyak keperluan airnya untuk pertumbuhan yang baik dan menghasilkan batang gemuk yang juicy. Disyorkan semai biji benih celery pada musim yang tidak panas ada banyak hujan. Biji benih celery memakan masa yang agak lama bercambah agak-agak 21 hari ke satu bulan. Semasa celery masih anak lagi pastikan tanah tidak kering dan moist supaya pertumbuhannya baik. Celery adalah makanan yang bagus bagi mereka yang berdiet kerana mempunyai hampir 0%kalori. Kandungan celery adalah hampir 100% air sebab itu ialah sayur yang sangat dahagakan air.
Sebelum mengalihkan anak-anak pokok celery, bagus sekiranya batas itu telah dibajakan dengan compost/manure untuk pertumbuhan yang baik. Celery sukakan tanah yang jenis 'Loamy' yang boleh simpan moisture tapi tak bertakung. Kalau tanah jenis terlampau poros macam pasir agak sukar baginya tumbuh dengan baik sebab air cepat kering (saya dah cuba pokoknya kontot walaupun menerima cahaya matahari full day).
Di sini saya tunjukkan peringkat celery yang saya saja-saja testing tanam di kawasan yang teduh (shady) tidak menerima sinaran matahari secara direct. Pemindahan anak-anak pokok celery terlampau rapat di antara satu sama lain di gambar atas. Jadi saya tuai bagi spacing sikit.
Pertumbuhan celery perlahan di tempat teduh tapi adalah juga pertumbuhannya.
Perbezaan yang ketara di mana pokok celery yang di depan lebih tinggi kerana menerima pancaran cahaya matahari dan pokok yang belakang sekali paling pendek sebab tidak menerima cahaya matahari.
Bila peringkat ini bolehlah mula tuai batang-batang yang besar dan biarkan yang batang yang lain tumbuh. Tidak perlu tuai satu pokok, tuai setakat mana nak pakai sahaja. Tapi dari pengalaman tukang kebun, celery yang tumbuh di lokasi menerima lebih 6jam pancaran cahaya matahari dalam sehari secara direct tumbuh lagi cepat.
Celery 'Crisp & Tender' boleh tumbuh dengan ketinggian 70~80cm dan batangnya sebesar ibu jari tukang kebun (lebih 3 cm) bila cukup segala keperluannya. Tukang kebun tak sempat nak ambil gambarnya masa matang penuh sebab masa tu Rayyan menginap di hospital untuk pembedahan pertamanya. Selalu bila kami menginap hospital, sayur-sayuran dan bunga-bunga di kebun yang ditinggalkan menjadi-jadi pula. Bersedia nak welcome kami balik kut.
Benih ni pernah Tukang Kebun kongsi dengan gardener lain di merata dunia, kalau nak baca pengalaman mereka mengenai benih ni lawatilah laman mereka:
On The Green Side of Life sister kepada pemilik blog Malaysia yang popular My Little Potted Garden.
Subsitence Pattern dari Amerika yang menjadi sumber inspirasi saya.
~Biji Benih Celery 'Crisp & Tender'~
RM3.00-satu pek (anggaran 100biji benih)
Saya nak satu pek ye :-) pin dah lama teringin. Saya ada semai chinese celery 2 bulan yang lalu, baru sekarang bercambah. Mungkin terlebih air? Sebab ada yang saya semai 2 minggu yang lalu tapi dah bercambah. Yang ni teduh, kurang air. Entahlah, saya pun confused?
BalasPadamnak satu......
BalasPadamnak 1 pek puan...:)
BalasPadamShafirul, Ivy~ Saya simpankan.
BalasPadamMama Pongkey~Bolehlah cuba semai benih celery dengan cara sama you semai chinese celery. Sometime different garden need different requirement. Ours are really dry garden since we don't have many rain here. Ok dah masuk dalam your wishlist :).
k mar satu
BalasPadamk mar nak juga ya..1..
BalasPadambunga kuning tu bunga apa ya?...
BalasPadamKak Mar~ Bunga kuning dan warna lain yang dalam photo tu namanya polyanthus. Diana simpankan satu pek celery.
BalasPadamsaya nak juga 1. ada lagi tak?
BalasPadamTukang kebun simpankan satu untuk Wani.
BalasPadammasih ada stok ke? saya ada email list benih kl masih ada stok
BalasPadamada stok lg ke? Sy ada email list benih kl ada lg
BalasPadamMalar~Benih Celery out of stock buat masa ini. Nanti saya balas email.
BalasPadam