Japanese Water Iris 'Pastel Princess'
Minta maaf puteri lupa lagi nak rekod kehadiran tuanku di dalam kebun patik ini. Hampir 2 minggu direndam dalam baldi terapung-apung sebelum ditanam ke mahligai barunya. Puas memikirkan lokasi dan pencarian pasu yang sesuai ditanam. Akhirnya pasu ini tukang kebun pilih walaupun ditegah oleh tukang kebun Dany dikhuatiri bonda murka nanti. Sebab itik dan angsa suka tumpang minum atau berenang suka hati dalam pasu ini. Amboi pasu ini juga nak dibuat tempat mainan mereka pula. Sudah dirampas oleh tukang kebun dan bonda takde komen apa-apa pun bila balik sekejap baru-baru ini ataupun tidak perasan. Tanah diisi dalam bekas ini dan selamat akar pokok Japanese Water Iris ' Pastel Princess' dan berkongsi tempat juga Iris Laevigata yang bunganya bakal berwarna ungu dan putih.
Paras air yang tenggelamkan pokok ini adalah antara 15-20cm. Ikan-ikan guppy pun diletakkan ke dalam bagi mengelakkan jadi sarang jentik-jentik pula. Perlu juga diintai sekali-sekala masih adakah guppy berenang-renang sebab burung raja udang pun rajin singgah mencari makanannya. Syukur alhamdulillah dalam 2 minggu nampak ketara perkembangan pokok-pokok iris ini. Sekarang lebih lagi banyak daunnya meninggi dan kesian ditimpa hujan yang lebat. Sudah 2 kali ganda besar pokok asal yang dibeli. Tambahan pula Si itik 'Josephine' suka hati je nak cuba berenang di tempat sempit ini. Nasib ko baik Josephine dibela oleh bonda sebab tengah bertelur dan mengeram dengan banyak je sekarang. Kalau tidak, ada Tahun Baru Cina depan jadi Peking Duck.
Iris Laevigata (albopurpurea)
he he.. ada benih jgn lupa K Mar
BalasPadamHehe josephine nk kena sembelih jika tk bertelur.Nasib baik :)
BalasPadamDulu pernah tanam teratai dlm pasu kecil seperti ini dan bela ikan gupi.Ikan membiak dgn byk tetapi semasa pakcik nk pergi Mekah dia lepas ikan ikan tu ke Tasik Putrajaya....
Kak Mar~ InsyaAllah tapi yang ni lebih senang membiak dari rizomnya.
BalasPadamCikmanggis~ Tiap hari macam Iris ni kena lanyak oleh si Josephine sahaja. Nak kena letak pagar keliling pasu tu nanti. Ikan Guppy ni memang mudah betul nak membiak.
Salam, ade jual ker rizom dia? kalau ade biasa brpe hrganya include postage
BalasPadamSamarinda~ Currently unavailable. InsyaAllah bila ada rezeki.
BalasPadamsalam... still xder lagi ker rizom water iris
BalasPadamSalam Bahagia Samarina,
BalasPadamCurrent cuma collect suka-suka untuk private collection.