Pertama kali tukang kebun dapat biji benih Heirloom Jepun mustard red giant ini adalah dari ahli seedsavers Adelaide Hills& Plains yang aktif selalu bagi ceramah mengenai gardening bernama Harry. Harry sangat veteran dalam alam gardening banyak ilmu kami peroleh darinya tak pernah lokek berkongsi ilmunya. Kalau ada ahli baru yang lain bawa biji benih keluarga brassica atau sayur daun mesti Harry tanya dulu ada tak sayur species dalam keluarga ini berbunga bersama-sama. Untuk kumpul biji benih 'brassica' perlu berhati-hati untuk pastikan hanya sejenis sayur daun sahaja yang berbunga sejarak paling kurang 400m dengan sayur jenis yang lain untuk memastikan purity atau keaslian biji benih tersebut kerana sayur ini sangat mudah cross-pollinate dengan sayur daun yang lain. Pollinator seperti lebah perlu untuk memastikan bunga brassica dapat pollinate dengan betul supaya biji benih yang baik terhasil. Oleh itu, sebab lebah boleh terbang jauh hendak dipastikan tiada sayur berdaun/brassica yang hampir supaya tidak kena kahwin campur, nanti biji benih yang dihasilkan jadi sayur lain pula tidak pure. Mustard red giant ini boleh terkahwin campur dengan chinese mustard dan sayur-sayuran berjenis mustard lain jadi perlu berhati-hati untuk mendapatkan benih yang pure atau asli. Tukang kebun selalu liat sangat nak kumpul benih brassica atau cucurbit (timun, labu dan seangkatang dengannya) kecuali kalau stok persendirian sudah nak habis sebab leceh dan susah nak pastikan benih-benih tersebut adalah pure/asli.
Gambar di atas adalah saiz yang amat sudah sesuai untuk dituai. Kalau tanam terlalu rapat yang bersaiz kecil baru ada 3-4 helai pun jangan dibuang boleh masukkan dalam sandwich atau nasi/mee goreng. Boleh juga dituai dengan memetik sayur yang di bahagian luar dan tidak perlu cabut keseluruhan pokok supaya daun yang baru akan tumbuh. Sayur Mustard ini mungkin digemari oleh mereka yang suka makan ulam-ulaman kerana rasanya yang 'hot & spicy'. Kalau dibiarkan makin besar dan tua lagi bertambah 'hot & spicy' rasanya. Boleh mencapai ketinggian 1 meter jika dibiarkan besar. Sayur ini kurang diserang oleh serangga perosak berbanding dengan sayur daun yang berwarna hijau apabila ditanam bersama-sama. Tukang kebun selalu perhatikan sayur daun yang tidak berwarna hijau lebih kurang diserang oleh serangga perosak berbanding dengan sayur daun berwarna hijau. Boleh campur dalam salad, stir-fry atau masak bagi mengurangkan rasa pedasnya itu. Sayur ini tumbuh dengan cepat (30-50 hari) dan sesuai sebagai 'inter-cropping' plant.
~Heirloom Jepun Mustard Red Giant~
Approximate 50seeds per-pack (RM1.00).
saya nak satu pack
BalasPadamWah..sya nak jgk tukang kebun
BalasPadamsaya nak satu pack...
BalasPadama
Salam...saya nak satu..thanks
BalasPadamsaya nak 1 pek
BalasPadamsaya nak 1 pek, aslina272@gmail.com
BalasPadamReservation for Zamzurina, Hitomi, Aku P@an, Avia, SM Forestgarden dan Kertinah.
BalasPadamTotal: 6 booked.
Eila reserve satu.
BalasPadamTotal: 7 booked
saya nak satu ..... fahizah
BalasPadamSimpan untuk Fahizah juga.
BalasPadamTotal : 8 Booked
saya pun nak satu pack.
BalasPadamSimpan satu untuk Nudabuffy.
BalasPadamSaya nak satu jugak
BalasPadamassalamualaikum..yang saya nak 1 pek..masih ada lagi ke?
BalasPadamSean, Nurani ~ Yang ini sudah kehabisan stok mungkin bulan depan baru ada.
BalasPadam