Tukang kebun dah pernah tanam lebih 10 jenis carrot. Antara pengalaman menanam lebih 10 jenis carrot, tukang kebun dapati carrot topweight adalah yang paling versatile sekali dengan ciri-ciri adaptasinya dari segi dalam perubahan cuaca yang mendadak, jenis tanah dan keperluan cahaya mataharinya. Topweight carrot adalah carrot yang sesuai ditanam sepanjang tahun kecuali kalau cuaca lebih 36 degree tak digalakkan semai biji benihnya. Percambahan biji benih boleh mengambil masa antara 14~21hari dengan tanah yang moist. Kalau cuaca 20~27 degree Celsius percambahannya cepat sedikit dan kalau lebih 27 degree Celsius mengambil masa sedikit untuk bercambah. Pastikan tanah tidak kering untuk percambahan biji benih carrot yang baik. Salah satu ciri yang tukang kebun suka dengan topweight carrot ialah ianya juga boleh ditanam dalam tanah jenis clay yang agak keras. Akarnya kuat menembusi tanah jenis clay. Carrot kebiasaannya memerlukan tanah yang tidak keras supaya mudah bagi pertumbuhan akarnya. Begitu juga memerlukan banyak matahari supaya pertumbuhannya tidak terbantut. Tetapi carrot topweight masih dapat menghasilkan pertumbuhan akar di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari (5-6jam cahaya matahari dalam sehari) /partial shade walaupun agak perlahan pertumbuhannya berbanding dengan yang menerima cahaya matahari penuh. Bagi gardener yang tidak mempunyai banyak ruang yang menerima cahaya matahari penuh, ini adalah carrot yang sesuai untuk anda. Gambar di atas daun carrot yang dituai nampak kekuningan disebabkan cuaca ketika itu kerap mengalami 'heat wave' lebih 40 degree Celsius beberapa kali , our summer carrot. Gambar carrot dalam bakul yang ditanam dalam jenis tanah keras clay. Dalam bekas tanah untuk tanam carrot lebih 30cm sebab carrot ini jenis panjang.
Permulaan berjinak dalam alam berkebun mungkin pada masa itu ingat carrot adalah sayur yang tak tahan panas. Tapi tidak lagi setelah tukang kebun selidik pencarian heirloom carrot yang heat-tolerant telah berakhir dengan results yang memberangsangkan. Dugaan setiap kali musim panas di sini dengan kunjungan kerap heat wave 45 degree Celsius setiap hari lebih seminggu masih gagah lagi carrot topweight memberi bekalan kepada anak-anak. Bila musim panas dan kering, tukang kebun selalunya hanya tanam carrot di lokasi yang menerima cahaya penuh matahari di sebelah pagi sahaja, itulah rahsia tukang kebun tanam carrot tiada rahsia lain. Carrot yang ditanam sebelah pokok Italian heirloom pepper di atas adalah carrot yang survive heat wave beberapa kali dan tumbuh di atas tanah jenis clay, dapat siraman air selang 2 hari terbiar di belakang pagar rumah awal tahun ini. Tak disangka ia survive dan tumbuh memanjang akarnya. Mungkin dahagakan air sangat dan instinct untuk survive mencari air yang masih ada di paras dalam memandangkan yang belah atas habis kering tersejat. Syukur alhamdulillah boleh semai dan tuai carrot sepanjang tahun.
~Biji Benih Topweight Carrot~
Stok ada .
RM3.00-satu pek (anggaran 200biji benih).
Pembayaran melalui bank RHB, Maybank atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).
subur sungguh carrot ni ye.. carrot akak halus je pokoknya..last week patch baru habis kena lanyak dengan 4 ekor kucing jiran..hu hu
BalasPadamreservekan saya satu pack.
BalasPadamNice color choice on the blog. It is really easy on my eyes and I have bad eyes too so that's a really big compliment lol
BalasPadamreserve sy 1 pek jugak.
BalasPadamKak Mar~ Diana pun awal-awal tanam carrot daunnya pun halus je pastu pergi tanam kat kawasan tanah keras dan tak banyak matahari. Lama juga nak berkenalan dan faham carrot barulah dapat hasil macam sekarang. Banyak juga trial dan error. Kucing tu hairan kut pertama kali nampak daun carrot.
BalasPadamZamzurina and Rini~ Okies.
BalasPadamDiana,saya order 2 pek
salam, kak diana, saya nak satu pek juga ye..terima kasih
BalasPadamsm forestgarden & Indah~ Orait.
BalasPadamkecewa dgn carrot..dah 5 bulan tanam hanya dpt 1cm jer..kurus kering lak tu
BalasPadamLynn~ Cuba dekat different soil. Suspect your soil might have too much nitrogen. You had problem growing telang in your garden might also be due to very rich soil. Your telang thriving well at the TNB pole might be because that location is not as rich with nitrogen compare to your garden compound. Bean family tak suka rich soil sangat to produce a lot of bean and carrot won't grow much root in rich nitrogen soil. I might be wrong though, just a hunch.
BalasPadamBrownie will like the carrot leaves but the owner tak dapat enjoy root pula ;P.
Diana..benih yang ini pun saya nak...sy listkan kat sini lah benih yang nak dibeli..if takde put under reserve..okey tak?
BalasPadam1. carrot topweight
2. Lemon Basil
3. Cili italion heritage topepo/peppino
4. Heirlom Early Long Eggplant
5. Rouge de marmande - tomato
6. Heirlum Banana Capsicum
7. Heirloom Capsicum Golden Calwonder
okey itu dulu setakat ni...if ada diana bagi tau eh
Dear Nadia, tukang kebun confirmkan order Carrot 'Topweight' dan Lemon Basil. Yang lain itu nanti tukang kebun confirm once again bila hantar order confirmation pertengahan bulan nanti.
BalasPadamOkey jadi nya sy perlu bayar utk 2 type of seeds ni dulu ke?...my email nadia@perwaja.com.my
BalasPadamNadia, saya ada hantar email sertakan latest update stock. Harap sampai emailnya.
BalasPadam